Edisi Lupa Diri Di Bazar Ramadhan TTDI (Ramadhan Bazaar @TTDI)

Salam Ramadhan 2016M/1437H dan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam. Pejam celik je dah sampai bulan yang dinanti2 oleh semua. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapatlah kita mempertingkatkan lagi kesabaran dan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadah di bulan Ramadahan kali ni.


Macammana puasa korang di hari pertama tahun ni? Harap semuanya baik kay. Hari ni sempat kak bell menyinggah di bazar ramadhan TTDI. Memang tak payah kenalkan pun mesti korang dah tahu tentang bazar ttdi ni kan. One of the most popular bazar in the greater KL. Kak bell sampai awal sebab tak larat nak bersesak2 nanti kay. Kalau datang lambat, memang komfen la nak masuk dalam bazar ni pun payah. Nanti kalau akak pengsan time membeli juadah kan haru dibuatnya! Ada ke abang sado yang nak tolong papahkan kak bell ke ambulans?! Gittew!

 Gerai sepanjang Jalan Tun Mohd Fuad 2


Memang banyak juadah kat sini sampai otak pun tak berfungsi jap memikir nak makan apa. Btw, korang jangan nak tamak haloba pulak sampai semua nak beli. Hujung2 tong sampah jawapannya. Jangan membazir yer uolss! Kaedahnye teringin sangat nak makan tepung bungkus. Susah betul nak cari kuih ni yer! So beli ajelah yang mana ada. Kat bawah ni bolehlah korang tengok di antara juadah2 yang ada.

 Kek Gula Hangus


 Putu Bamboo

Popiah

Roti Jala



So berkenan nak makan kek gula hangus aka kek sarang semut dengan putu bamboo je lah. Kalo korang tak kenal kuih ni meh akak bamboo kan tangan korang. Kuih paling win hari ni, kuih tepung pelita atau kuih sampan dan juga gerai putu piring. Ada 2 gerai yang menjual kuih tepung pelita ni, memasing orang beratur panjang yerr. Tepung Pelita Paya Jaras kot, haruslah ramai peminat. Tak kalah juga gerai putu piring! Mengidam sesangat kot deme ni semua. Kalau korang gigih..silakan beratur kay!

 Gerai Tepung Pelita Paya Jaras


Gerai Putu Piring

Ni diantara gerai2 yang kak bell singgah la. Singgah ambil gambar aje pun! Overlah kalau korang suruh kak bell pergi interview semua gerai kan. Lagi satu bazar ramadhan TTDI ni popular sebab ramai artis2 dan selebriti datang membeli juadah kat sini. Tak payah korang susah payah. Datang je sini pasti jumpa je selebriti pujaan korang. Btw, hari ni jumpa Kavitha Sidhu je!

 Lauk Nasi Tomato Sedap!



Mee Rebus Jawa

Nasi Arab

Nasi Ambeng

Ikan Bakar

Lamb Grill

Ayam Percik



Meriah pelbagai agar2!

Jus Buah

Selain juadah yang bermacam2 ni, paling istimewa masa bulan ramadhan ialah bubur lambuk. Dapat juga hari ni merasa bubur lambuk Masjid At-Taqwa TTDI. Tq buat kawan akak yang ambilkan bubur lambuk ni untuk iols berbuka!

Bubur Lambuk TTDI

Meriah tak juadah berbuka korang hari ni?? Yang penting jangan ikutkan nafsu membeli tu hokkey. Kay selamat berbuka dan berpuasa sebulan dari kak bel. Jangan puasa yang-yok yer! hashtag #syukurselalu

CONVERSATION

2 comments:

  1. Nasib baik diz tak terjebak lagi pegi bazar.. masih boleh kawal nafsu. huhu

    ReplyDelete

Back
to top