Telur Dadar Vege (Vegetarian Omelette)

Siapa yang tak pernah masak telur dadar kan?Masakan paling mudah dan paling cepat nak disediakan. Meh akak nak ketuk sikit tangan tu kalau korang tak pernah menggoreng telur. Hihi. Resepi Telur Dadar Vege hari ni memang sedap dan simple! Kadang2 jemu jugak makan telur dadar kosong. So bolehlah cuba ya!


Bahan A
3 biji telur
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sesudu butter/marjerin
Minyak masak

Bahan B
1 biji cili merah
1 biji cili api
1 labu bawang besar (dihiris atau potong dadu)
3/4 batang lobak merah
Sedikit lada benggala

Untuk bahan- bahan lain boleh juga olah dengan kacang pis, kubis atau daun kucai. Lobak tu korang bolehlah hiris, sagat atau potong nipis. Kalau korang gigih potong dadu pun boleh. Then, korang juga boleh tambah mayonise untuk dapatkan telur dadar yang gebu.


Cara membuat:
1) Masukkan telur, garam dan serbuk lada hitan ke dalam mangkuk adunan dan pukul rata
2) Masukkan semua bahan B dan gaul rata adunan
3) Panaskan sedikit minyak dan butter dalam kuali dan masukkan adunan yang dah digaul tadi
4) Masak dengan api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan2.


Kalau telur tak berjaya diterbalikkan so memang korang failed hokkey! Haha. Bolehlah dihidang dengan nasi panas dan kicap. Serius sedap makan simple macam ni je kan?


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top