Resepi Ayam Masak Sos Tiram, Ayam Goreng Sos Tiram Kak Bell - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Ayam Masak Sos Tiram, Ayam Goreng Sos Tiram Kak Bell

Trending

Resepi Ayam Masak Sos Tiram, Ayam Goreng Sos Tiram Kak Bell

Resepi Ayam Masak Sos Tiram, Ayam Goreng Sos Tiram Kak Bell | Sebenarnya menu lunch tengahari tadi Telur Dadar Vege dan juga ayam goreng. Dah alang2 rajin so ayam goreng tu buat special sikit perap dengan sos tiram. Memang rupa bentuknya kadang2 hitam, buruk dan hina..tapi bila korang dah rasa zass memang sedap. Korang memang patut cuba resepi ni!

Sedap!


Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
1 sudu kunyit
3-4 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
Garam

Cara penyediaannya:
1)Masukkan kunyit, kicap manis, garam bersama sos tiram dan perap ayam dalam 10-15 minit. Untuk sos tiram, kak bell suka brand Maggie atau Adabi.
2)Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah mula menggoreng sampai habis. Pastikan ayam korang tak hangit kay!


Biasanya kalau goreng ayam sos tiram ni, mesti habis lah tak sampai ke malam. Nampak tak sedap ke idok yerr. Perut akak sekarang dah lapar balik la. Dah kene ke dapur balik!!


Resepi Ayam Masak Sos Tiram Che Nom

Resepi Ayam Masak sos Tiram Che Nom ni, cara penyediaannya pun ada sikit berbeza dari biasa. Boleh cuba juga ni nanti.

Bahan-Bahan:
400g ayam
1 1/2 sudu kecil tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
6-10 biji cili padi
1 pokok daun bawang
1 1/2 sudu besar sos tiram
sedikit lada sulah
1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
air tambahan, untuk kuah


Cara Penyediaan:
  1. Potong bawang putih (cincang kasar), bawang holand, cili padi dan daun bawang.
  2. Perap ayam dengan tepung jagung, sos tiram dan kicap cair.
  3. Perap dalam anggaran masa 10 minit.
  4. Panaskan miyak kemudian tumis bawang holand kemudian bawang putih.
  5. Bila bawang putih dah perang dan bawang holand dah lembut, angkat dan ketepikan.
  6. Dalam minyak yang sama, goreng ayam.
  7. Bila ayam sedikit garing, masukkan sos tiram, lada sulah dan air.
  8. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
  9. Tambah air bancuhan tepung jagung.
  10. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  11. Masukkan balik bawang goreng tadi dan kacau sekata.

Tips:
Bawang perlulah diangkat selepas ditumis. Tujuan supaya ayam lebih garing bila digoreng berasingan.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post