Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram

Trending

Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram

Dalam dunia masakan, mencuba hidangan baru sering kali membuka pintu kepada pengalaman yang mengujakan. Antara resepi yang sedap dan mudah dicuba ialah Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Anda tidak perlu bersusah payah mencari bahan-bahan yang sukar didapati, hanya beberapa bahan ringkas sahaja yang diperlukan. Dalam masa singkat, kira-kira 15 minit, hidangan ini sudah siap untuk dinikmati.

Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram


Sawi jepun merupakan sawi yang tahan cuaca panas dan hujan. Rasanya juga boleh tahan sedap. Kalau rebus sahaja dan terus makan pun memang dah sedap, sebab rasa dia agak manis. Tapi kalau nak lebih sedap lagi, boleh masak sawi jepun sos tiram.

Sawi Jepun yang segar bila dipadankan dengan sos tiram, rasanya sangatlah sedap dan pasti memikat hati. Jom baca lebih lanjut dan ikuti langkah-langkah mudah untuk menyediakan resepi ini.

Bahan-bahan:
3 batang sawi Jepun
4 ulas bawang putih (hiris halus)
3 sudu besar air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara masak Sawi Jepun Masak Sos Tiram:

1. 3 batang sawi Jepun dibersihkan dan potong belah tengah. Akan dapat dua sisi sawi.

Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram
Sawi Jepun/Bok Choy Kecil


Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram

2. Rebus sawi selama 2 minit dan toskan. Susun di atas pinggan dan ketepikan.
3. Goreng bawang putih dengan minyak masak sehingga warna bawang keemasan. Angkat dan ketepikan.
4. Gunakan sedikit minyak dari bawang putih yang telah digoreng, tambahkan 3 sudu besar air dan 2 sudu besar sos tiram. Kacau perlahan. Tidak perlu menambah garam kerana sos tiram sudah cukup masin.
5. Kemudian, masukkan 2 sudu besar bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat.
6. Tuangkan sos tiram ke atas susunan sawi yang telah direbus tadi.

Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram

7. Taburkan kepingan bawang putih goreng tadi untuk memberikan sentuhan akhir yang lazat.

Mudah sahaja, bukan? Walaupun resepi ini sederhana, hidangan Sawi Jepun Masak Sos Tiram atau Bok Choy Sos Tiram ni dapat memukau hati setiap penggemarnya. Langkah-langkah yang mudah ini pasti memudahkan anda di dapur. Selamat mencuba!

Kredit images: Zurina Zulkefli

Resepi Sawi Jepun Masak Sos Tiram, Masakan Sayur, Bok Choy, Bok Choy Celur Sos Tiram, Resepi sawi jepun masak sos tiram recipe, sawi sos tiram, sawi jepun masak telur, sawi masak tumis, resepi sawi putih,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post