Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life

Trending

Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life

Blogger YB Shehan adalah pemilik dan penulis blog Mommy's Diary of Life. Penulisan artikel di blog ini banyak berkisar tentang lifestyle, parenting, travel, dan kecantikan. YB Shehan adalah seorang ibu dua anak yang berasal dari utara tanah air dan kini menetap di Kajang, Selangor dan mesra dengan panggilan Mommy di dalam blog.


Setelah menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), beliau telah berkhidmat sebagai peguam dan legal editor di beberapa firma guaman terkemuka di Malaysia.


Blogger Sepenuh Masa Demi Anak-Anak

Namun, beliau memutuskan untuk meninggalkan kerjaya tersebut sepenuhnya apabila salah seorang anaknya disahkan menghidap mild autism (OKU Autism). Sejak itu, beliau telah memberikan sepenuh perhatian untuk menjaga dan membantu perkembangan anak-anaknya, serta aktif menulis blog secara sepenuh masa.

Beliau bermula menulis blog sejak tahun 2009 dengan tujuan untuk menyimpan kenangan sebagai seorang isteri. Namun, hobi menulisnya semakin berkembang dan akhirnya berubah menjadi salah satu sumber pendapatan. Walaupun menjadi seorang surirumah, YB Shehan tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti. Beliau menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual tudung, menjadi ejen Cuckoo, dan juga menjadi jurugambar produk dengan hashtag #photobyybshehan.

Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life


Selain itu, YB Shehan juga merupakan seorang yang penyayang haiwan, terutama kucing. Beliau memelihara tujuh ekor kucing, di antaranya tiga di antaranya adalah kucing jalanan yang telah beliau selamatkan dan jaga dari kecil hingga menjadi sihat. Beliau banyak berkongsi cerita menarik tentang kucing-kucing yang dipeliharanya, kucing yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Artikel Travel Topik Carian Paling Popular di Blog Mommy's Diary of Life

Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life

Salah satu pencapaian terbesar YB Shehan sebagai seorang blogger adalah peluang untuk melancong ke luar negara sebagai seorang blogger. Topik perjalanan adalah di antara topik yang paling popular di blog Mommy's Diary of Life. Cerita perjalanan ke luar negara telah memberikan pengalaman berharga yang telah membentuk dirinya.

  • Kembara KBBA9 ke Jepun 2018
  • Kembara ke India 2018 (solo mewakili KBBA9)
  • Kembara KBBA9 ke New Zealand 2017

Perkongsian Parenting Tip Menjaga Anak Autism

Topik parenting juga menjadi fokus utama di blog ini. YB Shehan banyak membincangkan tentang pengalaman menguruskan anak-anak autism, terutamanya sejak anaknya yang kedua didiagnosis dengan autism. Beliau berkongsi pengalaman dan tips parenting yang terbukti berkesan baginya. Ini dapat membantu pembaca yang juga berdepan dengan situasi serupa atau sebagai panduan untuk ibu bapa secara umum. Perkongsian tentang cabaran yang dihadapi dalam menjaga dan mendidik anak autism anak-anak autism ini memberikan perspektif yang lebih mendalam tentang perjuangan dan kebahagiaan buat seseorang yang bergelar ibu.

Blogger YB Shehan Penulis Versatil Blog Mommy's Diary of Life


Pengalaman Collaboration Dengan Jenama Terkemuka

Sebagai seorang blogger yang aktif dalam membuat ulasan produk dan servis, YB Shehan juga telah bekerjasama dengan banyak jenama terkemuka. Buat pembaca blog beliau boleh membuat pilihan yang tepat terhadap rekomendasi produk dan servis yang pernah diulas oleh beliau. Diantara jenama dan client yang pernah bekerjasama dengan beliau adalah seperti:

Cosmoderm, IkhlasTours (New Zealand), BangiWonderland, Tanah Aina, Taman Negara, X-Cape Resort Sungai Lembing, Sunway Lagoon, ZooMoo (Astro), Petronas, Ephyra, Nutririche, Hasbro Play-Doh, ImanniSkinz, Rose Tyara, DeejaCosmetic, AADK, RockstarGym, MyTOWNShopping Centre, FeldaD’Saji, FromNatureMalaysia (Korea), PropertyGuru, Surya ACV, Kopi Badang, Tyzara, Shopee, AmanPalestin, Seven Seas, Exclusive Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 (KLMFW 2016), Traveloka, ZaloraMalaysia, MirelleBeauty, Honest Bee, Ethissa, MizzueMalaysia, MatariShop, LembagaZakat Selangor, Petronas, AirAsia, Flora Café Ampwalk dan banyak lagi.

Sebagai seorang ibu yang peka terhadap isu-isu penting, YB Shehan berhenti bekerja dan mula menulis tentang isu autism untuk meningkatkan kesedaran. Beliau berharap tulisannya memberi manfaat kepada pembaca dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembaca yang setia menyokongnya sejak tahun 2009. Buat anda yang ingin mendapatkan pelbagai info menarik, bolehlah lawati website www.shehanzstudio.com.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post