Astro Original Tayang Drama Jack Yusof Dari Pengarah I-Tanggang dan Keluarga Iskandar - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Astro Original Tayang Drama Jack Yusof Dari Pengarah I-Tanggang dan Keluarga Iskandar

Trending

Astro Original Tayang Drama Jack Yusof Dari Pengarah I-Tanggang dan Keluarga Iskandar

Astro Original yang sinonim dengan kualiti premium untuk drama bersiri telah mencetuskan fenomena tersendiri dengan membawakan pelbagai cerita dan genre seperti High Council, One Cent Thief, LIAR serta KUDETA. Bakal menyusul di bawah jenama yang sama ialah JACK YUSOF, sebuah naskhah yang sarat dengan gelagat lucu dan mencuit hati, dari pengarah drama kegemaran keluarga Malaysia – ‘I-Tanggang’, ‘Keluarga Iskandar’ dan ‘Kampung People’, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Astro Original - Drama Jack Yusof


Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Datuk Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.

Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie.


Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.

Astro Originals sebelum ini menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre dan nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar yang diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang berlaku di kalangan masyarakat seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming-of-age), ‘I-Tanggang’ (isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (kisah female con artist), ‘Kuasa’ (fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light (genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”), One Cent Thief (naskhah ‘heist’ Malaysia menerusi rompakan 1 sen), High Council (pembongkaran kegiatan gengsterisme sekolah yang pernah menggemparkan negara) dan LIAR (drama adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di Bafta Awards).

Saksikan drama siri premium, Jack Yusof bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post