Astro First Tayang Filem Baru Menarik - Pulau, Sumpahan Syaitan, Gui, Didi & Friends The Movie - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Astro First Tayang Filem Baru Menarik - Pulau, Sumpahan Syaitan, Gui, Didi & Friends The Movie

Trending

Astro First Tayang Filem Baru Menarik - Pulau, Sumpahan Syaitan, Gui, Didi & Friends The Movie

Platform yang menawarkan filem-filem eksklusif terus ke pawagam rumah anda, Astro First membariskan deretan filem menarik khas untuk penonton. Lebih menarik, pelbagai genre berbeza serta turut menampilkan antara filem eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana platform sebelum ini turut ditayangkan di Astro First.

Astro First Tayang Filem Baru Menarik - Pulau, Sumpahan Syaitan, Gui, Didi & Friends The Movie

1) SUMPAHAN SYAITAN
Tarikh : 27 Mei 2023
Genre : Seram Komedi
Pengarah : Roy
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem SUMPAHAN SYAITAN

Sumpahan Syaitan membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan, Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan Azlee Senario.

Filem terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya. Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut.

2) KOMBO DI MANA DIDI
Tarikh : 8 – 21 Jun 2023
Genre : Animasi Muzikal
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin (Didi & Friends The Movie); Khairul Ammar, Jamal Mohd Arif Kassim, Farhan Suhaimi (Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends)
Harga Langganan : RM19.90 untuk 48 jam

Filem KOMBO DI MANA DIDI

Filem animasi terbaik 2023, Didi & Friends The Movie dan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di himpunkan dalam satu kombo dengan harga RM19.90 untuk 48 jam.

Didi & Friends The Movie mengajak penonton untuk mengikuti penggembaraan Didi dan kawan-kawan untuk ke Pulau Legenda. Manakala Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends mempersembahkan lagu-lagu menarik oleh Didi & Friends yang mampu mengajak penonton untuk turut sing along.

3) PULAU
Tarikh : 1 Jun 2023
Genre : Seram Drama
Pengarah : Euho
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Poster Filem PULAU

Filem seram drama terbitan WebTVAsia, PULAU ditayangkan di Astro First dengan versi antarabangsa. Menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong, Sanjna Suri, Sabronzo, Nam Ron Wan Hanafi Su, Harris Annuar dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang tidak berkesudahan selepas pertaruhan yang kalah memaksa mereka bermalam di sebuah pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misterius di sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang diburu padah.

4) RETURNING HOME
Tarikh : 3 Jun 2023
Genre : Drama,Keluarga, Komedi
Pengarah : Don Hoe
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem RETURNING HOME

Astro First juga menampilkan filem Mandarin tempatan terbitan Full Billion Entertainment. Barisan pelakon adalah Chen Puie Heng, Ribbon Ooi, Chazynash, Feon Lai, Miau Lim, Stanley Hoe dan Teoh Yumee.

Filem ini adalah dedikasi buat wira Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans (SJAM), Lions Clubs serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan (PBS) yang telah berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, di sebalik pengorbanan mereka, ada insan tersayang yang sentiasa menantikan kepulangan wira-wira ini penuh kesabaran. Selamatkah wira-wira ini kembali di pangkuan keluarga?

5) ESCAPE
Tarikh : 3 Jun 2023
Genre : Thriller Aksi
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem ESCAPE

Dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham,Riz Amin, Pablo Amirul, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jue Aziz dan merupakan terbitan DMY Creation dan Dreamland.

“…Kita Kena Korbankan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu…”. Seorang lelaki yang mempunyai penyakit amnesia telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Namun Adam tidak mengingati apa-apa yang berlaku kerana penyakitnya. Adam membuat rancangan untuk membebaskan dirinya dan mencari dalang di sebalik tragedi yang berlaku.

6) GUI
Tarikh : 8 Jun 2023
Genre : Seram Komedi
Pengarah : Asri Bin Tajudin (Baq’u)
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem GUI

Filem di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT, kata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), GUI menghimpunkan pelakon terkenal seperti Azad Jasmin, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Dato Sri Vida, Aries Kwan, Fauziah Nawi, David Teo, Radin penyampai radio ERA dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Jeff dan Zainal yang telah mendapat tawaran untuk membuat perkhimatan penghantaran barang dengan nilai upah sebanyak RM20 ribu. Dalam perjalanan, mereka menyedari barang yang dihantar adalah mayat. Namun demi mendapatkan upah yang lumayan, mereka terus menjaga mayat tersebut bagi memastikan ia selamat sampai ke tempat yang telah ditetapkan. Banyak insiden menyeramkan berlaku sehingga membuatkan Jeff dan Zainal putus asa.

Astro First menampilkan genre pelbagai seperti seram, komedi, drama, thriller serta filem animasi buat pelanggan mereka menikmati filem lokal terbaru bersama keluarga tersayang secara beramai-ramai di rumah dalam tempoh 48 jam dengan harga yang berpatutan. 

Saksikan filem-filem tempatan terbaru di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On Demand atau Astro Go. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram Astro First.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post