CIMB Bank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia dan menyediakan layanan
perbankan online yang praktis dan mudah digunakan melalui platform CIMBClicks.
Dengan CIMBClicks, korang dapat mengakses berbagai layanan perbankan, termasuk
memperoleh bank statement. Kali ini Kak Bell akan kongsikan cara mendapatkan
bank statement CIMB Bank melalui CIMBClicks.
Kalau tak silap sebelum ini agak renyah nak dapatkan bank statement sebab
perlu pergi pergi ke bank dan request pihak bank untuk print bank statement
tersebut untuk 3 bulan atau 6 bulan. Tetapi sekarang semua dah mudah, boleh
download terus secara online melalui CIMBClicks online.
Kaedah 1
Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks
Langkah 1: Login ke CIMBClicksLangkah pertama untuk mendapatkan bank statement CIMB Bank adalah masuk ke akun CIMBClicks anda. Untuk melakukannya, kunjungi website CIMBClicks dan masukkan ID pengguna dan kata laluan anda.
Langkah 2: Klik SERVICES seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Langkah 3: Klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank.
Langkah 4: Pada bahagian View eStatement, klik Deposit, Loan/Financing, Investment.
Langkah 5: Buat pilihan korang nak eStatement cimb bulan ke berapa.
Contok eStatement kaedah 1
Kaedah 2
Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui Handphone
Untuk download penyata bank lebih mudah kalau guna laptop atau desktop.
Korang tak boleh nak download terus dari aplikasi CIMBClicks di smartphone
atau telefom bimbit. Pastikan korang mempunyai Adobe Reader Software untuk
view penyata bank cimb tadi. Biasanya kebanyakkan device laptop atau
smartphone dah ada ready installed. Kalau tak de install dulu ya.
Langkah 1: Pilih mana-mana web browser seperti Safari, Google Chrome
Langkah 2: Klik pada tiga titik (3 dots) pada bahagian bawah browser
Langkah 3: Klik Request Desktop View.
Langkah 4: Boleh ikut langkah muat turun eStatement seperti langkah di bahagian atas.
Terdapat 1 lagi cara untuk korang dapatkan Bank Statement CIMB siap dengan
transaction history.
Langkah 2: Pilih Tab 'Accounts & Banking'
Setelah berhasil login, pilih akaun bank anda seperti klik pada SA Passbook.
Cara Download Bank Statement CIMB Bank (Transaction History)
Jika nak spesifik dengan tempoh rentang wakte tertentu, pada transaction
History boleh pilih tempoh waktu. Seperti last 14 days, last 30 days, 90 days etc.
Contok eStatement (transaction history)
Langkah 6: Tekan button/anak panah Download.
Setelah buat pilihan tempoh waktu eStatement, CIMBClicks akan menampilkan bank statement dalam format PDF.
Cara mendapatkan bank statement CIMB Bank melalui CIMBClicks cukup mudah
dan sederhana dalam beberapa minit sahaja. Dengan layanan perbankan online
yang praktis seperti ini, bolehlah kita memantau transaksi dan kewangan
kita dengan mudah dan efisien. Semoga dengan cara dan langkah di atas
dapat membantu anda!