6 Senarai Buffet Ramadhan 2023 Hotel Di selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 6 Senarai Buffet Ramadhan 2023 Hotel Di selangor

Trending

6 Senarai Buffet Ramadhan 2023 Hotel Di selangor

Bulan suci Ramadan telah kembali dan tiba masanya untuk menikmati juadah bufet di negeri Selangor. Mari menjelajah pengalaman gastronomi, di samping berkumpul bersama yang tersayang. Nikmati juadah tempatan yang ikonik serta juadah antarabangsa bersama keluarga serta rakan-rakan anda! Ikuti senarai 6 Hotel di Selangor yang menawarkan pengalaman gastronomi yang luas di bulan Ramadan.

6 Senarai Buffet Ramadhan 2023 Hotel Di selangor

Berikut adalah senarai Buffet Ramadhan 2023 di Hotel di Selangor:
  • Le Meridien Putrajaya
  • Avante Hotel
  • Cyberview Resort & Spa
  • Eastin Hotel Kuala Lumpur
  • Eastin Hotel Kuala Lumpur
  • Hotel Grand Barakah


Le Meridien Putrajaya

Le Meridien Putrajaya Buffet Ramadhan

Nikmati pengalaman gastronomi yang disajikan di Le Meridien Putrajaya dengan masakan istimewa Ramadan dan hidangan tempatan asli! Disediakan oleh chef terkemuka, Le Meridien Putrajaya menyediakan hidangan terbaik di bufet Destinasi Rasa mereka!

Avante Hotel

Avante Hotel Buffet Ramadhan


Dihidangkan oleh Chef Arih bin Ahmad, sajian di Hotel Avante akan membawa anda mengimbau kenangan indah dengan masakan ibunda iaitu Daging bakar masak lemak; masakan ikonik dari Negeri Sembilan serta Kambing Golek, Rendang Ayam, Ketupat Palas, Satay dan GearBox. Bufet Santapan Rasa Sayang pastinya akan mengingatkan anda kembali kepada kenangan indah di hari raya!

Cyberview Resort & Spa

Cyberview Resort & Spa Buffet Ramadhan

Dengan lebih daripada 15 gerai, Bufet Warisan Rasa di Cyberview Resort & Spa menawarkan masakan kegemaran Melayu, Cina, India, Itali dan lain-lain, dilengkapi dengan lebih daripada 250 menu yang ditawarkan. Keistimewaan Cyberview Resort & Spa, Deep Fried Homemade Crispy Durian Rolls juga boleh didapati kali ini dengan pelbagai hidangan lazat untuk kanak-kanak. Bufet ini harus dikunjungi bersama keluarga!

Eastin Hotel Kuala Lumpur

Eastin Hotel Kuala Lumpur Buffet Ramadhan


Icip-icip Kampungku oleh Hotel Eastin kembali tahun ini dengan harga serendah RM 190 seorang. Dengan lebih daripada 100 hidangan yang disajikan dan 18 gerai dengan masakan secara Live, buffet ini menyajikan pelbagai hidangan, pastinya harus dikunjungi sepanjang Ramadan ini! Juadah istimewa mereka seperti Kambing Bakar yang disumbat dengan Nasi Briyani, Sup GearBox dan Nasi Ulam Kukus Daun Teratai boleh didapati sepanjang bulan Ramadan.

Avani Sepang Goldcoast Resort

Avani Sepang Goldcoast Resort buffet ramadhan

Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan pelbagai juadah antarabangsa dan tempatan yang enak termasuk Ayam Percik Panggang, Rendang Tok, Gulai Daging Salai Rebung dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Dengan muzik Ghazal secara langsung dan dikelilingi oleh pantai Bagan Lalang, pelanggan akan merasai pengalaman berbuka puasa yang tenang dengan pengalaman gastronomi yang istimewa di Restoran Bila-bila mereka!

Hotel Grand Barakah

Hotel Grand Barakah Buffet Ramadhan


Dapatkan tawaran bufet Ramadan di Hotel Grand Barakah dengan harga serendah RM 78 sepanjang Ramadan sehingga 20 April 2023. Berkonsepkan mesra Muslim, pelanggan akan diiringi persembahan Ghazal dan Tazkirah pada bulan Ramadan ini. Manjakan diri dengan pelbagai hidangan tempatan seperti pulut kuning, nasi impit dan lontong, yang pastinya akan mengimbau kenangan di Hari Raya!

Malaysia kembali dengan tawaran gastronominya yang meluas sepanjang Ramadan. Bulan mulia ini tidak lengkap tanpa berkumpul bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di pelbagai pilihan bufet Ramadan. Daripada masakan tempatan kepada hidangan antarabangsa yang unik, Selangor menawarkan semuanya untuk anda! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan ke Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post