6 Free Business Simulation Game Online Menarik Untuk Korang Cuba - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 6 Free Business Simulation Game Online Menarik Untuk Korang Cuba

Trending

6 Free Business Simulation Game Online Menarik Untuk Korang Cuba

Bermain permainan game online menjadi satu kemestian untuk mengisi masa senggang. Bukan sahaja buat golongan kanak-kanak, orang dewasa pun kadangkala turut boleh bermain game online. Jika anda sedang mencari permainan yang menarik untuk dimainkan dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran perniagaan, Kak Bell nak share beberapa jenis Free Business Simulation Game Online yang mungkin korang akan suka.


Dalam permainan SIM Perniagaan percuma ini, anda boleh menjadi sebagai seorang pengusaha dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan anda dari aspek kewangan, pemasaran, serta pengurusan operasi harian. Ada banyak jenis perminan yang ada seperti managerial game, best tycoon games dan paling banyak business simulation game.

Walaupun permainan ini hanya simulasi, namun anda akan mendapat pengalaman yang hampir sama dengan pengalaman sebenar dalam mengendalikan perniagaan. Permainan ini sangat sesuai bagi mereka yang baru memulakan perniagaan atau ingin mempelajari strategi perniagaan yang berkesan tanpa perlu menghadapi risiko sebenar. 


Satu kelebihan permainan ini adalah ia percuma dan boleh dimainkan dalam talian. Anda tidak perlu memuat turun apa-apa perisian atau memasang aplikasi tambahan di komputer anda. Cukup dengan mengakses laman web mortgagecalculator.org/money-games/, anda sudah boleh memainkan permainan ini. Berikut adalah senarai 6 Free Business Simulation Game menarik untuk korang cuba:
  • Lego City Adventures Build And Protect
  • Hero Elementary Treehouse Trouble
  • Kingdoms Wars
  • Coffee Shop
  • Hidden Food
  • The Powerpuff Girls Panic In Townsville


1) Lego City Adventures Build And Protect

Lego City Adventures Build And Protect

business management games

Dalam game ni, korang perlu bantu Mayor Solomon Fleck membina Lego City dengan pelbagai jenis bangunan. Nanti korang akan dapat coin dari tax revenue. Dari hasil coin tadi korang akan bina lagi lebih banyak bangunan dan besarkan lagi bandar Lego!

2. Hero Elementary Treehouse Trouble

Hero Elementary Treehouse Trouble

business simulation games pc

Bagi peminat puzzle boleh cuba game ni. Game online ini mudah dan sangat sesuai buat kanak-kanak untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. 2 level awal adalah tutorial bagaimana nak mainkan game ini dan boleh teruskan bermain sampai habis 22 Level di 3 areas: Hero Elementary, Downtown, dan Citytown Park. Game comel denganwatak Squirrel ni mesti budak-budak suka.

3. Kingdoms Wars

best business simulation games


Kingdoms Wars adalah permainan game jenis virtual board game yang diinspirasikan dari permainan Monopoly. Korang boleh beli property kemudian dapatkan hasil sewa dari property korang. Korang kena main untuk kalahkan 3 player game sampai bankrup.

4. Coffee Shop

Coffee Shop online game

business simulation games android

Game ni paling common dan paling mudah dan banyak dimainkan. Mulakan dengan membeli inventori (barang-barang kedai), tentukan bajet, set harga jualan dan tentukan formula kopi untuk dijual. Permainan ini menguji strategi anda berdasarkan permintaan pelanggan dan cuaca untuk dapat hasil jualan tertinggi. Predicting Demand dan faham kehendak pelanggan menjadi aspek utama permainan ini.

5. Hidden Food

Free Business Simulation


Permainan mencari barang makanan ni paling best. Akan ada masa yang ditetapkan untuk korang cari makanan tersembunyi. Kalau tak dapat jumpa atau gagal, boleh replay main semula sebanyak mana tanpa ada had. Game ni juga memudahkan kanak-kanak main sebab akan ada hint untuk mereka selesaikan permainan.

6. The Powerpuff Girls Panic In Townsville

The Powerpuff Girls Panic In Townsville

business simulation game

Dalam game ni pemain perlu bantu Buttercup, Blossom, dan Bubbles untuk menyelamatkan bandar dari serangan meteor berapi dan meteor ais. Sis suggest game ni sebab game Powerpuff Girl ni comel. Tapi ianya bit annoying sebab payah nau nak musnahkan meteor tu.

Permainan ini bukan sahaja menarik tetapi juga mendidik. Anda akan belajar bagaimana menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak, menentukan harga jualan yang sesuai, memahami cara-cara membuat keuntungan serta menguruskan inventori dengan berkesan. Dalam proses ini, anda akan belajar mengambil risiko yang berbaloi dan memperbaiki keputusan perniagaan anda mengikut pengalaman.  


Simulasi perniagaan yang menarik dan mendidik ini boleh menjadi alternatif yang baik untuk menambahkan pengetahuan anda dan kanak-kanak dalam bidang perniagaan. Ia juga dapat membantu meningkatkan kemahiran pemain dalam merancang, menguruskan dan memajukan sesebuah perniagaan anda. Jadi kalau nak cuba banyak lagi permainan lain, boleh lah cuba Free Business Simulation Game Online ini di mortgagecalculator.org/money-games/ secara percuma.

business simulation game, Free Business Simulation, business simulation games android, best business simulation games, business simulation games pc, business game online, business management games,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post