Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film
  Factory & Redfiress Film Production. Filem bergenre seram komedi ini
  dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan,
  Farid Kamil dan ramai lagi termasuk kumpulan pelawak Senario. Ikuti sinopsis
  dan review filem Sumpahan Syaitan selanjutnya.
  Berpeluang menyaksikan tayangan awal, tayangan premier filem Sumpahan Syaitan
  ini telah diadakan pada 23 Februari 2023 yang lalu di DADI Cinema Pavilion
  Kuala Lumpur.
  Difahamkan, filem ini telah membuat penggambaran pada 2019, namun disebabkan
  pandemik, filem ini tidak dapat dikeluarkan. Tapi akhirnya, selepas beberapa
  tahun menunggu tayangan, filem ini bakal menemui penonton di layar lebar.
  Filem Sumpahan Syaitan bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia
  termasuk Brunei dan Singapura bermula 2.3.2023.
Info Filem Sumpahan Syaitan
Tajuk Filem : Sumpahan Syaitan
Durasi : 120 minit ( 2 jam )
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram / Komedi
Pengarah : Roy Krishna
Pelakon : Dato’ Ac Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Rajalawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala (watak kanak-kanak) dan Cracky Don.
Penerbit: D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production
Tarikh Tayangan : 2 Mac 2023 (Malaysia, Brunei & Singapura)
Lagu OST Sumpahan Syaitan :
Akhirnya Pasti (Aniez ft Ihsraq, Beejay dan Ash)
Pergilah (Amira Anuar dan Ishraq)
Barisan Pelakon Filem Sumpahan Syaitan
2.Dato’ Jalaludin Hassan
3.Farid Kamil
4.Nynaa Harizal
5.Saiful Apek
6.Azlee Senario
7.Pak Ya Sepahtu
8.Yassin Senario
9.Epy Kodiang
10.Syaiful Zero
11.Amai Kamaruddin
12.Arin Rajalawak
13.Adam Shahz
14.Azlan Komeng
15.Kenji Sawahii
16.Lala (Watak Kanak2 Anak Sam)
17.Cracky Don
Sinopsis Filem Sumpahan Syaitan
    Sumpahan Syaitan mengisahkan tentang Sam (Farid Kamil) yang diperdaya untuk
    membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray (Adam Shahz). Sam terpaksa
    meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang tidak teragak-agak membunuh
    iaitu Branco (Dato Jalaludin Hassan).
  
  
    Malik (Dato Ac Mizal) tidak bersetuju dengan cadangan itu, namun Sam tetap
    dengan pendiriannya untuk meminjam wang tu dan percaya bisnes yang dibuat
    akan memberi pulangan yang lumayan.
  
 
    Selepas Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM dan Ray telah
    menghilangkan diri, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan
    diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke hotel
    lama yang baru dibelinya dari seorang pengurus (Pak ya Sepahtu) untuk
    menyembunyikan diri dari dikesan Branco.
  
  
    Sam bersama isteri (Nynaa Harizal) dan anaknya, Angel (Lala), telah disambut
    baik oleh pekerja hotel. Namun setelah Sam mengelolakan hotel tersebut,
    pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu
    telah di sumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada satu ketika dulu.
  
  
    Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya?Adakah Branco berjaya
    mendapatkan kembali wangnya?
  
Review Filem Sumpahan Syaitan
    Penonton mesti akan mengagak filem ini akan membawakan plot dan lakonan
    hebat kerana menghadirkan ramai pelakon berbakat seperti Dato’ AC Mizal,
    Dato’ Jalaludin Hassan, Farid Kamil dan juga beberapa ahli kumpulan Senario.
    Walaupun ada kehadiran pelakon hebat, ada beberapa watak yang agak lemah dan
    kurang menjadi pada pendapat Kak Bell.
  
  
    Dato' AC Mizal kali ini tampil dengan karakter yang serius dan ini
    sememangnya berbeza berbanding filem sebelum ini yang lebih sell memainkan
    watak komedi. Lakonan Dato’ Jalaludin Hassan juga Amat berlainan dan berjaya
    membawakan watak serius sebagai Branco.
  
  
    Idea asalnya pengarah adalah menghasilkan filem seram sepenuhnya tetapi
    diubah kepada genre seram komedi mengikut selera tempatan yang suka dengan
    filem komedi. Untuk plot cerita ok tak jadi masalah sebab dari awal memang
    boleh faham.
  
  
    Untuk bahagian seram filem ini agar kurang menyerlah dan ada beberapa part
    yang menampakkan CGI yang boleh diperbaik mutunya. Kak Bell maksudkan part
    tangan hantu muncul tu lebih ok kalau shoot terus tangan prostetik hantu
    dari buat bayang-bayang tangan hantu tu kat skrin. Btw, disebabkan ianya
    adalah filem seram-komedi jadi korang tak boleh nak letak tanggapan unsur
    keseraman yang tinggi, layaknya macam sebuah filem seram.
  
  
    Bagi aspek komedi filem ini sangat berjaya. Memang akan ada part-part yang
    korang akan tergelak sendiri. Bagi filem Sumpahan Syaitan ni memang lebih
    berat ke arah komedi berbanding seram.
  
  
    Satu lagi yang Kak Bell rasa kurang, filem ni banyak sangat dok ulang shot
    bahagian pemandangan hotel dari atas sebelum nak start babak dalam hotel.
    Unsur seram yang nak ditonjolkan tu tak menjadi.
  
  
    Secara keseluruhan, not bad tapi boleh diperbaiki. Cukup terhibur dengan
    aksi komedi spontan yang dibawakan dan sesuailah untuk tontanan seisi
    keluarga.
  
  Contest Tonton dan Menang
    Berita baik untuk semua yang bakal menonton filem Sumpahan Syaitan dimana
    anda berpeluang untuk membawa pulang sebuah motorsikal. Terdapat 5 buah
    motorsikal untuk diberikan kepada penonton bertuah!
  
  
    Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, sila scan QR code tertera atau
    layari
    www.sumpahansyaitan.com
    sekarang. Tiket wayang harus disertakan semasa mengisi borang peraduan.
  
  
    Jadi, jangan lupa untuk menonton filem Sumpahan Syaitan yang akan
    ditayangkan bermula pada 2 Mac 2023 di seluruh pawagam Malaysia serta Brunei
    dan Singapura.
  






.webp)