Konsert Muse The Will of The People Tour 2023 Tampil Eksklusif 29 Julai di Malaysia | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Muse The Will of The People Tour 2023 Tampil Eksklusif 29 Julai di Malaysia | Bella Jamal

Trending

Konsert Muse The Will of The People Tour 2023 Tampil Eksklusif 29 Julai di Malaysia | Bella Jamal

Hello Universe PLT mengumumkan konsert MUSE 'The Will of The People' TOUR 2023 secara eksklusif berada di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Julai 2023 akan datang. Malaysia yang menjadi satu-satunya hentian konsert di Asia menjadi destinasi konsert pilihan untuk artis-artis global antarabangsa.

Konsert Muse Tour 2023 Malaysia

Pemenang anugerah Grammy dua kali, Muse disenaraikan sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia selain telah mendapat pengiktirafan secara meluas sebagai salah satu Live Band terbaik di dunia.

Muse Lancar Album Baru Bertajuk Will of The People

Muse secara konsistennya telahpun berjaya menghasilkan banyak persembahan yang menakjubkan dan untuk konsert jelajah dunia ‘Will of The People 2023’ yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti juga tidak terkecuali. Album baru Muse yang ditunggu-tunggu, ‘Will of The People’ sekali lagi menunjukkan bahawa Muse tidak hanya tertumpu kepada genre tunggal sahaja.

Dihasilkan sepenuhnya oleh ahli kumpulan ini sendiri, album ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam krisis dunia semasa yang semakin meningkat.

Apa yang lebih menarik mengenai album ‘Will of The People’ ini, ia telah menyediakan platform muat turun secara langsung ke pra pesanan yang pastinya telah menyemarak dan mencetuskan reaksi yang mengkagumkan buat peminat fanatik mereka dan menjadikan keluaran album mereka ini lebih dinati-nantikan.

Selain itu, Muse yang juga pemenang 70 anugerah muzik rock antarabangsa daripada 174 pencalonan ini akhirnya meleraikan penantian peminat mereka dan akan mengadakan konsert secara langsung dan eksklusif hanya di Malaysia.

Hello Universe PLT mensasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 kapasiti orang ramai yang akan hadir untuk menyaksikan konsert yang sangat luar biasa ini di Malaysia.

Untuk rekod, konsert Muse yang terakhir di Asia adalah pada tahun 2019 di mana berlangsungnya Singapore Grand Prix, yang juga merupakan sebahagian dari jelajah konsert ‘Teori Simulation’. Sebelum itu juga, jelajah Asia terakhir mereka adalah pada tahun 2015 dimana ia sebahagian daripada jelajah ‘Drones’ yang menyaksikan mereka membuat persembahan di Beijing, Shanghai, Singapura, Hong Kong dan Seoul. Konsert Muse yang terakhir di Kuala Lumpur telah diadakan 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2017.

Harga Tiket Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023Tarikh: 29 Julai 2023

Harga Tiket Konsert Muse Malaysia

Lokasi : Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort
Tarikh Prajualan: 2 Mac 2023 (Khamis), 2PM
Tarikh Jualan Am: 3 Mac 2023 (Jumaat), 10:30 AM

Zone A : RM 950
Zone B : RM 550
Zone C : RM 350
Zone D : RM 750 (kategori tempat duduk) *hanya dibuka pada Jumaat, 3 Mac 2023.

Tiket pra-jualan bermula pada Khamis, 2 Mac 2023 jam 2 petang waktu tempatan dengan kemudahan bayaran ansuran eksklusif hanya di laman sesawang www.golive-asia.com. Manakala jualan tiket kepada orang awam pula akan mula dijual pada Jumaat, 3 Mac pada jam 10 pagi waktu tempatan hanya di laman sesawang www.ticket2u.com.my
Kumpulan Muse berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana. Kami akhirnya kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023.”   

Seiring dengan itu, kami, Hello Universe berterima kasih atas sokongan dan dokongan dari pihak Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pelancongan, dalam mengiktiraf usaha kami dalam usaha untuk mempromosikan aktiviti hiburan di Malaysia secara global dan meletakkan Malaysia di atas peta dunia sebagai antara destinasi acara hiburan utama untuk Asia.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post