Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong 2023 Tawar 80 Menu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong 2023 Tawar 80 Menu

Trending

Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong 2023 Tawar 80 Menu

Semoga tahun ini kita berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnya. Tinggalkan segala memori yang berbekas di hati kita, keep on & moving forward dan teruslah mencipta kenangan kenangan yang indah untuk kita nikmati di hari yang mendatang. Tahun ini Lugar De La Boda Puchong kembali lagi dengan 80 jenis hidangan untuk buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong (buffet Ramadhan 2023).

dewan kahwin puchong

Lugar De La Boda dikenali juga sebagai dewan kahwin Puchong yang dikelolakan oleh Hanana Group. Mereka juga turut menyediakan pakej perkahwinan sekali dewan lengkap dengan katering, pelamin, baju pengantin dan dewan dalam taman (Konsep Wedding Garden).


Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda Puchong

Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.

menu buffet ramadan lugar de la boda

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.

Menu Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong

Menu Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong

Air Balang Night Market Style
Air Balang 'Night Market Style'

Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda WAJIB cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti :

- LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'
- SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar
- Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung

Teppanyaki Counter
Teppanyaki Counter

Kambing Bakar Stall
Kambing Bakar Stall

ABC Stall
ABC Stall

Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong

Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.


Harga Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong 2023

harga buffet ramadan lugar de la boda puchong

Anda boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di sini. Harga buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong adalah seperti berikut :

Early Bird - Sehingga 25 Mac 2023 (Valid for online payment only)
Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

Harga Super Duper Special Untuk Early Bird - Sehingga 23 Mac 2023
Dewasa (Seorang) - RM69 (Seorang) - Jika pembelian lebih 1 pax.

Harga Biasa
Dewasa (Seorang) - RM89 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM59 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59 (Seorang)
1 Meja (10 Pax) - RM690

Harga buffet Ramadan di Lugar De La boda adalah diantara yang termurah, termasuk dalam kategori bufet Ramadan bawah RM100 untuk iftar ramadhan area Selangor - Puchong.

Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, anda boleh ke link buffetramadhanselangor2022 atau sila hubungi:

Zuraini - 0163111074
Liana - 016-4318434
Shaidatul - 0166700473
Kak Lin - 0166700752

Peraduan Iftar & Menang

Peraduan Iftar & Menang

Anda juga berpeluang menyertai Peraduan Iftar & Menang. Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, korang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah.

  • Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss
  • 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi

Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan.

Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong 2023

26 Mac lepas sis berbuka puasa di Lugar De Laboda Puchong. Kebetulan pulak birthday sis hari tu. Setiap tahun sis dtg sini sebab menunya memang best. Tahun ni ada lebih 80 menu sajian berbuka puasa termasuklah menu live stall! Jangan lupa try kambing bakar kat sini memang beratuq org nak! Tahun ni laris manis ye tak sempat sis nak rasa semua. Hehe.

Alamat Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.

Website : Hanana Group

Facebook :
https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2022
https://www.facebook.com/profile.php?id=100071048812044

Instagram :
https://www.instagram.com/buffetramadhanselangor2022

iftar ramadhan selangor puchong, dewan kahwin puchong, pakej perkahwinan sekali dewan, lugar de la boda puchong, bufet Ramadan Lugar De La Boda Puchong,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post