Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong

Trending

Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong

Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong | Hi semua! Dah hampir seminggu berpuasa mesti korang dah terjah banyak tempat berbuka puasa kan? Tahun ni Kak Bell sekali lagi berkesempatan iftar di Lugar De La Boda, Puchong. Kiranya dah masuk kali ketiga berbuka puasa di sini. Sebenarnya buffet ni di dewan perkahwinan Lugar De La Boda yang diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Kalau gugel dewan kahwin Puchong, memang sinilah tempatnya. Disebabkan dah 3 kali Kak Bell datang sini, jom terus baca nak tahu apa menu menarik di sini.

Buffet Ramadhan Selangor 2022 Di Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong

Tahun ini, Lugar De La Boda Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor (Buffet Ramadan Puchong) kali ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 11 stall live cooking dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.


Menu Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong

Untuk hidangan utama bagi menu buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong, mereka menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Paru dan banyak lagi.

Menu Buffet Lugar De La Boda

Live Stall Lugar De La Boda


Seterusnya, terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda wajib cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.

Pencuci mulut buffet Puchong

Dessert Lugar De La Boda

Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.


Buffet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong Price

Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda Puchong adalah seperti berikut.

Harga Bufet Iftar Ramadhan

Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520

Kak Bell suka datang ke sini sebab kawasannya luas, teratur dan setiap tahun dekorasinya menarik. Maklumlah dewan perkahwinan, suasannanya macam menghadiri perkahwinan! Manalah tau kalau nak pakej perkahwinan garden wedding boleh buat kat sini. 

Garden Wedding Puchong

Lugar De La Boda Puchong


dewan kahwin puchong

Selain daripada bahagian makan di dalam dewan, ada juga kawasan luar untuk makan. Bagi muslimin dan muslimat yang ingin mendirikan solat, surau juga turut disediakan dan tandasnya juga selesa.

Bagi yang nak datang ke sini dan buat tempahan boleh hubungi talian di bawah. InsyaAllah menu-menu di sini akan menjadi sebutan anda untuk #buffetramadhan pada tahun ini.

016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA

buffet ramadhan selangor 2022

Alamat Lugar De La Boda Puchong 2022

Lugar De La Boda Puchong (Hanana Group)
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

IG : @buffetramadhanselangor2022
FB : https://www.facebook.com/buffetramadhanpuchong2021

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post