Trending


20 Resepi Kuih Muih & Pencuci Mulut Berbuka Puasa Malaysia (Resepi Kuih Orang Lama)

20 Resepi Kuih Muih & Pencuci Mulut Berbuka Puasa Malaysia (Resepi Kuih Orang Lama) | Hi semua! Jika berbuka puasa, tak lengkap rasanya jika tiada kuih muih pemanis mulut sebagai pelengkap hidangan menu utama. Selalunya nak makan kuih beli je kat bazar Ramadhan, memang ada banyak jenis sampai rambang mata dibuatnya. Kak Bell pun gigih cari kuih Kelantan bulan puasa. Maklumlah, bukan senang nak jumpa kan!

Resepi Kuih Muih & Pencuci Mulut Berbuka Puasa

Sekarang ni pula tular pasal kuih donut inti oksigen. Secoet je inti kat bahagian hujung tanpa inti. Lebih kurang sama aje dengan isu karipap oksigen. Ramai betul peniaga tak jujur dan buat orang ramai dah tak beli kuih-kuih dekat bazaar. Kita ni bukannya apa, nak buat sendiri 'kuih muih klasik' atau 'kuih Orang Lama' ni memang sis tak pandai. Pandai makan aje.

Pada yang rajin, resepi kuih bulan Ramadhan memang sentiasa orang cari. Sekali sekala jom buat sendiri. Ada banyak je resepi kuih muih yang mudah dan cepat dibuat sendiri sebagai menu juadah berbuka puasa nanti. Resepi kuih muih tradisional memang selamanya mendapat tempat, evergreen gitu macam kuih atas putih bawah hijau! Haa ada banyak kan kuih atas putih bawah hijau kan? Korang suka yang mana?


Bagi peminat juadah kuih muih tradisi yang sememangnya memenuhi cita rasa, Kak Bell kongsikan 20 resepi kuih popular bulan ramadhan untuk berbuka puasa. Bolehlah korang cuba sendiri resepi dan cara buat kuih tradisional.

1. Resepi Tepung Pelita Versi Kacau
2. Resepi Kuih Lopeh
3. Resepi Kuih Lapis
4. Resepi Kuih Lompang
5. Resepi Kuih Sagu
6. Resepi Kuih Bingka Pandan Bakar
7. Resepi Kuih Koci Labu
8. Resepi Lepat Pisang
9. Resepi Apam Pisang
10. Resepi Kuih Buah Melaka/Resepi Onde-Onde
11. Resepi Bingka Tepung Beras/Bengkang
12. Resepi Puding Seriayu
13. Resepi Roti Nan Cheese
14. Resepi Kuih Dangai/Kuih Rangin
15. Resepi Cara Manis
16. Resepi Kuih Abok-Abok/Kuih Tepung Gomak
17. Resepi Apam Puri
18. Resepi Apam Jepun
19. Resepi Bubur Sumsum
20. Resepi Kuih Tepung Bungkus



1. Resepi Tepung Pelita Versi Kacau
Menu ni memang jadi kegemaran ramai dan menjadi resepi kuih muih viral. Kalau kat bazr beratur orang nak beli Tepung Pelita Paya Jaras. Beratur panjang gila.Resepi Tepung Pelita Versi Kacau ni kalau malas nak buat sampannya, boleh aje guna bekas bekas dadih 4oz tu. Untuk resepi adunan ini dapat buat 25 bekas dadih 4oz.

Resepi Tepung Pelita Versi Kacau

Bahan Lapisan Bawah (Hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air pandan (blend 7 helai pandan)
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna hijau

Cara buat pulut:
1) Satukan ke semua bahan, kacau sebati hingga tiada bintil-bintil tepung.
2) Dengan menggunakan api perlahan, masak sehingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
3) Tutup api kemudian tuang ke dalam bekas atau dalam sampan dan ketepikan.

Bahan Lapisan Atas (kepala Santan)
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa

Cara buat Tepung Pelita:
1) Cara masak sama seperti lapisan hijau.
2) Satukan kesemua bahan/sebatikan (tiada bintil-bintil tepung).
3) Masak sehingga meruap, pekat dan meletup-letup. Perlu sentiasa dikacau.
4) Tutup api dan tuang adunan ke atas lapisan hijau.
5) Sejukkan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kredit: Mas Cotek


2. Resepi Kuih Lopeh
Korang dah cuba buat versi guna rice cooker? Resepi Kuih Lopeh ni serious senang. Sedap betul dibuat pencuci mulut berbuka puasa.

Resepi Kuih Lopeh

Bahan Pulut
2 cawan beras pulut (basuh bersih dan rendam 30 minit)
½ cawan santan cair
1 cawan air pati pandan
1 cawan air biasa
pewarna hijau makanan

Bahan Air Gula
1 cawan gula merah
1 cawan air
½ sudu kecil garam

Bahan Kelapa
Kelapa yang diparut
sedikit garam

Cara nak buat Kuih Lopes:
1) Basuh beras pulut, rendam 30 minit.
2) Masukkan santan cair, air pati pandan, air biasa.
3) Bila rasa warna dia kurang menarik, boleh masukkan sedikit warna hijau.
4) Untuk air gula, panaskan gula merah bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan untuk lebih wangi.
5) Kukus sekejap kelapa parut lebih kurang 5 minit. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gaul rata.
6) Pulut dah siap, air gula dah selesai kelapa pun dah setel. So boleh lah dihidang bersama waktu berbuka nanti.


3. Resepi Kuih Lapis
Cara buat kuih lapis simple aje, bahan asasnya tepung gandum dengan santan serta pewarna merah kegemarannya. Selain menggunakan tepung jagung, boleh juga menggunakan tepung ubi. Jadi kuih akan lebih berkilat dan lembut. Kuih ini sangat sedap dan cukup lembut dan terasa haruman perisa ros. Boleh juga kalau nak guna tepung jagung untuk jadikan rasanya lebih lemak. Memang cantik jika dipotong ketika ianya benar benar sejuk.

Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan
2 cawan tepung beras cap bunga
1 cawan tepung gandung
1 cawan gula
5 cawan santan

Cara buat Kuih Lapis:
1. Campur semua blander bahagi 2 adunan letak warna ros 1 adunan warna putih letak garam sikit bagi naik lemak.
2. Kukus selapis-lapis 1 lapisan dalam 10 minit sukat nak bagi sama guna senduk saiz yang sama.

Kredit: Roslinda Lin


4. Resepi Kuih Lompang
Lompang ni manis rasanya hasil dari gabungan tiga jenis gula, ditambah pula dengan aroma yang harum dan meyelerakan dari daun pandan serta digabungkan dengan kelapa parut yang lemak masin. Kalau tak letak gula nisan, sukatan gula putih tu buat sama dengan sukatan gula merah. Adunan di bawah, boleh buat 70 biji Kuih lompang acuan kecil.

Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan
500gm tepung beras
300gm gula merah
100gm gula putih
4 sudu makan air kapur
6 cawan air
Daun pandan
Kelapa parut
Garam

Cara buat Kuih lompang:
1) Masak gula dengan 2 cawan air serta daun pandan.
2) Bancuh tepung beras dengan 4cawan air, masukkan air kapur, masuk air gula yang di masak tadi, dan tapis.
3) Panas kan pengukus, oles acuan dengan minyak.
4) Tuang adunan dalam acuan dan kukus selama 15minit.
5) Gaul kelapa dengan garam dan kukus selama 10 minit.
6) Keluarkan kuih dari acuan apabila sejuk dan gaul dengan kelapa

Tips!
  • Tujuan kita kukuskan dulu acuan selama 5 minit ialah supaya kuih lompang menjadi 'lesung pipit di tengahnya nanti bila dikukus
  • Air kapur berfungsi sebagai bahan untuk menjadikan tepung lebih kenyal apabila dikukus nanti.


5. Resepi Kuih Sagu
Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Guna resipi Kuih Sagu ni pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Hanya guna 3 bahan sahaja.

Resepi Kuih Sagu

Bahan-bahan
1/2 cawan Sagu
5 sudu Gula
Kelapa parut + garam (kukus kejap)

Cara buat kuih sagu:
1) Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros (rendam 1 jam setengah).
2) Kemudian toskan, letak dalam satu bekas dan tambahkan gula kacau-kacu.
3) Sudukan dalam acuan dan kukus selama 25-30 minit.
4) Kemudian gaulkan dalam kelapa.

Adunan ni dapat buat 13 kuih sagu yang comel. Langsung tak nampak putih-putih, merah jernih ja kuih lepas siap. Kalau nak manis boleh tambah gula sikit lagi.

Kredit: Dayah Eida


6. Resepi Kuih Bingka Pandan Bakar
Kuih bakar pandan atau kuih bingka ni, paling sedap adalah bahagian keraknya. Tapi jangan terlalu hangus sebab nanti pahit. Resepi Kuih Bingka Pandan Bakar tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Ikut respi ni lebih mudah. Selamat mencuba!

Resepi Kuih Bingka Pandan Bakar

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
2 kotak santan size kecit + 1 cawan air
3 biji telur
2 sudu besar butter/marjerin
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit pewarna kuning

TIPS
  • Warna hijau + kuning akan hasilkan hijau yang lawa merecik

Cara-cara buat bingka pandan bakar:
1) Blender bahan hingga sebati.
2) Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven.
3) Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
4)Taburkan bijan (jika suka).
5) Bakar 45 minit pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.
6) Tunggu sejuk baru potong

Kredit : Ikan Bilis Ikan Masin Terengganu


7. Resepi Kuih Koci Labu
Kuih Koci ni ada yang buat kuih koci pulut hitam. Resepi ni kuih koci versi labu. Rasanya yang lemak manis disukai ramai dan wangi daun pisang.

Resepi Kuih Koci Labu

Bahan Koci Labu
250gm tepung pulut
250gm labu (direbus + dilecek)
1/2 cawan santan cair (tuang sedikit-sedikit untuk uli)
Daun pisang secukupnya

Cara buat kuih koci labu:
1) Gaul labu dengan tepung hingga sebati. Masukkan santan cair sedikit-sedikit. Gaul/uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2) Doh tadi buat bulat-bulat kesemuanya (anggaran berat ikut suka) dan masukkan inti dalam doh (inti tu bulat-bulatkan dulu). Kemudian bulatkan semula doh.
3) Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh labu.
4) Bila doh dah timbul, angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yang telah dimasak.
5) Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api
**tak perlu kukus ye..nanti dadih santan akan mengeras sendiri

Bahan Dadih Santan
2 kotak santan 200ml + dengan air jadikan 1 liter santan
7 sudu tepung beras
7 sudu tepung jagung
3 helai daun pandan
Gula secukup rasa
Garam

TIPS
  • nak guna santan kelapa/segar, pastikan santannya cukup 1 liter
  • tak de sukatan yang tepat ye, kalau nak kurang dari 1 liter pun boleh

Cara buat dadih santan:
1) Tuang santan dalam bekas. Masukkan tepung beras dan tepung jagung. Whish bagi sebati dan tapiskan dalam periuk.
2) Masukkan daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Masak atas api sederhana. Perasakan gula dan garam mengikut selera masing-masing.
4) Masak sampai likat, sampai dadih tu meletup-letup untuk tahan lama.

Bahan Inti Kelapa
1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/4 cawan gula
3 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam

Cara buat Inti Kelapa:
1) Masak gula merah + air sehingga larut kemudian tapiskan
2) Masukkan kelapa, kacau dan masak sehingga nak kering
3) Masukkan tepung untuk jadikan inti lebih kental

Kredit : Wan Zura Aishah


8. Resepi Lepat Pisang
Lepat pisang sememangnya menjadi kegemaran ramai dan ia sememangnya satu kuih yang cukup klasik. Bila dimakan panas-panas selepas dikukus, terasa nikmatnya. Tak susah pun nak buat kuih ini. Untuk pisang boleh aje gunakan pisang awak, pisang emas atau pisang jenis lain pun boleh juga. Untuk daun pisang kena dibersihkan dahulu dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.

Resepi Lepat Pisang

Bahan-bahan
15 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula (boleh kurang/tambah)
Secubit garam
Daun pisang (layurkan sekejap atas api dan potong selebar tapak tangan)

Cara buat Lepat Pisang:
1) Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus)Masukkan gula dan garam dan gaul sebati.
2) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata
3) Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.
4) Kemudian lipat dan buat hingga habis
5) Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.
6) Kukus hingga masak (kukus lebih kurang selama 12-15min sahaja)

Kredit : Siti Shamsina Abdul Hamid


9. Resepi Apam Pisang
Kalau ada lebihan pisang masak atau terlebih masak tu, bolehlah dibuat apam pisang. Ikut resepi ni kalau nak dapatkan apam pisang cute gebus.

Resepi Apam Pisang

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
2 sk soda bicarbonat
3/4 cawan gula (boleh kurangkan)
2 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
4 biji pisang berangan
Sedikit esen vanilla

Cara buat Apam Pisang:
1) Ayak tepung gandum, baking powder, soda bicarbonat, kemudian ketepikan.
2) Blend pisang,telur, minyak masak, gula, vanilla esen dan pisang hingga sebati (hancur)
3) Tuangkan dalam tepung. kacan rata hingga sebati.
4) Kukus hingga masak dalam 10-15 minit.

Kredit: Nik Nik


10. Resepi Kuih Buah Melaka/Resepi Onde-Onde
Kuih buah Melaka atau biasa dipanggil kuih onde-onde (orang Kelantan panggil) ni dikenali sebagai kuih kelopong di Negeri Sembilan. Kalau Kak Bell suka jika inti gula melakanya banyak. Perlu pastikan bahan disukat betul sebab kalau tak jadi kuih onde-onde akan jadi liat dan keras masa makan.

Resepi Kuih Buah Melaka Onde-Onde

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air (kalau rasa kurang lembut tambah sedikit air)
1/2 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
4-5 helai daun pandan (kisar dengan *1 cawan air di atas)
Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus (gaul sebati dan kukus sekejap)

Cara buat kuih gula Melaka/onde-onde:
1) Dalam bekas tambah tepung pulut + tepung gandum dan gaul rata.
2) Tuang air pandan + sedikit pewarna hijau. Uli-uli dan jadikan doh yang lembut.
3) Buat doh bulat-bulat dan agak-agak nak besar mana.
4) Tekan leper doh tadi, isikan gula melaka. Bulatkan semula doh dan buat sehingga habis doh.
5) Panaskan air hingga mendidih, masukkan 2 helai daun pandan (simpulkan).
6) Masukkan doh tadi dalam periuk. Bila doh timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil.
7) Lalukan sekejap bawah air paip dan toskan.
4) Golekkan buah melaka atas kelapa parut putih bagi rata. Siap!

Kredit Resepi : Zura Zul



11. Resepi Bingka Tepung Beras
Keenakan kuih lama yang sememangnya tiada tandingan. Mungkin agak remeh membuatnya berbanding kuih moden tetapi rasanya memang tidak boleh dipertikaikan. Resepi Bingka Tepung Beras/ kuih bengkang ini kalau ikut cara lama kena kisar beras untuk membuat bengkang beras ini. Hasilnya jadi elok dan rasanya super enak.


Bahan-bahan
6 cawan tepung beras (pakai cap teratai)
2 cawan gula
2 sdt garam halus
9 cawan santan
1 sdt minyak masak

Cara buat Bingka Tepung Beras:
1) Kacau sampai larut, kemudian tapis
2) Kacau atas api sampai naik wap
3) Panas kan oven dahulu sampai panas
4) 1 sdut minyak masak buh dalm loyang
5) Tuang tepung tadi dan bakar sampai masak (180C selama 1 jam 30 min)

Kredit: Long Yang


12. Resepi Puding Seriayu
Sekali tengok macam kuih apam Seri Ayu tetapi ni adalah versi puding. Terlupa pula nak kongsi resepi kuih Apam Seri Ayu. Ni juga salah satu resepi kuih atas putih bawah hijau yang Kak Bell suka! Resipi Puding Seri Ayu perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sedap menikmati puding ni sejuk-sejuk bila keluarkan dari peti sejuk!

Resepi Puding Seriayu

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung (bancuh dulu dgn sedikit air)
1 tin susu cair atau 1 kotak santan Kara 200ml + 1 cawan air (jadikan 2 cawan santan)
3 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau ikut suka

Cara buat Puding Seriayu:
1) Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih.
2) Masukkan gula, daun pandan dan kacau rata.
3) Masukkan susu cair/santan kemudian kacau.
4) Masukkan tepung kastard, secubit garam. Kacau sebati hingga mendidih (sentiasa kacau)
5) Bahagikan adunan kepada 2 bekas. Satu utk putih, satu lagi warna hijau.
6) Basahkan acuan seriayu. Tuang yang warna putih separuh acuan/agak2 dan biarkan sedikit beku.
7) Tuang adunan agar-agar yang warna hijau hingga penuh acuan. Sejukkan dlm peti sejuk.
8) Dah keras/sejuk, boleh keluarkan puding dari acuan.

Kredit: Zura Zul


13. Resepi Roti Nan Cheese
Dah lama juga tak pergi melepak ke kedai mamak. Kalau dapat makan nan cheese atau nan garlic sedap juga buat berbuka. Dah jemu makan nasi, makan roti pulak. Resepi Roti Nan Gebu ni simple sangat. Kalau bubuh cheese lagi sedap! Untuk kuah, boleh cicah dengan kuah kari.

Resepi Roti Nan Cheese

Bahan-bahan
1kg tepung gandum cap rose
1/2 cawan planta
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1sdb yis atau mauripan
Cheese keping secukupnya

Cara buat Roti Nan Cheese:
1) Masukkan gula dalam air, kacau biar sebati dan ketepikan.
2) Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, planta, yis dan gaul sampai sebati.
3) Kemudian tuang air gula tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit.
4) Uli tepung tadi sehingga ianya tak melekat kat tangan (pastikan bancuhan tidak keras).
5) Tutup dgn kain tuala basah selama 1/2 jam
6) Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk doh buang angin.
7) Kemudian bulat-bulatkan doh besar, masukkan cheese dalam tepung doh dan canai leper. Biarksn 15 minit.
8) Panaskan kuali pan, letak doh tadi dan tutup pan dengan tudung. Masak guna api perlahan.
9) Bila dah nampak masak, sapukan planta biar roti nampak berkilat.

Kredit : Rossalina Ahmad


14. Resepi Kuih Dangai/Kuih Rangin
Kuih Dangai ni biasanya famous dekat negeri-negeri belah Utara. Selain nama Kuih Dangai juga dipanggil Kuih Rangin. Kuih ni boleh saja nak bakar dalam try atau nak guna acuan kuih kemboja. Bagi yang tak ada oven, boleh juga buat pakai sandwich toaster aje! Antara kuih tradisional yang sedap sangat makan panas-panas.

Resepi Kuih Dangai - Kuih Rangin

Bahan-bahan
6 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
tray saiz 12x12/acuan kuih kemboja

Cara buat kuih dangai:
1) Gaulkan semua bahan.
2) Masukkan bahan tadi dalam tray saiz 12x12.
3) Bakar 180°c selama 40minit, api atas bawah.

Kredit: Ayu Idayu


15. Resepi Kuih Cara Manis
Kuih Cara terdapat dalam berbagai macam jenis, rasa dan bentuk yang menarik. Kuih Cara Manis ni antara menu wajib sebagai pencuci mulut berbuka puasa. Cara nak buat pun mudah. Cara Berlauk pun sedap juga kan!

Resepi Kuih Cara Manis

Bahan-bahan
Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
2 cawan air
1 kotak santan 200ml
2 biji telur
3 cawan gandum
Sedikit garam
Gula

Cara buat kuih cara manis:
1) Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan.
2) Masukkan telur, santan, tepung gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi pastu tapiskan.
3) Panaskan acuan dangan api perlahan. Sapu/oles sedikit minyak dalam acuan (jangan bagi minyak bertakung dalam acuan)
4) Boleh tuang bahan tadi, kemudian mtambah sedikit gula dan tutup.
5) Bakar lebih kurang 3-5 minit. Tak perlu terbalikkan.

TIPS
  • Kalau tak ada daun pandan boleh guna perasa pandan
  • Nak warna hijau yang terang boleh guna pewarna hijau pandan
  • Kepekatan ikut keadaan, boleh tambah air kalau terlalu pekat


16. Resepi Kuih Abok-Abok/Kuih Tepung Gomak
Kuih tepung gomak atau abuk-abuk merupakan kuih tradisional yang cukup terkenal di Terengganu dan Kelantan. Kuih tepung gomak ini dibuat daripada tepung pulut dan mempunyai bentul bulat dan mempunyai inti kelapa manis. Kuih abuk-abuk/tepung gomak ni sebenarnya berbeza dengan kuih abuk-abuk sagu. Boleh dikatakan kuih abuk-abuk sagu memang sudah jarang ditemui di warung-warung waima di pasar malam sekalipun.

Resepi Kuih Tepung Gomak

Bahan Inti
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 air

Bahan Kulit
150 gram tepung pulut
1/2 cawan air
sedikit garam

Bahan Sadur 
75 g kacang hijau
**digoreng tanpa minyak hingga keperangan
**kemudian dikisar & diayak

Cara buat kuih Tepung Gomak:
1) Untuk membuat inti, satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
2) Panaskan periuk yang mengandungi air. Sementara menunggu air mendidih, boleh uli doh.
3) Uli tepung dan diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat (seperti membuat doh buah melaka).
4) Bentu kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
5) Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung.
6) Masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit.
7) Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. 
8) Tunggu sehingga doh timbul (macam buat buah melaka). Bila dah timbul, cedok dan toskan dengan penapis.
9) Jangan tunggu lama dan terus sadurkan dengan kacang hijau yang telah dikisar (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual)

Kredit resepi: Mai Shukoro


17. Resepi Apam Puri
Rupanya macam karipap tapi sebenarnya apam puri. Bahan nak buat mudah dan boleh buat warna warni barulah nampak menarik. Teksturnya lembut, kalau tak nak manis boleh kurangkan gula dalam inti kastad.

Resepi Apam Puri

Bahan Apam
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis mauripan
3 sudu gula
2 1/2 air
Pewarna kuning
1/2 sudu kecil eno biru

Bahan Inti
Kelapa
Gula merah
Kacang tanah separuh hancur

Cara buat Apam Puri:
1) Bancuh semua bahan hingga sebati.
2) Perap 10 minit, akhir sekali masukkan serbuk eno
3) Inti buat mcm kita nak buat kuih ketayap.
4) Kacang goreng ditumbuk dahulu separuh hancur dan masukkn dalam inti kelapa tadi

Kredit Resepi : Eina Halim


18. Resepi Apam Jepun
Selain dorayaki, ia juga dipanggil sebagai apam jepun. Mulanya ingatkan kuih lain, tapi betullah ni kuih dorayaki doraemon. Kuih ni merupakan kuih tradisonal Jepun (wagashi) dan ada inti mentega kacang. Kat Malaysia ni depa pakai inti kaya atau coklat.

Resepi Apam Jepun

Bahan-bahan
2 cawan tepung gndm
1 sk soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1 biji telor
1 cawan air
1/2 packet yis kering
3 sb gula
1 sb marjerin -cairkan
1 sk garam
1 sk esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Acuan egg banjo

Inti : jam nenas, kacang merah, chocolate paste atau sekaya/kaya

Cara buat apam Jepun:
1) Campurkan air bersama yis dan gula untuk aktifkan yis. Biarkan berbuih.
2) Campurkan susu cair dengan telur dan mentega cair. Ketepikan.
3) Bahan-bahan lain dimasuk ke dlm bekas, dan tuang campuran yis tadi beserta juga campuran telur + susu.
4) Gaul rata dan bila dah sebati, tapis.
5) Kemudian perap 1 jam dgn menutup bekas.

Cara masak:
1) Panaskan kuali leper, sapu minyak masak. Sapu juga minyak dikeliling acuan.
2) Tuang 1/2 adunan biarkan 1 minit dan baru sudukan inti, kemudian tutup dgn 2 sudu besar adunan batter, tutup kuali.
3) Biar dalam 2-3 minit, kikis acuan dgn pisau supaya kuih lekang dari adunan.
4) Bila kuih tanggal dari acuan balik-balikkan supaya masak sekata. Angkat.

Kredit: Mahani Hussain 


19. Resepi Bubur Sumsum 
Pencuci mulut atau dessert yang menjadi idaman setiap kali bulan Ramadhan.  Kemanisan gula melaka yang digabungkan dengan adunan tepung beras yang lemak masin setelah dimasak bersama santan. Hidangan bubur som-som ni sesuai untuk 3-4 orang makan.

Resepi Bubur Sumsum

Bahan Bubur
1cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Daun pandan

Cara buat Bubur Sumsum:
1) Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau sebati.
2) Hidupkan api sederhana dan kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul
3) Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
4) Padam api dan tuangkan dalam acuan atau bekas
5) Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan Air Gula
1 ketul Gula melaka
3 sudu Gula Merah
Sedikit Gula Putih
Air
Daun Pandan

Cara buat:
1) Campur semua dan masak atas api.
2) Masukkan dalam peti sejuk.
3) Bila kedua-duanya dah sejuk, potong Bubur Sumsum dan siram dengan air gula.

Kredit: Nana O Mey‎


20. Resepi Kuih Tepung Bungkus
Kuih tepung bungkus ini di buat dari tepung beras dan santan untuk bahagian luarnya. Santan segar yang pekat diperlukan untuk dicampurkan bersama tepung beras dan di masak sehingga likat. Bagi mengelakkan tepung bungkus homemade ini melekat pada daun pisang, pastikan santan yang digunakan adalah santan asli segar yang pekat

Resepi Kuih Tepung Bungkus

Bahan Kuih Tepung
2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu garam

Bahan Inti kelapa
1 biji kelapa (putih sahaja)
1 cawan gula merah
1 1/2 air
1/2 gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu tepung gandum

Cara buat tepung bungkus:
1) Kacau santan, tepung beras dan Garam. Masak dengan api sederhana sampai pekat.
2) Untuk inti, panaskan gula merah, gula pasir, daun pandan dan secubit garam.
3) Bila bahan dah cair semua, masukan kelapa parut dan kacau sebati.
4) Bila kering air, masukan tepung gandum. *Inti buat siap-siap sehari sebelum nak buat tepung bungkus.
5) Satukan doh dan inti bersama atas daun pisang dan bungkus, kemudian kukus selama 10-15 minit hingga naik wap
6) Sedia untuk dihidang.

Kredit Resepi: Iffat Irdina

Selamat mencuba pelbagai resepi kuih berbuka puasa untuk Ramadan tahun ini. Next time Kak Bell kongsikan lagi resepi kuih muih viral yang lain. Buat pemilik resepi, terima kasih dan beri izin untuk perkongsian. Semoga bermanfaat buat semua.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post