Sinopsis Filem Mentega Terbang - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Mentega Terbang

Trending

Sinopsis Filem Mentega Terbang

Sinopsis Filem Mentega Terbang | Filem Mentega Terbang adalah sebuah naskhah hebat yang diedarkan oleh MyContent Distribution dan menjadi filem Indie pertama ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi mobile secara percuma. Tarikh tayangan Filem Mentega Terbang pada hari Khamis, 19 Januari 2023.

Filem Mentega Terbang

Naskhah Mentega Terbang mengangkat topik agama dan kepercayaan, sebuah topik yang sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah naskhah indie lokal, Mentega Terbang telah ditayangkan dalam banyak festival seni termasuk baru habis ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival ke-16 di Indonesia pada 28 November 2021.

Malah filem ini membina pencapaian tersendiri dengan menjadi filem penutup (closing film) di Festival Filem Aceh 2022. Mentega Terbang menerima sambutan hangat dalam kalangan penonton dan pengkritik filem di negara seberang.

Filem Mentega Terbang dibarisi pelakon Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper, Jsebel Lee dan ramai lagi.


FILEM MENTEGA TERBANG
Genre: Sosial, Agama
Penerbit: Tan Meng Kheng (Meng Kheng Entertainment)
Cerita asal : Khairi Anwar
Pengarah : Khairi Anwar (Anomalist Production)
Tarikh tayangan : 19 Januari 2023
Penstriman TV : Viu

PELAKON FILEM MENTEGA TERBANG
Syumaila Salihin sebagai Aisyah
Arjun Thanaraju sebagai Suresh
Firdaus Karim sebagai Abah/Jailani
Nik Waheeda sebagai Mama/Jamhariah
Khairunazwan Rodzy
Shyamala Kandapper
Jsebel Lee


SINOPSIS FILEM MENTEGA TERBANG
Apakah wujud kehidupan selepas mati? Syurga, neraka, dan kebenaran hakiki, ini ialah persoalan yang terngiang- ngiang di dalam minda Aisyah. Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku pada selepas kematian.

Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bila-bila masa sahaja boleh dijemput kematian. Manakala ayahnya yang liberal dari segi akal dan gaya pemikiran dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan.


Aisyah mempunya persoalan yang besar bermain di fikirannya iaitu mengenai kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.


Apakah wujud kehidupan selepas mati? Itulah yang menjadi persoalan dan pengetahuan penting yang ingin diketahui Aisyah. Dia mahu tahu tentang syurga, neraka dan kebenaran hakiki. Adakah Aisyah dapat mencari jawapan yang dicari?


mentega terbang movie online, mentega terbang full movie, film mentega terbang, sinopsis filem mentega terbang, mentega terbang movie, mentega terbang cast, mentega terbang full movie online, mentega terbang watch online,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post