Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023

Trending

Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023

Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023 | Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

Sinopsis Didi & Friends The Movie

Filem pengembaraan animasi muzikal ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC ) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga buat penonton nanti.


Sinopsis Didi & Friends The Movie
Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. 

Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023

Sinopsis Didi & Friends The Movie, Kejutan Di Pawagan 23 Februari 2023

Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra? Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023.

Sesuai dengan ayat ‘Melangkah ke dunia baru’ memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri Didi & Friends sebelum ini. Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain.

Sinopsis Didi & Friends The Movie


Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew.

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.


Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dibawakan khas untuk semua, Didi & Friends The Movie! Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari 2023 ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends.

didi and friends wiki, senarai lagu didi and friends, didi and friends the movie 2023, didi and friends movie, didi and friends full movie, didi and friends suara latar, didi and friends netflix, animasi didi and friends, Sinopsis Didi & Friends The Movie,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post