Trending


Review Filem Black Adam (2022)

Review Filem Black Adam (2022) | Hi korang! Walaupun filem ni dah lama tayang, sis baru nak kongsi black adam film plot dan summary. Filem Wakanda Forever pun tak sempat nak tonton ye. Plan awal memang nak tonton Wakanda Forever kat pawagam tempohari, tapi kengkawan dah tengok so tengokla Black Adam. Kejap lagilah sis tonton.

Review Filem Black Adam (2022)

Lepas Warner Bros keluarkan filem The Batman (2022), Oktober tahun ni DC keluarkan film superhero terbaru berdasarkan karakter DC Comics iaitu Black Adam. Filem ni merupakan spin-off dari filem Shazam! (2019) dan menjadi debut bagi Black Adam dan Justice Society di DCEU. Black Adam menjadi filem ke-11 di DC Extended Universe (DCEU) yang digarap oleh pengarah Jaume Collet-Serra yang pernah mengarah filem Jungle Cruise (2021) dan Orphan (2009).

Pengarah: Jaume Collet-Serra
Producer: Beau Flynn, Hiram Garcia, Dwayne Johnson, Dany Garcia
Writer: Adam Sztykiel, Rory Haines, Sohrab Noshirvani
Genre: Superhero, Action, Adventure, Fantasy
Original Language: English
Pelakon: Dwayne Johnson, Sarah Shahi, Viola Davis, Pierce Brosnan, Noah Centineo, Aldis Hodge, Quintessa Swindell, Marwan Kenzari
Release Date (Theaters): Oct 21, 2022,  Wide
Release Date (Streaming): Nov 22, 2022
Duration: 125 Minutes/2h 5m
Rating: PG-13 (Sequences of Strong Violence|Intense Action|Some Language)
Distributor: Warner Bros. Pictures
Sound Mix: Dolby Digital, Dolby Atmos
Aspect Ratio: Scope (2.35:1)
View the collection: DC Extended Universe

Rating TOMATOMETER 39%
6/10 IMDb RATING


Sinopsis Filem Black Adam (2022)
Black Adam mengisahkan tentang asal usul antihero DC, Teth Adam yang merupakan pahlawan Kahndaq. Ketika masih seorang budak, dia memperolehi kekuatan luar biasa yang membuatkan dia ditidurkan selama 5000 tahun sebagai hukuman kerana bertindak sesuka hati menghancurkan segala hal yang menghalang dia.

Review Filem Black Adam (2022)


Awal cerita, di sebuah pos pemeriksaan tentera, ahli arkeologi Adrianna (Sarah Shahi) bersama teamnya menjalankan misi mencari artifak mahkota Sabbac yang telah lama hilang dan membuat pemakainya memiliki kekuatan gelap. Pencariannya membawanya ke sebuah makam dan Andrianna secara tak sengaja telah bangkitkan Teth-Adam (Dwayne Johnson) melalui mentera.

Di masa sekarang, zaman moden, Teth-Adam kembali hidup di zaman yang sudah sangat berbeda dari eranya tetapi Kahndaq masih lagi dijajah di zaman ini oleh organisasi jahat bernama Intergang. Baginya, kekerasan masih menjadi jawaban atas semua masalah dan Teth Adam yang keliru terus membantai penjahat.

Review Filem Black Adam (2022)

Kebangkitan Teth Adam menarik perhatian Justice Society of America (JSA), sebuah organisasi yang terdiri atas superhero kerajaan yang dipimpin oleh Carter Hall / Hawkman (Aldis Hodge) bersama Doctor Fate (Pierce Brosnan), dan dua anggota muda JSA, Cyclone (Quintessa Swindell) dan Atom Smasher (Noah Centineo).

JSA ingin menangkap Teth Adam karena bimbang dia akan bertindak seperti dulu dan takut sejarah lama berulang di mana Teth Adam memusnahkan semua manusia di zamannya apabila mempamerkan kuasanya.

Akhirnya Sabbac, dari kekuatan gelap berjaya dihidupkan dan Black Adam bersama ahli Justice Society of America menangani villain Sabbac (Ishmael Gregor).


Review Filem Black Adam (2022)
Pada Kak Bell movie ni ok, biasa-biasa aje. Secara keseluruhan, Black Adam menawarkan tontonan filem superhero dengan adegan lawan yang berterusan dan sesuai buat penonton yang nakkan hiburan ringan. Jalan ceritanya mudah difahami meskipun ada sedikit twist. Penonton dengan mudah boleh mengagak dan memahami asal usul Black Adam ni.

Review Filem Black Adam (2022)

Black Adam kerektor salah satu villain dengan kekuatan 6 Dewa Mesir kuno yang kekuatannya melebihi Shazam dan cukup kuat untuk menghabisi Justice League, Justice Society dan sebahagian DC Universe. Filem ini juga menperkenalkan Justice Society of America (JSA) yang popular dari semesta DC.


Pada mulanya memang teruja bila pahlawan JSA diperkenalkan. Sentuhan efek slow-motion Cyclone (Quintessa Swindell) menjadi salah satu power yang berkesan dari aksi berlawan dan paling Kak Bell suka watak Doctor Fate (Pierce Brosnan) sebagai anggota JSA yang paling menonjol, bahkan melampaui Hawkman sebagai pemimpin JSA. Atom Smasher tu rasa macam tak de function je masa berlawan. Basau aje lebih. Hehe.

Antara semua karakter di Black Adam, karektor villain Sabbac macam kurang berkesan. Sekejap aja babak berlawan dengan Doctor Fate, Hawkman lepas tu kalah terus dengan Black Adam. Untuk efek CGI yang ditampilkan ok dan sangat memuaskan semasa aksi berlawan.


Black Adam – Official Trailer


Ada yang beri komen filem ni terlalu cliche dan kurang memuaskan tapi pada Kak Bell ok saja untuk tontonan ringan. Sebagai film debut, Black Adam jadi filem dengan sajian aksi yang sangat memuaskan.

Untuk adegan post credit ada satu saja. Menariknya karakter superhero utama DC Superman muncul sebagai hint bagi filem sekuel yang akan datang. Sis bagi 6.5/10 bintang.

sinopsis film black adam, black adam film plot, black adam movie summary, review filem, review filem black adam, black adam review, black adam movie summary, adam film review 2020, black adam.movie, black adam 2021,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post