Trending


Kucing Stress Sebab Tukar Makanan? Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya?

Kucing Stress Sebab Tukar Makanan? Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya? | Hi semua pencinta kucing. Kak Bell banyak terima pertanyaan mengenai pemilihan makanan kucing. Memang betul terdapat banyak pilihan jenama makanan kucing yang ada di pasaran Malaysia. Kadangkala sukar buat pemilik kucing untuk membuat pilihan. Seperti juga manusia, Si Meowy juga memerlukan makanan kucing terbaik untuk memastikan mereka sihat dan berjangka hayat panjang.

cara bagi kucing makan dengan betul

Apa yang kita beri kucing kita makan adalah sangat penting sama pentingnya juga dalam bagaimana cara kita memberi mereka makan. Bagaimana kita memberi makan kucing boleh memberi kesan kepada Si Meowy secara fizikal dan emosi menurut kajian yang dilakukan oleh American Association of Feline Practitioners (AAFP).

Sebenarnya kucing merupakan haiwan yang tidak suka akan perubahan seperti penukaran makanan, susun atur perabot di rumah dan sebagainya. Kadangkala perkara begini boleh menyebabkan kucing menjadi stress.


Terdapat sesetengah pemilik kucing yang beranggapan kucing boleh makan apa saja seperti memberikan nasi. Sebenarnya terdapat beberapa makanan manusia yang bahaya untuk kucing. Bagi memastikan Si Meowy dapat nutrien dan zat yang mencukupi, pemilihan jenis makanan sihat untuk kucing haruslah dititikberatkan.

Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya?

Kucing adalah haiwan karnivor pemakan daging, jadi mereka mempunyai naluri memburu yang kuat. Mereka juga lebih suka makan sendirian dan makan kuantiti yang sedikit namun kerap. Oleh itu kucing sering meminta makan. Sekiranya anda memiliki kucing yang banyak, bagaimana cara anda menyusun bekas makanan dan minuman juga pun boleh mempengaruhi stress dan mood kucing anda.

cara bagi kucing makan dengan betul

Antara perkara yang boleh dicuba bagi mengelakkan kucing stress adalah:
  • Memuaskan keperluan kucing dengan memberi jumlah makanan yang sedikit sahaja tetapi kerap 2-3 kali sehari.
  • Menggunakan bekas makanan jenis stimulasi atau automatik atau puzzle feeder
  • Hidangkan makanan kucing dengan kerap dengan nutrisi yang sesuai
  • Asingkan bekas makanan jika anda mempunyai banyak kucing bagi mengelakkan kucing lain yang enggan makan bersama.


Makanan Kucing Jenama ME-O, Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy
Baru-baru ni Kak Bell telah cuba jenama makanan kucing jenama Me-O. Tagline mereka Kasih Sayang Tidak Terhingga Untuk Si Meowy. Me-O adalah makanan bergizi seimbang dan lengkap, diformulasi untuk memenuhi atau melebihi standard gizi yang ditetapkan oleh US National Research Council (NRC) dan Association of American Feed Control Official (AAFCO) bagi makanan kucing.

cara bagi kucing makan dengan betul

Untuk makanan kucing Kak Bell perlu pilih yang terbaik sebab ada Si Meowy Kak Bell yang sensitif skin dan pernah menghidap FLUTD. Jadi memang ada ciri khas yang perlu Kak Bell tengok sebelum beli makanan kucing.

Ada beberapa jenis makanan kering kucing Me-O termasuklah cat treat yang Kak Bell dah cuba. Jenama ini pun jadi pilihan untuk bulus-bulus kesayangan Kak Bell dirumah. Terdapat beberapa jenis dengan nutrisi yang berbeza, antaranya ialah:

  • Perisa Tuna
  • Perisa Chicken & Vegetable
  • PerisaBeef Flavour & Vegetable
  • Perisa Seafood
  • Perisa Gourmet
  • Perisa Salmon
  • Perisa Mackerel/sardin
  • Makanan Kucing Kering Sterile Cat Formula Obese-prone


Khasiat Makanan Kering Kucing Dewasa ME-O
Dalam pemilihan makanan kucing, adalah penting untuk semak label kandungan protein, lemak dan juga elakkan bahan-bahan menggunakan by-product. Me-O ni mengandungi 30% protein, 9% lemak, 4% protein serat (crude protein) dan 10% kandungan air.

cara bagi kucing makan dengan betul

Antara khasiat makanan kucing kering Me-O adalah seperti di bawah.

1) Taurina
Taurina ialah asid amino sangat penting untuk fungsi mata dan meningkatkan kemampuan penglihatan kucing.

2) Vitamin C 
Meningkatkan sistem keimunan tubuh dan membantu mengurangkan stres akibat persekitaran

3) FLUTD (Feline Lower Urinary Tract Disease)
Formula ini dikembangkan untuk mencegah risiko FLUTD dan batu karang pada kucing.

4) Omega-3, Omega-6 dan Zink
Omega 3 & 6 dari minyak berkualiti tinggi dengan kombinasi zinc akan melembutkan kulit dan bulu kucing.

5) Rendah Sodium
Formula rendah sodium membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit ginjal/buah pinggang dan jantung pada kucing.


6) Kalsium, Fosforus & Vitamin D
Berfungsi menguatkan gigi dan tulang

• Mempunyai DHA & Choline yang dapat meningkatkan perkembangan otak dan sistem saraf
• Omega-3 asid lemak dari minyak ikan baik untuk kesihatan jantung kucing
• Triple DHA Enhancement untuk meningkatkan ingatan, kewaspadaan dan kecerdasan kucing 
• Vision Nourishing Suplement Taurina untuk penglihatan kucing
• Vitamin E, Biotin, Zin, Omega 3 & 6 untuk kulit yang sihat
• Kalsium dan Fosforus untuk tulang dan gigi yang kuat

Persekitaran kucing termasuklah rutin pemakanan hariannya dapat memberikan impak kualiti kehidupan kucing anda secara positif atau negatif. Kebanyakan kucing peliharaan bergantung kepada manusia untuk makanan, jadi penting nak kena bagi Si Meowy makanan kucing kering yang baik dan bernutrisi supaya mereka gembira. Tak sangka betul ya, tukar makanan kucing, susunan bekas makanan tak betul pun boleh buat kucing stress!

Kucing Stress Sebab Tukar Makanan, Bagaimana Memberi Makan Kucing Dengan Sebetulnya, cara bagi kucing makan dengan betul,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Ingatkan kita saja pandai stress, rupanya haiwan peliharaan pun sama juga. Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Meow ni lgi over. Depa yg tuan umah sebenarnya. Hehe

      Delete
Previous Post Next Post