Trending


12 Peserta Resipi Berani Maggi Musim 2 Mula Berentap 8 Julai 2022

12 Peserta Resipi Berani Maggi Musim 2 Mula Berentap 8 Julai 2022 | Hi semua! Bagi yang suka memasak dan mencuba pelbagai masakan baru mesti tak tertinggal untuk tonton siri memasak dan pertandingan memasak. Kak Bell pun memang suka menonton rancangan memasak. Seronok tengok kepakaran mereka memasak! 6 Julai lepas, Kak Bell sempat menghadiri majlis preview rancangan realiti Resepi Berani Maggi Musim 2 yang telah ditayangkan di TV3 semalam.

Resipi Berani Maggi Musim 2

Resipi Berani Maggi Musim Pertama telah menobatkan Nur Hidayah Jeffri sebagai Juara! Untuk siri musin kedua, penjurian lebih tegas bukan sahaja kepada kreativiti dan rasa masakan, personaliti peserta juga diambil kira. Pemenang musim pertama juga telah menempa kejayaan selepas menang dari jumlah jualan bulanan hanya RM400 ke RM500 kini telah mencapai puluhan ribu sebulan! Rancangan ini bukan hanya untuk menunjuk kemahiran memasak, malah berjaya membantu peserta berjaya di dalam perniagaan.


Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 Bermula 8 Julai 2022

Resipi Berani MAGGI® musim ke-2 menampilkan mentor selebriti, juri jemputan & kehebatan kulinari. Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® kini kembali dengan musim kedua yang akan menampilkan sebanyak 6 episod. Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.

Resipi Berani Maggi Musim 2
Dari kiri Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

Rancangan Resepi Berani MAGGI® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik!

Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.


Juri Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI

Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris - yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan - Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Resipi Berani Maggi Musim 2
Ms. Yashashri Vatve, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd.

Ketika mengulas tentang Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”
“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” kata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.


Hadiah Juara Resepi Berani Maggi Musim 2

Selain menerima modal sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal sebanyak RM5,000.

Resipi Berani Maggi Musim 2
Dari kanan Nana Mahazan, Hos Resipi Berani Maggi

Resipi Berani MAGGI® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak.

Ketika mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, “Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkannperanannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”


12 Peserta Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2

12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.

Resipi Berani Maggi Musim 2

12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah - Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu).


Rancangan realiti Resepi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu. Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI® dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.

TENTANG PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI MAGGI®
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® merupakan sebuah program nasional anjuran MAGGI® dengan kerjasama Women Will oleh Google Malaysia, sebuah program Grow with Google. Sejak dimulakan pada 2020, program ini menyokong pembinaan keyakinan diri dan kesedaran, memperbaiki kemahiran perniagaan serta kemahiran digital selain meningkatkan kemahiran memasak melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®.

Resipi Berani Maggi Musim 2


Ia adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berdasarkan kepada kisah kehidupan sebenar, video kempen menampilkan tiga wanita Malaysia yang menginspirasikan yang telah mengatasi situasi mencabar dengan membina keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza, dan akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Maggi Cukup Rasa Ingredients
Apa jua masakan jadi bertambah lazat dengan MAGGI® CukupRasa™. Perasa semua dalam satu yang pasti menaikkan lagi rasa masakan anda! Tak perlu tambah garam –hanya tabur dan masakan jadi bertambah lazat! Maggi Cukup Rasa diperbuat daripada bawang segar dan rempah-ratus!

Resipi Berani Maggi Musim 2

Bahan Maggi Cukup Rasa
Garam, Kanji Ubi Kayu, Gula, Bawang Putih, Ikan Bilis, Bawang, Rempah. Mengandungi Mononatrium Glutamat Sebagai Penambah Perisa Yang Dibenarkan. Mengandungi Perisa (Mengandungi Saderi) Yang Dibenarkan. Aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan atau sintetik

MENGENAI MAGGI®
MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari.


MENGENAI NESTLÉ MALAYSIA
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan.

Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Peserta Resepi Berani Maggi Musim 2
resepi berani maggi musim 2 azie kitchen
resepi berani maggi musim 2 che nom
maggi wanita cukup berani
maggi cukup rasa ingredients

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post