Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Trending

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out! | Seperti dijangka, tiket konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 anjuran Trumpet International Sdn Bhd terjual habis dalam tempoh tiga hari saja. Sidang media telah diadakan serentak dengan tiket yang mula dijual hari pada 19 Mei 2022. Bayangkan masa hari pertama sahaja semua tiket silver yang berharga RM288 habis dijual.

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Sebuah sejarah hebat dalam belantika hiburan tempatan bakal tercipta apabila sebuah konsert berskala bear yang menggabungkan dua penghibur berprolifik tinggi akan bertemu para penggemar muzik. Mereka adalah pasangan adik beradik, AnuarZain dan Ziana Zain. Diberi judul Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022, pihak penganjur Trumpet International Sdn. Bhd dengan bangganya mempersembahkan secara duo Anar Zain danZiana Zain but pertama kalinya di Kuala Lumpur, 6 Ogos 2022 bertempat di Plenary Hall,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022
Tarikh: 6 Ogos 2022, Sabtu
Lokasi: Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Penganjur: Trumpet International Sdn Bhd
Harga tiket: RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1188.

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Bukanlah pertama kali berkolaborasi dalam konsert skala bear bersama kakaknya, namun Anuar menyifatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan penganjur sebagai satu penghormatan but mereka berdua.

"Bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan menghiburkan peminat yang sekian lama menginginkan persembahan kami berdua.Konsert ini bakal menjadi momen kolaborasi indah buat saya dan kakak saya yang telah sekian lama berada di dalam industri ini," ujar Anuar Zain.

Bakal memberi persembahan yang akan menjadi 'mimpi indah' buat penonton, pelantun lagu Lelaki Ini juga dijangka menampilkan sebuah kolaborasi epik bersama Ziana Zain dalam konsert tersebut. Bagi Ziana sendiri, Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 adalah sebuah hadiah kepada peminat sepanjang pembabitan mereka sebagai pelaku seni.


"Konsert ini akan menjadi 'golden moment' bukan sahaja buat peminat tetapi kami dua beradik.Kami sangat berterima kasih kepada penganjur, Trumpet International Sdn Bhd yang berani mengetengahkan Anuar dan Ziana Zain dalam konsert ini pada saat dunia hiburan tempatan kita baru ingin giat semula," kata pelantun Madah Berhelah tersebut.

Konsert bakal berlangsung selama 90 minit dan melalui Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022, kedua dua penghibur kesayangan ramai ini dijangka melantunkan lagu lagu malar segar dan popular yang telah menjulang nama mereka dalam persada seni tempatan. Selaku jurucakap penganjur, bekas pemain Badminton negara, Koo Kien Keat melahirkan rasa bertuah di atas penganjuran dan kerjasama julung kali Trumpet International Sdn. Bhd bersama idola ramai Anuar dan Ziana Zain.

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Tiket Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live Plenary Hall Sold Out!

Koo Kien Keat menyifatkan penganjuran Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan menjadi pengubat rindu buat peminat muzik dan penggemar pasangan adik beradik tersebut selepas pelbagai aktiviti seni termasuk konsert bagai 'terhenti' kerana pandemik.

"Ini merupakan kesempatan yang sangat hebat buat kami membawakan dua penyanyidengan vokal emas dalam kolaborasi yang pertama kali diadakan dalam sejarah hiburan tempatan di Malaysia. Kami percaya Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 akan menjadi sebuah konsert yang tidak akan dilupakan," kata Koo Kien Keat yang turut berharap akan ada lebih banyak syarikat lain memberi sokongan kepada anak seni dalam penganjuran pelbagai konsert pada masa akan datang.

Buat peminat kedua-dua penyanyi ini pasti tidak pernah ketinggalan menghadiri konsert anuar zain 2022 dan semua konsert anuar zain dan konsert ziana zain. Buat peminat Ziana, mesti masih ingat konsert Ziana Zain Unplugged full pada tahun 1996 kan? Semalam lepas 72 jam, anuar zain ziana zain concert ticket dah habis dijual! Laku keras hokkay.


Konsert Ziana Zain
1996: Konsert Unplugged Ziana Zain (Life Centre, Kuala Lumpur)
1998: Konsert Mega Ziana Zain, Peter Stuyvesant ( Malaysia, Singapore and Brunei)
1999: Ziana Zain: Konsert Zon Perlindungan Head & Shoulders (PWTC, Kuala Lumpur)
2001: ZZ in the Park (PWTC, Kuala Lumpur)
2002: Ziana Zain Unplugged Concert (Jerudong Park Amphitheatre, Brunei)

Tiket tiket Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 dijual pada harga bermula RM288, RM588, RM788, RM988 sehingga RM1188. Tiket-tiket telah dijual melalui laman www.excitix.com.my bermula 19 Mei 2022, jam 3 petang. Jumpa nanti di konsert anuar ziana zain Ogos nanti!


Hashtag
#anuarzain #zianazain #AznZZLivelnKL2022 #anuarzainnetwork #zianazainnetwork #trumpetinternational #altusprohouse #excitix #concert

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post