Sinopsis Drama Korea The Cursed, Drama Seram Misteri Yang Menarik! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Drama Korea The Cursed, Drama Seram Misteri Yang Menarik!

Trending

Sinopsis Drama Korea The Cursed, Drama Seram Misteri Yang Menarik!

Sinopsis Drama Korea The Cursed, Drama Seram Misteri Yang Menarik! | Minggu ni Kak Bell dah melayan balik tonton drama Korea. Hasil hasutan kawan download aplikasi LokLok, memang habis la masa melayan drama. The Cursed adalah drama televisyen dari Korea Selatan tahun 2020 yang bergenre seram supernatural, misteri dan thriller yang telah mula ditayangkan dari 10 Februari hingga 17 Mac 2020. Korang nak tonton the cursed kdrama netflix pun ada juga. Then layan pulak the cursed season 2 kdrama tapi ianya dibuat filem (THE CURSED: DEAD MAN'S PREY).

Review The Cursed Korea

Senarai Pelakon The Cursed

Drama arahan Kim Yong-wan ini dan ditulis oleh Yeon Sang-ho ini dan berjumlah 12 episod. Drama ni dibintangi beberapa pelakon terkenal. Jom lihat senarai pelakon The Cursed.

Pelakon The Cursed

Watak Utama
  • Uhm Ji-won sebagai Im Jin-hee - seorang wartawan Kementerian Hal Ehwal Sosial.
  • Jung Ji-so sebagai Baek So-jin - pelajar sekolah menengah yang memiliki kuasa seperti seorang dukun yang mampu membangkitkan semula mayat yang telah mati.
  • Sung Dong-il sebagai Jin Jong-hyun - seorang pengerusi syarikat.
  • Jo Min-su sebagai Jin Kyung - seorang dukun.

Watak Pembantu
  • Kim Min-jae sebagai Lee Hwan - setiausaha Jin Jong-hyun.
  • Jung Moon-sung sebagai Jung Sung-joon - suami Jin-hee.
  • Kim In-kwon sebagai Kim Pil-sung - penyiasat persendirian.
  • Lee Joong-ok sebagai Chun Joo-bong
  • Ko Kyu-pil sebagai Tak Jung-hoon
  • Kim Joo-ah sebagai Im Jin-hee

Penampilan Istimewa
  • Choi Byung-mo sebagai Kim Joo-hwan
  • Kwon Yul sebagai Lee Jung-hoon


Sinopsis Drama The Cursed

Sinopsis Drama The Cursed | The Cursed (Korean: 방법; RR: Bangbeop) mengisahkan tentang seorang gadis remaja, Baek So-jin yang mempunyai keupayaan untuk cursed atau jampi menggunakan roh jahat dengan menggunakan nama dalam tulisan Korea, gambar dan harta benda milik orang yang nak disantet. Selain guna 3 barang ni, So-jin juga boleh direct cursed bila dia pegang anggota badan orang. So-jin dibantu oleh seorang wartawan dari Kementerian Hal Ehwal Sosial, Jin-hee yang sentiasa menegakkan keadilan dan berjuang menentang kejahatan besar yang tersembunyi di sebalik konglomerat IT. Jin-hee sedang menyiasat dan cuba merungkai kes keganasan pekerja yang melibatkan Syarikat Forest, sebuah syarikat IT terbesar di Korea Selatan. Jin-hee juga percaya yang Pengerusi Forest Jin Jong-hyun mengamalkan ilmu hitam.

Shaman-The Cursed

Ketika penyiasatannya, Jin-Hee mendapat tahu tentang syarikat perunding rohani yang bergabung dengan Forest. Ketua syarikat perunding rohani itu ialah Jin Kyung. Setelah itu, Jin-hee dan So-jin bekerjasama untuk membongkar kejahatan yang disembunyikan oleh Forest. Mampukah Jin-hee dan So-jin menegakkan ketidakadilan bagi pihak yang teraniaya?


Plot Synopsis by AsianWiki
Im Jin-Hee (Uhm Ji-Won) is a gung ho reporter, out to do the ring thing. She covers a violent case involving Forest, the biggest IT company in South Korea. The chairman of Forest is Jin Jong-Hyun (Sung Dong-Il). He relies heavily on shamanism. During her investigation, Im Jin-Hee learns of a spiritual consulting company that is affiliated with Forest. The head of that affiliate company is Jin Kyung (Jo Min-Soo). While trying to reveal the secret behind Forest, Im Jin-Hee meets So-Jin (Jung Ji-So). She is possessed by a spirit and she has a special ability.


Review Drama Korea The Cursed

Kak Bell suka drama ni. Walaupun bergenre seram tapi ok tak adalah takut sangat bila tonton. Bila dah tonton drama ni terus sambung pula tengok versi filem The Cursed. Review drama Korea The Cursed pun bagus. Rating IMDb 7.2/10 dan rating MyDramaList ialah 7.9/10.


Kiranya drama ni mengenai kisah seorang budak yang ada ability untuk cursed sebagai seorang shaman atau dukun kalau dalam bahasa Melayu. Masa mak So-Jin buat ritual, kebetulan roh jahat dalam So-Jin tersplit kepada 2 dan masuk dalam badan orang yang tengah berubat. Watak shaman jahat dilakonkan Jo Min-su memang terbaik. Kiranya dia antara shaman yang kuat tapi roh jahat So-Jin lagi kuat. Beok So-Jin ni possesed oleh roh anjing yang berasal dari evil spirit zaman lampau Jepun. Tapi Kak Bell lupa apa nama roh jahat tu. Korang tontonlah nanti.

Nak layan the cursed korean drama watch online, boleh tengok di Netflix, VIU dan juga LokLok. Sekarang Kak Bell tengah melayan siri drama The Guest pula.

Kredit-VIU articles
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post