Trending


Datin Rita Sosilawati Dilantik Duta ESH Raya 2022

Datin Rita Sosilawati Dilantik Duta ESH Raya 2022 ESH Electrical Sdn Bd pembekal utama produk elektrik, rumah dan peralatan dapur telah melantik Datin Rita Sosilawati sebagai Duta ESH Raya 2022 sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Datin Rita Sosilawati juga bekerjasama dengan ESH Electrical untuk melancarkan Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya'.

Datin Rita Sosilawati

Program ini diwujudkan selaras dengan semangat Ramadan untuk menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda baru-baru ini. ESH Electrical Sdn Bhd bersetuju untuk menderma barangan elektrik kepada 200 keluarga yang terjejas. 


Datin Rita Sosilawati akan melengkapkan bantuan dengan menyediakan barangan keperluan lain seperti beras, gula, tepung, dan bekalan makanan lain untuk membantu keluarga-keluarga terbabit menyediakan masakan yang dilakukan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu mereka berharap dapat meringankan beban dan kesulitan pihak yang terkesan. 

Kempen ESH Raya 2022

Datin Rita Sosilawati sebenarnya tidak menyangka dipilih menjadi duta sempena kempen ESH Raya 2022. Walaupun usia semakin bertambah, tapi masih ada yang percaya dan ingin megambilnya sebagai duta. Menyatakan rasa syukur dan menggapnya sebagai rezeki, Datin Rita akan buat sebaik-baiknya untuk kempen ini.

Duta ESH Raya 2022


Sebagai sebahagian daripada Program CSR 'Bersama Menyemarakkan Keikhlasan di Hari Raya', Datin Rita telah mewakili kedua-dua pihak dan melawat kedua-dua Kampung Kemat dan Kuala Menjing untuk bertemu sendiri dengan keluarga-keluarga yang terlibat dan mengagihkan barangan tersebut kepada mereka dengan bantuan PANDAN (Persatuan Anak Niaga dan Aktiviti Nirmala).

Tiada keluarga yang harus kelaparan dan lebih menderita pada bulan yang mulia ini, dengan itu mereka berharap dapat meringankan beban dan kesulitan pihak yang terkesan.Program ini telah dilancarkan secara rasmi di kedai ESH Electrical yang terletak di Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre.

ESH Electrical Bangsar Shopping Center

Orang ramai boleh menyemak maklumat lanjut tentang kempen ini dan mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang kampung masing-masing yang terlibat dengan menghubungi kaunter khidmat pelanggan ESH.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post