Bazar Ramadhan 2022 : 10 Bazar Ramadhan Selangor Terbaik!
    | Tentunya, kedatangan bulan Ramadhan yang mulia kali ini disambut meriah
    oleh seluruh umat Islam. Selain dari memperbanyak amal dan ibadah, bulan
    Ramadan juga sinonim dengan bazar yang menjual pelbagai juadah berbuka
    puasa. Untuk tahun 2022, bazar-bazar Ramadan di Negeri Selangor menerima
    sambutan yang sangat memberangsangkan susulan kebenaran beroperasi setelah
    Negara melalui beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
    Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur
    operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika kunjungan ke bazar Ramadan
    demi kesejahteraan bersama.
    Kerajaan Selangor menawarkan sebanyak 12,578 petak bazar Ramadan di 241
    lokasi di seluruh negeri ini pada tahun ini. Pihak berkuasa tempatan (PBT)
    juga telah menjalankan beberapa inisiatif seperti menggiatkan promosi
    tawaran tapak kepada peniaga, menempatkan peniaga-peniaga tanpa lesen di
    petak kosong bazar Ramadan dan menggalakkan kaedah pembayaran 'cashless
    payment' di bazar Ramadan.
  
  
    Jom lihat senarai bazar Ramadhan Selangor 2022, antara bazar terbaik yang
    boleh anda kunjungi untuk seleksi menu dan makanan berbuka puasa yang
    pastinya membuatkan anda rambang mata!
  
  
    Siapa yang tidak tahu tentang bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam yang
    terkenal? Menawarkan pelbagai jenis hidangan, anda pasti rambang mata di
    bazar yang meliputi kawasan yang sangat luas ini. Bukan itu sahaja, bazar
    ramadhan stadium shah alam ini juga menyediakan tempat letak kenderaan yang
    teratur dan selamat. Orang Islam dan bukan Islam dapat dilihat mengunjungi
    bazar yang menempatkan deretan gerai yang menjual menjual pelbagai jenis
    juadah seperti tepung pelita, akok, nasi ayam berempah, kambing bakar, ayam
    golek, pasta, laksa, dan juga pelbagai jenis minuman.
  
  2. Bazar Taman Melawati
    Bazar Ramadan Taman Melawati yang memenuhi tempat letak kereta yang luas ini
    merupakan salah satu bazar terbesar di Lembah Klang. Sebut sahaja menu yang
    anda mahukan, segala-galanya daripada kuih muih hinggalah kepada roti bom,
    ayam percik, nasi lemak, tauhu bakar, pasta, dan banyak lagi ada di sini.
    Antara yang menjadi kegemaran di sini ialah menu nasi kerabu!
  
  3. Bazar USJ 4 Subang Jaya
    Bazar Ramadhan USJ 4 Subang Jaya mempunyai jumlah gerai yang menepati semua
    citarasa berbuka puasa anda. Selain itu, aroma ikan bakar yang menyapa anda
    ketika memasuki bazar pasti akan menggamit selera. Jika anda sedang mencari
    lauk-pauk untuk disajikan bersama hidangan nasi anda, terdapat banyak
    pilihan di sini untuk anda cuba!
  
  4. Bazar SS6/1, Kelana Jaya
    Bazar Ramadan SS6/1 Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerainya.
    Antara hidangan mereka yang paling popular dan diperkatakan termasuklah Nasi
    Ambeng yang disertakan dengan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging.
    Selain daripada Nasi Ambeng, sambal ikan cencaru, ayam percik, laksa Penang,
    sate, kebab, menu panggang, makanan Cina dan India halal, serta hidangan
    pencuci mulut tempatan. Terdapat juga pelbagai gerai minuman di sini,
    seperti gerai jus tembikai, yang akan menghilangkan dahaga selepas seharian
    berpuasa.
  
  
    Kredit: Selangorkini
  
  5. Bazar Ramadan Greenwood Gombak
    Bazar Ramadan Greenwood Gombak ini juga menjadi kawasan pilihan mereka yang
    ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
    Antaranya, popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai
    jenis kuih muih kegemaran anda.
  
  6. Bazar Bandar Baru Selayang
    Walaupun ada hidangan nasi yang mengenyangkan, anda juga harus nikmati
    hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di bazar Ramadan Bandar Baru
    Selayang. Selain itu, hidangan ringan seperti apam balik, kuih-muih dan
    churros turut dijual di sini.
  
  7. Bazar Ramadan Simpang 4 Klang
    Bazar Ramadan Simpang 4 Klang (bazar ramadhan 2022 klang) tidak perlu
    diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu
    ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa. Bukan apa, mereka sudah sedia
    maklum dengan keenakan makanan dan minuman yang dijual di sini. Selain itu,
    kesabaran juga penting kerana juadah-juadah disini dikatakan laris sehingga
    perlu beratur panjang. Namun pasti ianya berbaloi!
  
  8. Bazar Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
    Terdapat beberapa bazar Ramadan di Bangi yang boleh anda kunjungi. Salah
    satu yang paling terkenal ialah Bazar Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Terdapat
    banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling
    digemari ramai ialah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah.
  
  9. Bazar Ramadan Seksyen 17/1A Petaling Jaya
    Anda pasti akan berasa seronok mengunjungi bazar Ramadan Seksyen 17/1A
    Petaling Jaya jika anda tidak pasti untuk berbuka dengan menu apa apa bulan
    puasa. Juadah seperti roti john, ayam claypot, dan kuih tepung pelita antara
    juadah yang banyak boleh didapati di bazar ini. Pilih sahaja dari gerai
    mana!
  
    Credit: Added on the Year 2019 @
      FOURSQUARE
  
  10. Bazar Ramadan TTDI Grove
      Bazar Ramadan TTDI Grove tidak asing lagi bagi warga kota yang ingin
      mencari juadah lazat seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas,
      nasi padang dan pulut udang. Ini kerana makanan yang dijual adalah
      berkualiti dan harganya juga berpatutan. Selain itu, lokasi bazar ini yang
      strategik juga menjadi salah satu nilai-tambah pada bazar ini.
    
    
      Kredit:
      Taufulou
    
    
      Selain senarai di atas, anda juga boleh kunjungi mana-mana dari 241 lokasi
      bazar Ramadhan Selangor 2022 di bawah sempena bulan Ramadan yang mulia tahun
      ini.
    
    1. Bazar Ramadhan Petaling Jaya
      Prima Damansara
      Vista Business Centre Damansara Damai
      Apartment Meranti
      Bdr. Sri Damansara
      Seksyen 7 Kota Damansara
      Jalan Teknologi 3/1 Kota Damansara
      PJS 2/3, Taman Medan
      SS6/1, Kelana Jaya
      Seksyen 17/1A
      SS8, Sg. Way
      Taman Sri Manja
      Seksyen 4 Kota Damansara
      Kg. Sg. Kayu Ara
      Lembah Subang
      Jalan Sentosa 3/57
      Seksyen 14/27 (Pasar Sek. 14)
      Kg. Lindungan PJS 6/3
      Desa Mentari, PJS 6/5
      Kg. Baiduri, Seksyen 51A
      Seksyen 8, Sg. Jernih 20 Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara
      2. Bazar Ramadhan Subang Jaya
      USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
      SS13, Subang Jaya (Jalan SS13/2)
      SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
      USJ 1, Pangsapuri Angsana
      Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Taman Batu 3)
      
        USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3C – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
      
      Putra Heights (Hadapan Flat Sri Mutiara)
      Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
      3. Bazar Ramadhan Shah Alam
      Kompleks PKNS Shah Alam
      Seksyen 13 (Stadium Shah Alam)
      Seksyen 7, Jln. Plumbum 7/98
      Jln. Muara 8/9 (Hadapan Alhisha Mini Market), Seksyen 8
      Bukit Kemuning, Seksyen 32
      Jalan 16/3 (Hadapan Dewan MBSA), Seksyen 16
      Jalan Teraju 25/67 (Bersebelahan Mydin), Seksyen 25
      
        Seksyen 31 Jalan Anggerik Aranda B 31/B (Hadapan Pondok Polis Kota
        Kemuning)
      
      Seksyen U5 Jalan Nova Nu5/N
      Sek 28, Jalan 28/5 (Berdekatan restoran KFC)
      Jalan Kemuning Utama Prima E33/E (Depan Giant), Seksyen 33
      Seksyen 18 Jalan 18/34 (Depan Klinik Ahmad Shah)
      Seksyen 35. Jalan Tun Teja B 35/B
      Seksyen U2, Jalan Saujana Indah
      Subang 2, Jalan BV U5/BV – Sek U5
      4. Bazar Ramadhan Bangi
      Jalan 7/7b, Sek 7, Bandar Baru Bangi
      Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
      Seksyen 1, berhampiran Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang
      Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra
      Parking kereta berhampiran Wong Solo Bangi
      Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
      Di hujung Jalan 2/3a, Kawasan Dua, Bandar Baru Bangi
      Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
      Di persiaran Bandar 2A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
      
        Di jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra (tapak lama pasar malam
        Selasa & Sabtu)
      
      Bazar Ramadan Jalan Semenyih Sentral 1
      Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota
      5. Bazar Ramadhan Ampang
      Taman Kosas  Jalan Kosas 1/1)
      Ampang Jaya (Jalan 1)
      AU3 (Flat PKNS 13 & 14)
      Cheras Hartamas (blok A1, Flat Bukit Selangor)
      Ukay Perdana (Depan Restoran Ali Maju)
      AU 2 (Jalan AU2a/16), AU 4/1 (Depan Seven-Eleven), AU 5 (
      Melawati Jalan E1
      Kampung Tasek Permai (Hadapan Masjid)
      Ampang Water Front (tempat letak kereta Fasa 2)
      Medan Angsana Hilir
      Pandan Mewah
      Taman Melawati (Depan Pejabat Pos Lama)
      Pandan Jaya (tempat letak kereta Jalan Pandan 3)
      Lembah Maju (berdekatan Simpang Empat)
      Pandan Cahaya
      Kampung Melayu (Jalan Jati)
      Kompleks Muhibbah (Taman Nirwana)
      Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa Ukay 2)
      Pandan Perdana (depan Guardian)
      Keramat Permai (Jalan AU1d)
      Bandar Baru Ampang (Pasar Bandar Baru Ampang)
      Pandan Indah Jalan 3/2b
      Bukit Indah (sebelah restoran Dalila)
      Taman Permata (hadapan Pasaraya Hari-Hari)
      Kampung Pandan (tempat letak kereta Pandan Utama)
      Pandan Indah (tempat letak kereta Padang Perbandaran MPAJ)
      Cheras Indah (Hadapan Dewan Komuniti)
      Taman Melor
      6. Bazar Ramadhan Klang
      Jalan Keretapi Lama, Batu 4, Kapar
      Kampung Perepat, Kapar
      Kampung Sementa, Kapar
      Jalan Raja Mokhtar, Kapar
      Taman Cempakasari, Kapar
      Taman Sungai Kapar Indah, Kapar
      Kampung Tok Muda, Kapar
      Shahbandaraya, Kampung Jawa, Selatan Klang
      Simpang Empat, Sungai Udang, Selatan Klang
      Sri Bayu Apartment, Selatan Klang
      Kampung Delek, Selatan Klang
      Jalan Penghulu Abu Bakar, Selatan Klang
      Jalan Sri Sarawak, Andalas, Selatan Klang
      Johan Setia, Selatan Klang
      Sri Damak, Andalas, Selatan Klang
      Dewan Bukit Kapar, Meru
      Bandar Putera, Selatan Klang
      Meru Ehsan Apartment, Meru
      Jalan Paip, Meru
      Meru Indah, Meru
      Taman Meru 4, Meru
      Taman Sri Pekan, Meru
      Taman Meru Selatan (Dato Bandar), Meru
      Bandar Bukit Tinggi 1, Pandamaran
      Bandar Bukit Tinggi 2, Pandamaran
      Jalan 66, Pandamaran Jaya, Pandamaran
      Kampung Pendamar, Pandamaran
      Pendamar Indah, Pandamaran
      Kampung Idaman, Pandamaran
      Econsave Pandamaran, Pandamaran
      Jalan Bukit Kuda (depan Mydin) Utara Klang
      Taman Bunga Melor, Utara Klang
      Jalan Rantau Panjang, Utara Klang
      Lorong Musran, Utara Klang
      Jalan Tiara 4, Bandar Baru, Utara Klang
      Bandar Sultan Suleiman, Utara Klang
      Jalan Keluang, Sungai Pinang, Utara Klang
      Taman Kem, Lembah Klang
      Kampung Nelayan, Telok Gong, Lembah Klang
      Armada Putra, Pulau Indah, Lembah Klang
      Seri Perantau Apartment, Lembah Klang
      Pulau Indah, Lembah Klang
      Apartment Samudera, Lembah Klang
      Jalan Petola, Kampung Raja Uda, Lembah Klang
      7. Bazar Ramadhan Kajang
      Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana
      Jalan Utama, Sek 2, Taman Kajang Utama
      Depan Deretan Kedai Taman Zamrud
      Jalan Kajang Mewah 10
      Tapak Pasar Tani (Taman Ramal Indah)
      Sepanjang Jalan Masuk Ke SMAP
      Kawasan Tanah Lapang (Tapak Funfair), Taman Kajang Prima
      Hadapan Deretan Kedai & Kilang IKS Sungai Jelok
      Di Belakang Tesco Batu 14
      Tapak bazar Malam Reko Sentral 2, Jln. Reko Sentral
      Jalan Hentian 1, Hentian Kajang
      Tapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang
      Jalan 3/1, Seksyen 3, Taman Kajang Utama
      Jalan 2, Taman Kajang Perdana
      Jalan 2A hingga Jalan 2E, Desa Sri Jenaris
      Jalan Jasmin 1 Taman Jasmin
      Jalan Indah 1 (Hadapan Lot Kedai Sg. Jelok)
      Jalan Kajang Mewah 7A, Taman Kajang Mewah
    
      Sumber/share on: SEMAKAN.MY
    
    
      Majlis Perbandaran tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
        atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman
        ini.
    
    
      Memandangkan Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di
      Malaysia, pilihan makanan di Negeri ini bukan sahaja menepati selera anda,
      tetapi juga menepati perjalanan sepanjang bulan Ramadan 2022. Kempen
      Ramadan 2022 Tourism Selangor juga masih berlangsung sehingga 15 April
      ini.
    
    
      Jangan lupa layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor,
      www.selangor.travel atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram,
      Facebook, Twitter, dan aplikasi TikTok Tourism Selangor untuk menyertai
      pertandingan seperti “Kongsi, tag dan menang” serta “Isi dan menang”.
      Baucar bufet Ramadan di 12 hotel terkemuka di Negeri Selangor menanti
      anda! #PusingSelangorDulu.
    










