Tremendous 6ixth Sense, Single Terbaru Kisah Persahabatan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tremendous 6ixth Sense, Single Terbaru Kisah Persahabatan

Trending

Tremendous 6ixth Sense, Single Terbaru Kisah Persahabatan

Tremendous 6ixth Sense, Single Terbaru Kisah Persahabatan | Selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada pertapaan, 6ixthsense mempertaruhkan single terbaharu dengan judul Tremendous. Menerusi karya yang dihasilkan sendiri vokalisnya, Adi Priyo bersama Nawfas, Yoya, Athan dan Hary, mereka mengemudi hala tuju untaian balada yang begitu sinonim dengan 6ixthsense.

Poster Single Tremendous

Menerusi Tremendous yang liriknya juga dihasilkan Adi Priyo, ia mengangkat kisah persahabatan yang begitu rapat sehingga sanggup berkorban ketika sahabat nya dalam kesusahan dan selalu ada ketika memerlukan bantuan.

Tremendous menjadi signifikan untuk keseluruhan lagu ini dan berhubung kait dengan 6ixthsense dan persahabatan mereka selama 17 tahun dengan segala liku liku juga naik turun yang 6ixthsense lalui.


Adi 6ixth sense menjelaskan bagaimana hala tuju muzik 6ixthsense kini berubah, ia bukan sebuah eksperimen tetapi sebagai indikasi dewasa kumpulan yang sudah lama bergelumang dengan genre untaian cinta termasuk Sebait Hati yang dipasarkan pada 2019 lalu.

“Dengan kedewasaan dalam bermuzik kali ini kami ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga pengorbanan. Liriknya pula penuh dengan kekuatan magis pembangkit semangat persahabatan,” kata Adi Priyo Sambodo.

Muzik video Tremendous menyentuh kisah tentang seorang wanita yang diculik dan sahabat yang mencuba menyelamatkannya walaupun menghadapi penculik penculik yang sangat bengis tanpa mengenal rasa takut. Walaupun dia sebenarnya tak mampu menghadapi tapi dia redah juga demi seorang sahabat. Video ini diralam di lokasi SJKC LAI MENG JALAN AMPANG oleh produksi LEQIR STUINT ACTION.

Ahli 6ixth Sense


Dengan kelahiran Tremendous, Adi berharap kembali mampu memeriahkan industri muzik tempatan dan Nusantara yang terganggu kerana pandemik COVID 19.

“Apa yang saya harapkan ke depannya, kami (anak seni) mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan balik industri muzik yang dikira agak suram setelah Covid-19 melanda dan saya berharap juga untuk artis-artis yang lain terus semangat tanpa putus asa untuk mengeluarkan karya-karya yang hebat, Insya Allah,” ujar Wan yang merupakan pemain dram.

Tremendous boleh didengar bermula 17 Mac 2022 di Spotify, Apple Music, JOOX. Muzik videonya pula boleh disaksikan menerusi Youtube 6ixthsenseTV bermula pukul 5 petang.Untuk tremendous 6ixth sense lyrics akan dikemaskini kemudian.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post