Trending


Review Snek Kucing GraceFull RAW Dari Grace Cat - Freeze Dried Cat Food Malaysia

Review Snek Kucing GraceFull RAW Dari Grace Cat - Freeze Dried Cat Food Malaysia | Hi semua! Ramai antara pembaca blog Kak Bell terutama pencinta kucing selalu tanya tentang makanan kucing terbaik. Kadangkala Kak Bell tak mampu nak bagi jawapan tepat sebab ulasan Kak Bell hanya pada cat food brands yang Kak Bell dah pakai. Asalkan menepati ciri atau guidelines seperti kandungan protein lebih 30% dan dari jenis premium adalah lebih baik. Untuk kali ni Kak Bell nak kongsi tentang review snek kucing atau cat treat dari Grace Cat, sebuah jenama freeze dried cat food Malaysia.

Grace Cat Full Raw Brand

Sebelum ni Kak Bell ada kongsi tentang cat treats jenama Pledgecare. Brand Pledgecare menggunakan Air-dried method (dehydration) manakala Grace Cat menggunakan freeze-dried technology untuk produk mereka. Terdapat beberapa feeding method atau cara nak bagi kucing korang makan GraceFull RAW ni. Nak tahu cara nak bagi cat treat Grace Cat untuk kucing korang, jom baca selanjutnya.


Grace Cat Jenama Makanan Kucing Kering Beku Premium Malaysia

Grace Cat ialah jenama makanan kucing kering beku premium di Malaysia. Bagi korang yang nak bagi 'real pet food' pada si bulus korang boleh cuba jenama ni. Produk Grace Cat ni gunakan bahan semulajadi, 100% dibuat dari daging segar, tinggi protein dan bebas bijirin. Semua produk depa ni diproses secara minima tanpa bahan tambahan berbahaya.

Snek Kucing Grace Cat

Perisa Grace Cat Full Raw

Makanan GraceFull RAW ni gunakan teknologi freeze-dried. Dengan cara penyediaan freeze-dried ianya akan kekalkan nutrisi dan enzim semulajadi bahan dan daging mentah yang digunakan. Kebiasaanya dry kibbles atau makanan kucing lain diproses guna api tinggi dan akan memusnahkan nutrisi yang ada.


Pengeringan beku ni adalah teknologi yang agak baru untuk mengekalkan nutrisi bahan mentah dengan lembut. Ia terdiri daripada beberapa langkah yang melibatkan penggunaan mesin pengering beku.

1) Makanan dibekukan sepenuhnya pada suhu yang sangat rendah iaitu -40 darjah Celsius, mengubah lembapan dalam makanan/daging kepada pepejal (ais).

2) Pam vakum digunakan untuk memaksa udara keluar dari mesin dan kemudian sedikit haba digunakan. Oleh kerana tekanan udara sangat rendah, ais bertukar terus menjadi gas (wap air). Langkah ini, yang dipanggil sublimasi, menghilangkan kelembapan makanan dengan ketara, sehingga 99%.

Proses ini mengambil masa berjam-jam atau bahkan berhari-hari untuk memastikan struktur makanan mentah dan nutrien kekal sama. Mempercepatkan proses boleh merendahkan kualiti makanan beku-kering. Sebagai contoh, terlalu panas boleh mempercepatkan proses tetapi, pada masa yang sama, memusnahkan nutrien dan mengubah rasa makanan.


Beza Freeze-Dried Cat Food Dengan Dehydrated Cat Food

Untuk pengetahuan korang, ada beza Freeze-Dried Cat Food dengan Dehydrated Cat Food walaupun kedua-dua proses ni untuk keluarkan kandungan lembapan daripada bahan daging mentah.

Freeze Dried Cat Food

Perbezaan utama ialah makanan kucing yang dehidrasi biasanya diproses dengan cepat di bawah haba yang lebih tinggi. Apabila api yang tinggi digunakan, makanan yang separuh masak atau masak sepenuhnya akan menyebabkan kehilangan hampir separuh daripada nutrien. Manakala untuk makanan kucing yang dikeringkan beku, hanya api kecil yang terlibat dalam proses tanpa memasak, oleh itu ia tidak menjejaskan nutrien makanan mentah.

Sebenarnya teknologi pengeringan beku ialah teknologi yang mengekalkan nutrisi bahan mentah. Jadi bahan yang dibeku-kering = mentah. Makanan mentah tidak semestinya kering beku, tetapi makanan beku-kering adalah makanan mentah.


Adakah Grace Cat Snack Kucing Terbaik?

Sebenarnya ada banyak je jenama raw cat food malaysia. Terpulang untuk preference masing-masing. Jadi, adakah Grace Cat ni jenama snack kucing terbaik? Berikut adalah kelebihan dan perbezaan dengan jenama raw cat food yang lain.

Snek Kucing Grace Cat

Kelebihan GraceFull RAW
  • 100% dari daging segar, tinggi protein
  • 5 kali lebih padat dan kaya nutrisi
  • Tanpa bahan pengawet, pewarna tambahan, no fillers, tiada animal by-products
  • Stabil dalam bentuk kibble (shelf-stable raw food)
  • Tak perlu masuk dalam peti sejuk (does not refrigeration)
  • Macam kibble, boleh terus bagi sebagai raw diet
  • Kaya nutrisi semulajadi dari daging segar/raw meat
  • Diproses secara minimum untuk pencernaan dan penyerapan lebih bagus
  • Pork-free product
  • Sesuai untuk semua jenis kucing atau anjing

Kebaikan GraceFull RAW
  • Meningkatkan selera
  • Kuatkan tulang dan otot
  • Bagus untuk kesihatan pencernaan kucing
  • Poo kurang berbau dan volume poo jadi sikit
  • Naikkan immunisasi (immune booster) kucing
  • Supple skin and shiny coat

11 Flavour GraceFull RAW

Dalam Grace Cat siri ada apa je? OK, dalam GraceFull RAW Series ni ada 11 jenis perisa. Ada full pack 50-130g dan sample pek 5g-13g. Berat isian ikut jenis perisa.
  1. GraceFull Chicken (cube)
  2. GraceFull Salmon
  3. GraceFull Duck
  4. GraceFull Chicken Breast (strip)
  5. GraceFull Duck Breast (strip)
  6. GraceFull Chicken Liver
  7. GraceFull Egg Yolk
  8. GraceFull Quail
  9. GraceFull Capelin
  10. GraceFulll Antarctic Krill
  11. GraceFull Cod Fish


Nak Bagi Snack Kucing Berapa Kali Sehari?
Fungsi treats untuk kucing sebenarnya adalah sebagai makanan ringan atau snack untuk mereka. Untuk pertanyaan nak bagi snack kucing berapa kali sehari? cat treats hanya diberi sekali-sekala kepada kucing atau diselang-seli dengan menu diet utama mereka. Seperti makanan utama kucing, snack ini juga mengandung nutrisi yang baik untuk kesehatan kucing kesayangan korang. Disamping itu, pemberian snack juga sebagai selingan agar kucing tidak bosan dengan makan utamanya.

Muezza Kucing

GraceFull Egg Yolk
Memasing mula nak berebut. Sedap sangat kan!

Review Snek Kucing GraceFull RAW

Kak Bell dah cuba ke semua jenis dalam siri GraceFull RAW. Tak payah cakap banyak sebab kalau meow kat umah ni memang semua depa balun. Kucing Kak Bell suka semua jenis, jadi untuk review Snek Kucing Grace Cat ni tentulah terbaik dan bagus. Lagi satu, ada banyak jenis dan kucing akan dapat macam-macam jenis protein dan nutrisi dari pelbagai daging haiwan segar. Korang tak perlu risau sebab produk ni tak ada gunakan bahan dari daging babi (pork-free).

Feeding Method Grace Cat


Kalau korang cuba produk dalam bentuk kiub/cube macam GraceFull Chicken, GraceFull Chicken Liver, GraceFull Egg Yolk, GraceFull Duck, GraceFull Cod Fish dan GraceFull Salmon ada 3 cara penyediaan atau cara bagi kucing makan.

1) Boleh bagi terus sebagai makanan kering/kibble
2) Rendam dalam air panas, kemudian hidangkan
3) Jadikan topping dalam kibble kucing

Bolehkah GraceFull RAW diberi sebagai hidangan utama kucing?
Jawapannya boleh. GraceFull RAW boleh diberi sebagai snek, topping atau hidangan utama. Tetapi sebagai hidangan utama, ianya tidak mempunyai khasiat yang mencukupi jika hanya memberi satu perisa sahaja sebab setiap perisa diperbuat daripada satu bahan sahaja. Anda perlu mencampur dan memadankan perisa untuk pemakanan yang lebih lengkap. Korang boleh hubungi Grace Cat untuk mendapatkan cadangan yang sesuai dengan keperluan haiwan kesayangan korang.

Menarikkan? Buat korang yang rajin, bolehlah nak buat homemade cat food sendiri. Macam Kak Bell malas. Hehe. Cat treat GraceFull RAW ni sebagai cadangan buat korang semua. Untuk makanan kucing terbaik korang boleh sahaja check cat food ranking atau cari the best pet food malaysia untuk korang cuba dan cari juga cadangan snack kucing terbaik Malaysia.

GraceFull Chicken

Jadi, jika korang sedang mempertimbangkan untuk memberi makan makanan kering beku haiwan kesayangan anda, sebaiknya cuba jenama yang memahami proses pengeringan beku mengikut standard supaya nutrisi penuh dapat diberi kepada kucing atau haiwan perliharaan korang!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Comelnya. Mesti diorang seronok dapat makan snack :D

    ReplyDelete
  2. Buat snack bebudak best gak nie. Menarik nie Sis Bell. Thanks for your recommendation - boleh cuba bagi anak-anak kelak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post