Lirik Lagu Ku Ikhlaskan DSV, MV Dato Seri Vida Cecah 2.1M Dalam Masa 4 Hari! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Ku Ikhlaskan DSV, MV Dato Seri Vida Cecah 2.1M Dalam Masa 4 Hari!

Trending

Lirik Lagu Ku Ikhlaskan DSV, MV Dato Seri Vida Cecah 2.1M Dalam Masa 4 Hari!

Lirik Lagu Ku Ikhlaskan DSV, MV Dato Seri Vida Cecah 2.1M Dalam Masa 4 Hari! | Akhirnya Kak Bell pun turut tak ketinggalan dengar lagu baru DSV Ku Ikhlaskan yang tengah viral sekarang. Selepas lagu I Am Me meletop, giliran lagu baru ni pula jadi bualan para netizen. Sehingga kini, MV "Ku Ikhlaskan" yang dikeluarkan pada 21 Mac 2022 di saluran YouTube DSV Entertainment telah mencecah 2.1M views di YouTube dalam tempoh masa 4 hari.

Telekung DSV
Telekung 20 Meter Simbolik DSV Reda Walau Selalu Dipermainkan

Usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah muncul di Big Stage 2022 dengan makeup dan fesyen baju yang pelik. Rupa-rupanya teaser untuk lagu baru dia. Sebenarnya bukanlah peminat DSV, sebab selalu sangat buat benda viral yang sentiasa mengundang kecaman nurtizen dan nerakazen. Hehehe.

Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh Amy Ukays dan Dato Seri Vida serta lirik oleh Dato Seri Vida sendiri. Lagu Dato Seri Vida ini dikeluarkan secara digital dan semua platfrom streaming pada Mac 2022 oleh DSV Entertainment. Lirik lagu Ku Ikhlaskan dato vida ni bukan sekadar luahan kisah peribadi DSV tetapi sarat dengan emosi duka lara kehidupannya.

Fesyen Dato Vida


Lirik Lagu Dato Vida - Ku Ikhlaskan

Komposer: Amy Ukays / Dato Seri Vida
Penulis Lirik : Dato Seri Vida
(C) 2022 DSV Entertainment

Sampai Hatimu
Kau Tinggalkan Diriku
Sampai Hatimu
Permainkan Cintaku

Batinku Merana Jiwaku Tersiksaa
Terguris Luka Memendam Rasa

Telah Serahkan Segalanya Untukmu
Telah Kukorbankan
Demi Cintaku Untkmu
Namun Hati Ini Tak Pernah Membenci
Kumengikhlaskan Segalanya

Jangan Kau Pergi Menjauh Dari Hidupku
Kuperlukan Kasihmu
Tak Mampu Aku
Hidup Tanpa Dirimuu

Oh Tuhan Berikanlahh
Diriku Kekuatan
Menempuhi Ujian Dan Rintangan
Yang Mendatang


Ku Ikhlaskan
Ku Maafkan
Apa Yg Telah Kau Lakukan
Kepadaku
Yang Menyayangimu
Menyintaimu
Setulus Hatiku
Hingga Akhir Hayatku

Hooo
Hooo
Hooo

Jangan Kau Pergi Menjauh Dari Hidupku
Kuperlukan Kasihmu
Tak Mampu Aku
Hidup Tanpa Dirimuu Ohh

Oh Tuhan Berikanlahh
Diriku Kekuatan
Menempuhi Ujian Dan Rintangan
Yang Mendatang

Ku Ikhlaskan
Ku Maafkan
Apa Yg Telah Kau Lakukan
Kepadaku
Yang Menyayangimu
Menyintaimu
Setulus Hatiku
Hingga Akhir Hayatku

Hooo
Hooo
Hooo


Muzik Video Ku Ikhlaskan

Apa pendapat korang tentang Muzik Video Ku Ikhlaskan?


Bab baju tu tak tahan ya, dah macam pocong pun ada, macam ikan emas lemas pun ada. Walau apa pun kagum dengan DSV yang tahan kecaman dan akhirnya membuahkan hasil. 8 persalinan unik ya untuk MV bernilai RM400,000 ni! Bila dengar banyak kali sedap juga ye lagu ni. Kak Bell dah tengok Ara Johari cover lagu Ku Ikhlaskan DSV ni di YT. Best juga cover version Ara. Cikgu Sarah pun ada buat reaction dan beri komen positif mengenai usaha dan karya seni yang jarang artis kita buat. Dah beat lagu Hujan Iqbal dah yang cecah 2.4M views lepas 4 bulan. Anyway tahniah buat DSV!

ku ikhlaskan vida lirik, ku ikhlaskan dsv komposer, ku ikhlaskan dsv lirik
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post