Trending


Review Gossip Girl Indonesia, Adaptasi Drama Popular Hollywood

Review Gossip Girl Indonesia, Adaptasi Drama Popular Hollywood | Drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia dengan menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’, dan kini temui penonton Malaysia buat pertama kali menerusi platform Astro. Drama bersiri 9 episod tersebut telah pun memulakan tayangannya pada 7 Februari lalu dan boleh ditonton di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.


Versi asal drama siri ini telah mendominasi 17 kemenangan sepanjang 4 tahun berturut-turut di Teen Choice Awards. Siri tersebut bukan sahaja berjaya mencipta fenomena dan menjadi ikutan trend dalam kalangan peminatnya, malah ia turut diadaptasi ke versi negara berbeza seperti di Turki ‘Kucuk Sirlar atau Little Secrets’ 2012, Tiongkok ‘China Girl’ 2012, Mexico ‘Gossip Girl: Acapulco’, 2013, dan Thailand ‘Gossip Girl: Thailand’, 2015. Menariknya, versi Indonesia ini turut diselitkan dengan nilai dan budaya Nusantara, di samping dipadatkan lagi dengan elemen-elemen yang relevan untuk tontonan masa kini seperti gaya fesyen serta teknologi, yang mana versi Hollywood memaparkan penggunaan blog tetapi versi ini menggantikannya dengan platform Instagram.



Gossip Girl Indonesia melibat gabungan bakat-bakat kreatif yang sering memberi sentuhan luar biasa pada karya-karya hebat. Menariknya, setiap 3 episod Gossip Girl Indonesia diarahkan oleh sutradara dan penulis berbeza. Antaranya pengarah filem ‘Berbagi Suami’ dan ‘Arisan!’, iaitu Nia Dinata yang bertindak sebagai showrunner, sutradara gossip girl indonesia episode 1, 2 dan 3 serta terlibat dalam penulisan skrip untuk semua episod. Lucky Kuswandi juga merupakan penulis skrip untuk gossip girl indonesia episode 1, 2 dan 3. Bagi episod 4, 5 dan 6 adalah di bawah arahan Pritagita Arianegara dan skrip oleh Melissa Karim dan Nia Dinata. Manakala episod 7, 8 dan 9 oleh pengarah Andri Cung dan skrip oleh Andri Cung sendiri bersama Nia Dinata.

Pelakon, Pemain Gossip Girl Indonesia

Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi peranan ‘voice over’ dalam Gossip Girl Indonesia. Sementara itu, watak-watak utama (pelakon/pemain Gossip Girl Indonesia) dibintangi oleh pelakon muda berbakat besar, seperti Amanda Rawles (yang sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.


Sinopsis Gossip Girl Indonesia

Sinopsis Gossip Girl Indonesia | Berbeza dengan siri asal yang menormalkan isu percubaan gangguan seksual menerusi watak Chuck Bass terhadap watak Serena dan Jenny, tetapi versi adaptasi ini memberi fokus lebih mendalam tentang mental isu serta kesan kepada mangsa gangguan seksual. Selain itu, babak Sambutan Hari Kesyukuran atau 'Thanksgiving' di versi asal, telah digantikan dengan acara berbuka puasa. Secara keseluruhan jalan cerita dan emosi cukup relevan dengan kehidupan sehari-hari.




Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.


Jangan lupa nonton gossip girl Indonesia full episode di On Demand atau Astro GO. Penonton juga boleh menonton di Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh streaming online di Astro Go atau On Demand. Buat penonton Indonesia, mereka boleh tonton gossip girl indonesia di indoxxi. Indoxxi merupakan situs nonton film paling populer di Indonesia yang menyediakan streaming/watch online dan download film untuk seluruh masyarakat di sana.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang drama ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post