Hi semua! Lama dah Kak Bell tak berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada je
banyak isu nak dikongsikan tetapi masa belum mengizinkan. Kali ini Kak Bell
nak cerita tentang makanan kucing baru Kak Bell beli dan cuba iaitu brand
Egocat. Kak Bell kena berhati-hati sikit nak beli catfood ni sebab takut
meow kena balik FLUTD/batu karang. Disebabkan brand selalu pakai tak ada
stok, jadi Kak Bell cuba brand Egocat Salmon, premium cat food untuk urinary
tract.
Ceritanya sejak bulan lepas stok makanan kucing Vital Plus selalu sahaja
cepat habis. Kak Bell pakai Vital Plus Salmon atau Vital Plus Chicken untuk
kucing kat rumah. Untuk 2 ekor kucing jantan Si Sky dengan Toby Kak Bell
bagi Brit Care Sterilized Urinary Health. Tak mampu lah nak bagi jenama
Royal Canin Urinary SO atau brand Hill's Prescription Diet Urinary Care. So
dari last week memang dah standby nombor phone petshop sebab takut stok tak
ada. Lagipun Vital Plus ni hanya ada kat Amycatz aje. Paling dekat Kak bell
pi Amycatz Mutiara Damansara. Jauh jugalah sebenarnya dari umah kak Bell kat
Bangsar.
Egocat Urinary Tract Health Support Malaysia
Harini sebelum ke petshop Kak Bell call dulu dan confirmkan stok. Malangnya
stok makanan kucing tak ada termasuklah tofu cat litter brand Cindy pun tak
ada. Then, Amycatz rekemen cuba Egocat Salmon sebab khas untuk kucing ada
masalah batu karang (urinary tract disease). Kak Bell pun beli ajelah Egocat
Salmon Premium Cat Food (For All Life Stages) sebab makanan bulus kat umah
tinggal untuk sehari aje lagi. Gigih jugalah google dulu pasal Egocat
urinary tract health support malaysia.
Untuk brand Egocat ni ada 2 jenis iaitu Ego Cat Salmon (Premium Cat Food)
dan Ego Cat Weight Plus (Super Premium Cat Food). Kak Bell beli pakaging
18.14kg lebih kurang sama dengan Vital Plus Salmon/Chicken 18kg. Harga pun
sama RM180 jadi Kak Bell pun beli. Sampai umah, anak-anak buruk perangai
macam mak dia tak bagi makan terus serbu sebab tau kita bawa balik makanan
depa. Kak Bell campurkan dululah secara partially dengan vital plus, takut
karang kucing cirit-birit kita juga yang susah.
Ego Cat Salmon Premium Cat Food
Makanan kucing Ego Cat Salmon Premium Cat Food ni keluaran USA dan sesuai untuk semua umur kucing.
Suitable for all stages termasuklah kucing adult and kitten.
- Tinggi suplement (minyak ikan salmon berkualiti) untuk membantu mengeluarkan, mencantikkan & menghaluskan bulu kucing.
- Urinary tract untuk mencegah kucing dijangkiti kuman kencing dan masalah batu karang.
- Mengawal bau najis yang kuat, najis solid (stool) tidak lembik, sekaligus dapat mengawal penggunaan pasir yang lebih jimat.
- Mengawal masalah hairball yang teruk pada kucing.
- Olahan citarasa Ego Cat Salmon ini membuatkan kucing sangat berselera, sekaligus menaikkan berat badan kucing dengan cepat.
- Didatangkan dengan paket 7kg, 18.14kg dan repack 1kg (harga bergantung petshop)
Ingredients/Isi kandungan:
Salmon Meal, Fish Meal, Corn, Rice, High Protein Soybean Meal, Chicken Fat
(Preserved with Mixed Tocopherols), Fish Digest Brewer's Yeast, Salmon Oil,
Choline Chloride, L-Lysine, L-Threonine, L-Tryptophan, Antioxidants, Taurine
- Crude Protein: Min 30%
- Crude Fat: Min 10%
- Crude Fiber: Max 4.5%
- Ash: Max 6%
- Moisture: Max 10%
- Calcium: Min 0.8%
- Phosphorus: Min 0.6%
Ego Cat Weight Plus Super Premium Cat Food
Untuk Egocat Weight Plus Super Premium Cat Food ni khas untuk gemukkan kucing. Sama jugak datang
dari USA dan semua peringkat umur kucing boleh makan. Jenis ni cuma ada dalam
pek 10kg sahaja.
- Formula terbaik sebagai agen menaikkan berat badan kucing dengan cepat.
- Olahan rasa mengandungi minyak ikan berkualiti tinggi juga sangat membantu dalam penjagaan bulu yang sebaiknya.
- urinary tract untuk mencegah kucing dijangkiti kuman kencing dan masalah batu karang.
- Mengawal bau najis, stool solid dan tidak lembik, sekaligus dapat mengawal penggunaan pasir yang lebih jimat.
- mengawal masalah hairball yang teruk.
- Didatangkan dengan paket 10kg serta repack 1kg (harga bergantung petshop).
Ingredients/Isi kandungan:
Chicken, Chicken Meal, Brown Rice, Sunflower oil, Oatmeal, Chicken Fat
(Preserved with Mixed Tocopherols), Fish Oil, Yellow Corn, Full Fat
Soybean, Soybean Meal, Corn Gluten Meal, Wheat Pollard, Soy Concentrate,
Molasses, Wheat Flour, Natural Flavor, Choline CHloride, Dl Methionine
- Crude Protein: Min 30%
- Crude Fat: Min 12%
- Crude Fiber: Max 3%
- Ash : Max 6.5%
- Moisture: Max 12%
- Calcium: Min 1.5%
- Magnesium : Max 0.1%
Mungkin juga brand ni sesuai juga sebagai makanan kucing untuk bulu gugur
sebab ada ciri penjagaan bulu kucing. Untuk Egocat Weight Plus tu memang
sesuailah sebagai makanan kucing yang bagus untuk bulu dan gemukkan
kucing. Kalau korang dah cuba, bolehlah tinggalkan komen dan kongsi
tentang egocat cat food review kat bawah ni.
Ramai juga yang tanya Kak Bell dalam artikel Tip Pilih Makanan Kucing. Ada
pertanyaan mengenai jenama makanan kucing yang tidak bagus, makanan kucing
murah tapi bagus. Btw, Kak Bell cuma beri pendapat jika Kak Bell dah pakai
sesebuah brand tu. Kadangkala outcome dia pun tak sama sebab ada kucing
yang suka dan sebaliknya. Cuma korang kena beli yang jenis premium atau
super premium. Elakkan yang berwarna-warni sebab banyak garam dan cuba
baca ulasan seperti vital plus cat food review atau egocat cat food review
dan sebagainya. Tak pun cuba tanya petshop. Sedikit sebanyak ada input dan
info yang membantu. Haritu ada ternampak senarai makanan kucing terbaik
dan ada pulak jenama warna-warni tu dalam list. Terkesima kejap dibuatnya.
Kak Bell pernah pakai terus batu karang anak kat rumah. Hehe.
So far so good. Anak-anak bulus kat umah ni mau makan. Buat hari ini lah.
Kalau tak makan memang nanye dibuatnye. Sebelum ni pernah bagi Button and
Bows, depa tak suka. Pandai depa pilih makan hat lain, pandai asingkan cat
food tu! Nanti next time Kak Bell udpate lagi perkembangan lepas sebulan
pakai brand ni.
Wahh nampak berselera betul si comel tu makan. Kucing kat rumah saya, ya Allah, memilih! Haha. Nanti rasanya boleh cuba yang ni pula kot-kot dia berkenan kan. Especially sbb bulu dia pun selalu gugur juga tu. Pening kepala.
ReplyDeleteWow... this is a good product for cats. Must share this information with some of my catmum friends. Thank you for sharing.
ReplyDeleteGood sharing Kak Bell... kebetulan pulak memang tengan recce makanan kucing untuk Kiki dan Oyen kat rumah ni... Kiki dah la tak boleh makan sebarang... baru ni ada tukarkan wet food dia, dah dok selsema je la pulak... Kesian tengok dok terbersin-bersin... Oyen alhamdulillah okay je... nanti boleh cuba hat Egocat pulak lah...
ReplyDeletebaru tahu ttg brand ni.. agak menarik jugakkan.. nanti boleh cuba
ReplyDeleteMacam tak nampak pulak brand ni kat kedai kucing dekat ni. nanti Sis nak try tanya.. so far Royak Canin aja yang sesuai ni ..
ReplyDeleteThanks for sharing this brand of cat food, will intro to my sister to but for her cats
ReplyDeleteKucing yg pernah kena batu karang tak boleh makan. Takut dah nak beli jenama ni. Sbb lepas beberapa hari makan terus dia jadi susah nak kencing.. maybe dia x sesuai makan jenama ni :(
ReplyDeleteOh ye ke. Tq for info. Nanti kak bell kena monitor lebih sukit meow lps ni. Takut pulak kalau tak sesuai. Huhu
DeleteBaru tahu brand ni. Masa kak Nina ada bulus pun kita cerewet Bab makannya. Kita memang elakkan yang warna warni, sebab adanya tersembunyi garam lebih Dan bahan lain yang kelak membahayakan si bulus. Good sharing bell
ReplyDelete