CNY Decoration Shopping Mall 2022 Di Negeri Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal CNY Decoration Shopping Mall 2022 Di Negeri Selangor

Trending

CNY Decoration Shopping Mall 2022 Di Negeri Selangor

CNY Decoration Shopping Mall 2022 Di Negeri Selangor | Dekorasi di pusat beli-belah bukanlah sesuatu yang asing, khususnya bila tiba musim perayaan. Shopping mall di Negeri Selangor juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022 dengan pelbagai dekorasi menarik. Jom kunjungi 5 pusat beli-belah dengan dekorasi meriah di Selangor sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.


1) 1 Utama Shopping Centre
Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre. Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini!



2) Sunway Pyramid
Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini!


3) Setia City Mall
Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”. Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!



4) Central I-City
Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis/pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang!


5) Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini! Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini!


Senarai shopping mall di Negeri Selangor ini tentunya mampu membangkitkan suasana perayaan dengan CNY decoration bersempena tahun harimau untuk sambutan Tahun Baru Cina 2022. Kunjungi senarai di atas bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda dan jangan lupa untuk mengambil gambar sebagai kenangan di instagram anda!


Disamping itu, jangan lupa untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar masuk ke setiap premis, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap dan memakai pelitup muka pada

setiap masa di tempat awam. #PusingSelangorDulu! Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post