Trending


Ulasan Filem Small Town Heroes Movie Malaysia

Hi semua! Kali ini Kak Bell akan berikan ulasan mengenai sebuah filem Mandarin tempatan iaitu filem Small Town Heroes. Filem ini merupakan filem dibawah Skim Wajib Tayang FINAS dan bakal ditayangkan bersempena perayaan tahun baru cina 2022 nanti. Sebenarnya ini kali pertama Kak Bell menonton filem mandarin tempatan, selalu tonton filem Mandarin luar sahaja. Jom ikuti ulasan Filem Small Town Heroes movie Malaysia.


Language: Mandarin
Subtitle: English / Malay / Chinese
Classification: P13
Tarikh Tayangan: 3 Februari 2022
Genre: Drama
Running Time: 1 Hour 53 Minutes
Pengedar: GSC Movies
Para Pelakon: Jack Lim, Layla Sania (Cikgu Aishah), Phua Chandler (Feng), Roger Shak (Hero), Yuan Teng
Pengarah: Ryon Lee
Format: 2D

Sinopsis Filem Small Town Heroes

Sinopsis Filem Small Town Heroes | Kisah bermula apabila Hero yang berasal dari bandar berpindah ke rumah anak yatim Xingfuyuan (House Of Happiness) di luar bandar. Hero berkawan dengan Feng yang meminati novel seni mempertahankan diri. Selain itu, Aishah seorang guru ganti mengajar di sana tetapi mempunyai impian menjadi ahli gusti seperti bapanya. Banyak perkara yang dilalui oleh mereka berdua yang membuatkan mereka lebih matang dan rapat antara satu sama lain. Apabila ibu Hero tidak menjemputnya seperti yang dijanjikan, mereka memulakan perjalanan bersama-sama untuk mencari keluarga Hero. Namun, satu peristiwa telah berlaku dan mengubah kehidupan mereka berdua dan juga orang disekeliling mereka.


Filem Tribute Ryon Lee Untuk "Sepet" Sempena CNY

Ryon Lee memberi penghormatan kepada filem "Sepet" arahan sutradara allayarhamah Yasmin Ahmad dalam filem CNY baharunya Small Town Heroes. Untuk pengetahuan, filem ini dibuat dengan bajet kira-kira RM2.1 juta.


Menariknya, kisah cinta yang ditonjolkan dalam filem ini adalah sebagai penghormatan kepada "Sepet" Yasmin Ahmad. Lee mendedahkan bahawa dia sentiasa menyukai filem ikonik mendiang pembuat filem itu, justeru alasannya menyelitkan kisah cinta antara seorang lelaki Cina dan seorang gadis Melayu dalam filem ini.

Filem ini sebenarnya merupakan kisah flashback Feng ketika mula-mula ditinggalkan oleh ibunya di rumah anak yatim House Of Happiness. Feng melawat ke rumah anak yatim ni untuk hadiri sebuah perkahwinan. Jalan cerita filem fokus kepada kisah Feng dan Hero dan juga diselitkan kisah Cikgu Aishah dalam plot penceritaan. Jalan ceritanya santai, sebuah filem yang ringan dan sesuai untuk tontonan sekeluarga. Boleh dikatakan plot ceritanya kemas.


Suasana tinggal di rumah anak yatim atau tinggal di hostel, mandi kolah dan tuala garis-garis warna kuning-hijau sangat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di Malaysia. Bukan setakat mandi kolah, terus masuk kolah berendam main air! Scene-scene ni memang buat korang rasa dekat dan faham watak utama kanak-kanak dalam filem ni.



Sinematografi filem ini sangat baik dan Kak Bell sangat suka dengan semua scene filem yang cantik. View dari atas bukit yang dijadikan tempat rahsia Feng dan Hero iaitu Tao Hua Dao, view sawah padi dan permandangan feri di Pulau Pinang memang sangat lawa! Korang boleh tengok melalui trailer filem ni di YouTube.

Lakonan Phua Chandler sebagai Feng dan Roger Shak (Hero) memang sangat bagus dan berkesan disamping pelakon Jack Lim. Kemunculan pelakon Layla Sania yang petah berbicara Mandarin sebagai salah orang tunggak utama menjadikan filem ini lebih menarik dan turut ada watak pelakon kaum India. Sangat menonjolkan masyarakat Malaysia dan filem yang berjiwa Malaysia. Kredit juga buat Ibu Fauziah Nawi yang turut berlakon di dalam filem ini sebagai ibu Cikgu Aishah.



Dalam filem ni ada babak-babak yang menyebabkan Kak Bell terkesan. Scene sedih yang sangat sampai ke hati dan menyebabkan Kak Bell mengalir air mata. Watak Feng memang sangat berjaya di bawakan oleh Phua Chandler masa dia sedih dan makan kek masa di hospital dan juga beberapa scene yang lain. Pada awalnya Kak Bell belum dapat hayati lakonan Roger Shak (turut berlakon dalam Crazy Rich Asian) sebagai Hero. Lepas half cerita baru Kak Bell dapat feel.

So far so good tetapi ada part yang jelir-jelir lidah tu buat Kak Bell rasa agak cringe. Then, impian Cikgu Aishah untuk jadi ahli gusti tu macam tak realistik sebab figura Layla tu kecik dan rasa macam tak sesuai. Ni pendapat Kak Bell ajelah.


Kesimpulannya, overall bagus dan Kak Bell terhibur dengan filem ini. Jangan lupa tonton Small Town Heroes full movie malaysia dalam bahasa Mandarin yang bakal tayang 3 Februari 2022 nanti. Dont worry filem ini ada subtitle dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan sub indo ye. Kak Bell bagi 6.5 bintang!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. cerita yg sangat menyentuh perasaan. dan realiti kehidupan masyarakat.malaysia... seb baik kita x duduk sebelah menyebelah... klu x boleh bergabung menangis beria. hahaha

    ReplyDelete
  2. Menarik nie. Rawlins memang suka kalau citer2 arahan arwah Yasmin. Nie plak tribute to Sepet - memang kena tengok gak nie.

    ReplyDelete
  3. Nampak macam filem ni berkisar realiti kehidupan kaum yang terdapat di Malaysia. Kalau arwah masih ada selalu ceritanya semua kaum ada. Boleh tonton juga ni.

    ReplyDelete
  4. menarik lah cite ni, ok nanti nak cari, baca sinopsis cerita ni rakyat yang sangat dekat di hati kita..

    ReplyDelete
  5. I like this movie also, somehow we can relate because the scenes were shot in Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Suka dengan tema yang dibawakan oleh filem ni. Tema kekeluargaan beserta perpaduan erat di antara kaum. Seriously, kita semua memang hidup aman-damai je sebenarnya dengan jiran-tetangga juga kenalan berbangsa lain kan. Kita menghargai perbezaan dan menghormati satu sama-lain. Terbaik!

    ReplyDelete
  7. Wahh, sukanya filem genre macam ni, sesuai sangat nak habiskan air mata terkumpul ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post