Trending


NSK Grocer Quill City Mall Kini Dibuka Di Kuala Lumpur

Hi semua! Minggu lepas Kak Bell sempat menjengah ke NSK Grocer Quill City Mall yang baru dibuka di pusat bandar Kuala Lumpur. Selalu kalau nak shopping barang dapur pergi jugalah ke NSK Kuchai Lama. Bezanya, NSK Grocer ni sebuah kedai runcit moden dan inovatif pertama terbesar NSK sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan di Malaysia.



NSK Grocer Quill City Mall Kuala Lumpur Gedung Runcit Moden Terbesar Kumpulan NSK

NSK Grocer ini dikatakan gedung runcit moden terbesar denagn konsep kedai runcit moden baharu yang pertama di Kuala Lumpur. Ruang dalamnya berkeluasan 85,000 kaki persegi yang merangkumi bahagian makanan, barangan kering, barangan basah dan juga ada bahagian borong. Memang luas gila, bersih dan sangat selesa kalau nak datang memborong. Sesuailah dengan lokasinya di tengah-tengah bandar KL kan.






Pelancaran NSK Grocer haritu telah diadakan pada 8 Januari 2022 dan pelanggan yang hadir semasa hari pelancaran berpeluang dapat baucar tunai RM100 secara percuma untuk 100 pelanggan terawal. Bukan itu sahaja, 1000 pelanggan terawal akan dapat buah limau dan juga pelbagai promosi istimewa seperti Harga Gempak selama 1 Jam dimana barangan terpilih dijual dengan harga RM1 sahaja.

Kak Bell pergi haritu semasa hari sebelum pelancaran. Sempatlah Kak Bell usha socmed katanya seawal subuh dah ada orang beratur ya. Memang tidaklah Kak Bell nak berebut pergi. Tak apalah pergi hari lain semasa dalam tempoh harga promosi. Sempatlah beli sedikit barang dan bestnya ada bahagian yang menjual bunga atau tanaman hidup. Mana yang mencari pokok keladi viral tu bolehlah datang sini. 



Masa datang haritu, Kak Bell juga ada try makan di food court atau kedai makan di sana. Asam laksa dia memang sedap sangat. Nanti nak datang cuba makan menu yang lain pulak.

NSK adalah tempat biasa kalau nak beli barang secara borong atau pukal. Konsep ala-ala luas macam IKEA gitu la. Memang sangat menjimatkan dan semua barangan ada di bawah satu bumbung.


Lokasi & Waktu Operasi NSK Grocer Quill City Mall KL

Kalau nak datang sini, sangatlah mudah samada naik kenderaan sendiri, naik Grab atau naik Monorel berhenti dekat stesen Medan Tuanku. Kak Bell haritu pergi dengan Grab sebab jalan menuju parking tu agak sempit. Kalau bawak keta besar maunya Kak Bell langgar dinding. Haha. Lokasi dan waktu operasi NSK Grocer Quill City Mall KL seprti berikut:

NSK Grocer 
LG-19-21 Lower Ground
Quill City Mall KL. 
9.00 pagi hingga 11.00 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai Qull City Mall Kuala Lumpur, sila layari https://www.quillcitymall.com.my/.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. This is a good news. Sudah byk branch NSK Grocer skrang. I hope they will open one in Putrajaya one day. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. bestkan mcm2 ada.. suka dengan bhgian fresh dia.. byk betul.pilihan.. harga murah pulak tu

    ReplyDelete
  3. NSK ni memang besar, di Johor pun ada, cuma Sis jarang ke sana sebab jarak agak jauh.. kalau ada di Pasir Gudang, Sis mesti belanja di NSK.

    ReplyDelete
  4. Love to shop at NSK, so many things that they sell in the market. Plus the price is reasonable. Good review.

    ReplyDelete
  5. Great to see NSK is expending now we have more choices to get affordable groceries and essential items in KL.

    ReplyDelete
  6. Wah.. dah lama kak tak pegi shopping kat quill mall skrg dah NSK Grocer Quill City Mall tentu meriah nak beli brg2 dapur

    ReplyDelete
Previous Post Next Post