Trending


Keputusan Gegar Vaganza Minggu 9 GV8 2021 (Separuh Akhir)

Akhirnya berakhir sudah konsert separuh akhir GV8 dan menyaksikan 6 peserta layak ke peringkah akhir. Keputusan Gegar Vaganza Minggu 9 GV8 2021 malam tadi menyaksikan penyanyi Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir selepas berada dikedudukan terbawah.



Shidee membawakan lagu Sedetik Lebih nyanyian asal oleh Anar Zain dan Kerna Dia (Yasin Sulaiman) secara medley memperolehi markah sebanyak 58.30%. Ani Maiyuni pula mendendangkan Let's Get Loud dipopularkan Jennifer Lopez dan Sumpah (Aina Abdul) memperoleh markah sebanyak 61.00% dalam minggu bertemakan Lagu Untukmu.

Ani Maiyuni dan Shidee tersingkir

Kak Bell sempat menjengah ke YouTube Gempak Live untuk saksikan pengumuman lagu battle round minggu depan dan terkesima baca komen para netizen yang memberikan komen mengenai keputusan peserta untuk konsert akhir. Laju betul komennya sampai juling kejap mata membaca dengan pantas. Nampak komen yang Adibah Nor tak layak masuk akhir, Ani Maiyuni sepatutnya lolos dan juri tak adil bagi Suki Low di tempat keenam. Kak Bell baca saja dan no komen!

Untuk malam tadi memang puas hati dengan persembahan Aweera yang membawakan lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu (Search) dan juga Nikki palikat dengan lagu Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor). Dua-dua persembahan ni Kak Bell suka. Untuk Aliff dan Suki pun ok, tapi entah kenapa macam persembahan Aliff tak berjaya tambat minat Kak Bell. Berikut adalah markah untuk konsert malam tadi.



Info Konsert Gegar Vaganza Minggu 9
Tarikh : 16 Januari 2022
Tema : Lagu Untukmu (Medley)

Jumlah Markah Konsert Gegar Vaganza Minggu 9

  1. Aweera – Kerja Gila & Fantasia Bulan Madu (81.30%)
  2. Nikki – Puncak Kasih & Ikut Rentakku (76.00%)
  3. Aliff Aziz – Lay Me Down & Sesuatu Janji (72.20%)
  4. Azan Scan – Permaidani & Enigma (69.70%)
  5. Adibah Noor – Night Fever & Sumpah (65.20%)
  6. Suki Low – Khayalan & Tanpa Kekasihku (64.80%)
  7. Ani Mayuni – Lets Get Loud & Sumpah (61.00%)
  8. Shidee – Sedetik Lebih & Kerna Dia (58.30%)

Juri Jemputan: Datuk Rosyam Noor
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Aliff Aziz
Bintang Cuckoo Healthy Home : Suki Low
Bintang Paling Power Meow: Aweera
Peserta Tersingkir Minggu Ke-9: Ani Mayuni & Shidee


Aweera selaku juara mingguan automatik dapat Anugerah Bintang Paling Power Meow. Manakala Aliff Aziz serta Suki masing-masing berjaya sebagai Artis Betul-Betul Luar Biasa Digi dan Bintang Cuckoo Healthy Home.

Dalam konsert akhir minggu hadapan 6 peserta akan bersaing dalam battle round dan juga untuk pusingan lagu solo & duet bersama artis jemputan. Kak Bell rasa mungkin Aweera atau Nikki Palikat boleh jadi juara GV8. Korang rasa?

Sumber gambar IG AstroGempak

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. I rasa Nikki ada peluang untuk merebut juara tu. Suara dia power betul -sebijik Kak ZZ dibawanya lagu tu

    ReplyDelete
  2. Tak tengok pon GV. macam best je. Semua peserta hebat hebat ni

    ReplyDelete
  3. Tahun ni memang tak layan GV ni, entah lerr takde mood.. hahahaha.. tapi biasa nanti final barulah tengok.. tu pun kalau ingat hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak berapa mengikuti GV n terkejut tahu2 dh final dah. Good luck to all contestants. Semoga dipermudahkan di pentas akhir nanti

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tunggu final...musim kali ni judge dia mmg outstanding

    ReplyDelete
Previous Post Next Post