Meriah sungguh persembahan Gegar Vaganza 8 minggu lepas bila juri Hetty
    Koes endang naik ke pentas. Kak Bell tonton keesokan harinya tak dapat nak
    tonton masa malam live konsert. Malam semalam, tinggal 10 lagi peserta terus
    membuat persembahan sebelum minggu suku akhir nanti. Macammana dengan
    keputusan konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 8? Semua ok ke?
    Kak Bell memang suka sangat persembahan Nikki Palikat dalam konsert minggu
    ketujuh dengan tema 'Kelentang Kelentong'. Dari awal sampai habis nyanyian
    dia perfect! Untuk persembahan Suki, Aliff Aziz pun baik dan maintain. Bukan
    senang buat Suki nak menyanyikan lagu Marabahaya tu. Minggu lepas ada 2 buah
    lagu nyanyian Hetty Koes Endang dibawakan oleh peserta iaitu lagu Rindu oleh
    Nikki dan Berdiri Bulu Romaku oleh Adibah Noor. Persembahan Nikki sangat
    tiptop tapi gubahan baru untuk lagu Berdiri Bulu Romaku dengen elemen dikir
    barat agak kurang blend. Every week nampak keputusan persembahan Kak Dib
    makin turun tapi rasanya boleh sampai separuh akhir kot nanti.
  
    Akhirnya, Nikki kembali merampas kedudukan tempat pertama dan sekaligus
    menerima Anugerah Bintang Paling power Meow bagi minggu ketujuh. Buat
    pertama kali juga Suki Low berjaya menang anugerah Bintang Cucko Healthy
    Home dan Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi menjadi milik Adibah Noor
    setelah meraih undian tertinggi di laman rasmi GV8.
  
  Bandi Amuk tersingkir di minggu kelapan
    Setelah penjurian, Bandi Amuk menjadi peserta seterusnya tersingkir
      dengan markah terendah sebanyak 53.80% selepas menyampaikan lagu dendangan
      Queen, I Want To Break Free. Rasanya next week kalau Sa.Ya tak perform,
      mungkin akan jadi peserta seterusnya bakal tersingkir.
  
Tarikh : 2 Januari 2021
Tema : Seiring Dan Sejalan
Keputusan Markah Minggu 7 Gegar Vaganza 2021
1. Nikki Palikat (Rindu) - 72.30%2. Aliff Aziz (Pesan Cinta) - 71.90%
3. Suki (Mara Bahaya) - 69.70%
4. Azan Scan (Pelita) - 64.90%
5. Ani Mayuni (Jikalau Abang Merindu) - 63.30%
6. Shidee (Selamat Tinggal Pujaan) - 59.40%
7. Aweera (Noktah Cinta) - 57.50%
8. Adibah Noor (Berdiri Bulu Romaku) - 56.70%
9. Saiful Apek & Yassin (Peronda Jaket Biru) - 54.00%
10.Bandi Amuk (I Want To Break Free) - 53.80%
      Next week kita tengok pula bagaimana persembahan 9 peserta suku akhir
      dengan tema Ku Petik Bintang-Bintang. Boleh tonton di saluran 104 Astro      Ria dan juga melalui Astro Go dan Astro On Demand.
    
Sumber gambar Astro Gempak