Trending


Cara Guna Harry Potter Spells Untuk iPhone Dan Android

Hi semua! Sebelum ni Kak Bell memang pengguna setia Samsung Note. Tapi lepas ngam 2 tahun, mulalah telefon android Kak Bell buat hal dan terus tukar kepada iPhone. Pertama kali pakai produk Apple iaitu iPhone 12 Pro. Tahu tak korang sekarang tengah trending buat pengguna iPhone boleh cast magical spell Harry Potter menggunakan SIRI? Sebab Kak Bell teruja, jadi Kak Bell kongsikan tentang SIRI Harry Potter Spells untuk iPhone dan juga untuk telefon android.

Harry Potter spell for Iphone

Sempena dengan pengumuman filem Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts pada 1 Januari 2022 lalu, pengguna iPhone dah mula boleh gunakan beberapa magic spells popular di dalam siri Harry Potter. Menariknya, siri Harry Potter ni lebih lama wujud daripada iPhone itu sendiri, kerana iPhone pertama dilancarkan oleh Apple pada tahun 2007. Kemudian SIRI mula diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai enjin carian pengaktifkan suara yang boleh melaksanakan tugas pada iPhone. Untuk tahun 2022 dan generasi terbaharu iPhone, telefon Apple ni boleh dikawal menggunakan arahan suara, tanpa perlu mengaktifkan Siri terlebih dahulu.


Bagaimana Cara Untuk Menetapkan Harry Potter Spell Pada iPhone?

Untuk mencuba mantera sihir ni, korang perlu mengaktifkan Siri terlebih dahulu. Jika korang sebut Lumos, flashlight akan menyala dan sebutan Nox untuk matikan semula lampu. Kedua-dua spell ni tak perlu disetkan sebab iOS’s Siri memang dah recognize arahan ni. Yang penting, korang juga boleh setkan custom spell yang lain pada iPhone menggunakan Voice Control feature. Harry Potter spells ni juga working on both iPhones dan Androids. Menarik kan muggle pun dah boleh cast magic spells! Berikut cara untuk tetapkan Harry Potter spell pada iPhone.

Harry Potter spell for Iphone

Aktifkan SIRI
Apple’s voice assistant perlu diaktifkan dahulu. Jika Siri tidak aktif, pergi ke Settings > Siri and Search > Siri > Enable. Korang boleh sebut 'Hey Siri' dan kalau dia menyahut, maksudnya dah aktif. Jika Siri sudah aktif, boleh ikut langkah seterusnya untuk buat custom spell di Voice Control

Aktifkan Google Assistant untuk Android device
Telefon Android tidak mempunyai built-in voice assistants, jadi korang boleh memuat turun Google Assistant, yang berfungsi dengan cara yang sama seperti Siri Apple.


Bezanya cuma kena sebut "Hey Google, Lumos" atau "Hey Google, Nox" manakala untuk iPhone sebut "Hey Siri, Lumos" atau "Hey Siri, Nox". Bagi command Lumos tu senang nak buat tapi Nox tu payah sikit sebab kena pronounce betul-betul.

Cara Nak Sebut Nox Pada Siri
Cara nak sebut Nox pada Siri ialah nahcks (knocks). Kalau nak mudah boleh search di YouTube cara nak sebut Nox dengan betul. Korang try la banyak kali sebab Kak Bell try sekali dua je jadi. hahaha.

Nox -naks/nahcks (knocks)

letter o-diganti dengan huruf a dengan sebutan 'NAH'
letter x-diganti dengan sebutan 'KS'


Cara Nak Tetapkan Custom Spell Siri

Korang boleh juga tetapkan spells lain seperti Accio (Akio), Alohomora, Reducio (volume down) atau Cantis. Cara nak tetapkan custom spell Siri seperti di bawah:

Accessibility > Voice Control > Enable > Customise Command > Custom > Create New Command

Harry Potter Siri Hacks
  • Lumos - turn on the flashlight
  • Nox - turn off the flashlight
  • Wingardium Leviosa - automates a search for a flight from your location
  • Avada Kedavra (killing curse)- Siri turns the brightness on your phone down to the lowest level and puts it into airplane mode.

Here's how to activate them:
  • Say "Hey Siri, Lumos (loo-mos)" to turn on your iPhone's rear flashlight.
  • Say "Hey Siri, Nox (nokss)" to turn off your iPhone's rear flashlight.
  • Say "Hey Siri, Accio (ah-kee-oh)" followed by the name of an app to open it.

Kak Bell setkan Akio Harry Potter Spell Accio untuk buka app MySejahtera dan Nanti korang bolehlah cuba jaya dengan magic spell yang korang suka. Siri akan mengenali arahan tersebut sebagai custom shortcut.


Korang semua mesti dah tonton ke semua lapan filem Harry Potter kan? Sampai sekarang Kak Bell masih suka tonton semua filem ni. Sampai main game arcade Harry Potter! Bersempena Harry Potter 20th Anniversary: Return To Hogwarts, berikut ni Kak Bell sertakan list ikut turutan filem yang paling digemari fans siri ini.

  1. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (2010)
  2. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
  3. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  4. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011)
  5. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  6. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  7. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  8. Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001)

Can we do magic like Harry Potter? Jawapannya, YES! Tak payah nak pergi Hogwarts dah sekarang! Nanti bolehlah korang cuba pada iPhone atau android korang. 

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Siri Harry Potter ni sis tak pernah tengok habis tapi berminat juga nak pergi melawat tempat2 Harry Potter ni. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cuba guna harry potter spells kat phone android sis.

    ReplyDelete
  3. Yes. Rawlins pun dah berjaya cast spells guna Siri. Seronok berangan ngan command nie. Harap makin banyak command kelak hahaha

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronoklah features nie. Tambah2 kita nie memang peminat siri Harry Potter. Bolehlah feeling2 mcm bekas student gryffindor gituhhh

    ReplyDelete
  5. hahahahah dapat bayangkan nak buka light just jerit lumos.. so kiyotla bella hahahha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post