Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 5 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 5

Trending

Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 5

Hi korang! Sempat tak menonton GV8 untuk episod 5 semalam? Selalu Kak Bell tonton di Astro Go aje, tapi semalam bertandang ke rumah kawan so menonton di layar besar TV 50 inci! Haha. Keputusan Konsert Gegar Vaganza 2021 Minggu 5 dah diumum dan menyaksikan Nikki Palikat masih mengekalkan momentum di tempat yang pertama.



Untuk tempat kedua memang dah agak Alif Aziz dan ingatkan Suki dapat tempat ke-3, rupa-rupanya Kak Ani Mayuni berjaya ye dapat top 3! Baru je minggu lepas Kak Bell harap Ani Mayuni nyanyi lebih baik lagi, akhirnya dah dapat naik carta. Persembahan dia oklah untuk lagu Kucu Kuca tu tapi penyanyi asal nyanyi lagi powerlah.

Persembahan Suki pun pada Kak Bell best. Suki ni maintain je kedudukan dia dan belum pernah lagi dapat 1st place. Buat Kak Adibah agak sedikit kecewa sebab lagu Gajah tu best sebenarnya bagi yang memang layan genre jazz lagu-lagu Tulus. Then, Anugerah Bintang Cuckoo Healthy Home tu asyik Saiful Apek & Yassin je yang menang ye! Memang banyak betul fan yang undi depa kat facebook Astro Gempak.


Info Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2021
Tarikh : 19 Disember 2021
Tema : Dulu Lain Sekarang Lain

Keputusan Markah Minggu 5 Gegar Vaganza 2021
1. Nikki-Gelombang (78.50%)
2. Aliff Aziz-Memburu Impian (77.80%)
3. Ani Mayuni-Kucu Kuca (67.80%)
4. Suki Low-Dancing Queen (65.80%)
5. Aweera-You Give Love A Bad Name (64.60%)
6. Adibah Noor-Gajah (63.90%)
7. Azan Scan-Mimpi (62.90%)
8. Saiful Apek & Yassin-Terakhir (59.60%)
9. Shidee-Lembah Kesepian (57.80%)
10. Bandi Amuk-Purnama (57.60%)
11. Upiak Isil-Pengemis Muda (57.00%)

Juri Jemputan: Datuk Yusof Haslam
Anugerah Digi Next Level/Artis Betul-Betul Luar Biasa : Azan Scan
Bintang Cuckoo Healthy Home : Saiful Apek & Yassin
Bintang Paling Power Meow: Nikki Palikat
Peserta Tersingkir Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 8: Tiada penyingkiran.

Malam semalam memang menyebelahi Upiak sebab tiada penyingkiran. Mungkin next week ada 2 orang tersingkir kot gamaknya. Apa-pun kita layan minggu duet next week dengan tema Seiring Dan Sejalan.

Sumber gambar Astro Gempak
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post