REVIEW SUDIO T2 : GENERASI TERBARU EAR BUDS TERLARIS SUDIO TOLV

Sudio mempunyai pelbagai gadjet Bluetooth dari headphone hinggalah produk true wireless. Sekarang Kak Bell dah ada Sudio Nio, Sudio Tretton dan paling terbaru Sudio T2, yang telah berada di pasaran Malaysia pada 8 Oktober 2021. Kalau korang nak tahu Sudio T2 ini adalah generasi terbaru wireless ear bud terlaris Sudio Tolv. Kak Bell belum pernah cuba Sudio Tolv, tapisecara logiknya pastilah produk baru Sudio T2 lebih baik dan upgraded sebab ianya model Sudio Tolv yang telah dinaik taraf.


Apakah Ciri Jenama Earbuds Yang Bagus?

Jadi sebelum korang dapatkan sebuah ear buds, apa ciri utama yang jadi keutamaan korang? Adakah dari segi harga, spesifikasi atau sekadar jenama? Antara ciri yang perlu korang cari sebelum beli earbuds selain dari kualiti sound adalah versi Bluetooth latest, Touch Control, kalis air (peluh) atau tidak, ketahanan bateri dan latency rendah. Selain tu, korang juga kena consider perbezaan keselesaan untuk earbuds, earphones, headphones atau headset yang berbeza dari individu ke individu. Pada Kak Bell ciri yang perlu ada adalah harga yag berpatutan dan kualiti audio yang bagus semasa penggunaan.



Ciri, Spesifikasi Dan Kelebihan Wireless Earphone SUDIO T2

Sudio T2 ini direka untuk lebih mewarnai kehidupan. Ciri penting yang diketengahkan adalah pembatalan bunyi bising (active noise cancellation) dari persekitaran supaya pendengaran lebih jelas tanpa gangguan. Selain itu, Sudio T2 menghadirkan mikrofon pembentuk pancaran "beamforming", untuk mengawal bunyi persekitaran untuk panggilan yang lebih jelas serta pemacu dinamik (driver) yang memberikan bunyi yang lebih jelas dan berkualiti.

Apa Itu Driver? Transducer atau driver adalah alat pada IEM dan headphones yang mengubah signal elektrik menjadi suara untuk kita dengar.


Kelebihan Sudio T2

Active Noise Cancellation

Teknologi pembatalan bunyi bising Sudio T2 akan membatalkan bunyi bising sebelum sampai ke telinga semasa mendengar.

Mikrofon Bentuk Pemancar (Beamforming Microphone)

Setiap fon telinga Sudio T2 mempunyai susunan mikrofon pembentuk pancaran dwi, ​​satu mikrofon dihalakan ke luar untuk menangkap persekitaran ambien dan satu mikrofon dihalakan ke arah mulut anda untuk menangkap suara anda. Algoritma pemprosesan isyarat digital dalaman Sudio T2 menganalisis gelombang bunyi dan mengurangkan bunyi ambien. Jadi suara anda sentiasa kuat dan jelas.

Reka Bentuk Selesa

Setiap fon telinga menempatkan pemacu dinamik 8mm dan mempunyai touch-sensitive panel. Ada 2 dual beamforming mikrofon di setiap fon telinga, yang membantu mengendalikan ciri pembatalan hingar dan persekitaran. Saiz bekas pengecasnya selesa, ergonomik dan cukup kecil untuk dipegang di tangan. Tak menjadi masalah untuk dimuatkan dalam poket dan dibawa ke mana-mana.


Ciri Lain Sudio T2

  • Earphone wireless tanpa wayar
  • Beamforming microphones, Active Noise Cancellation (ANC)
  • Dynamic audio driver
  • Splash proof
  • Jangkahayat bateri sehingga 35 jam
  • 7.5 jam masa mendengar dengan sekali caj
  • Pengecasan pantas 10 minit untuk 2 jam penggunaan
  • Teknologi Bluetooth 5.2 dengan penghasilan bunyi lancar dan jelas
  • Menyokong capaian Bluetooth 5.0 ke atas dalam range 10 meter
  • Pengecasan type-C
  • 4 varian warna: Hitam, Putih, Sand dan Jade
  • 3 tahun warranti antarabangsa dengan Sudio SPHERE

Apa Barang Yang Anda Dapat Dengan Pembelian Sudio T2

  1. 2 fon telinga
  2. Bekas pengecasan
  3. Kabel pengecasan
  4. Empat tip telinga saiz XS hingga L
**Set price USD 129/MYR 549



Perbezaan Sudio T2 dan Sudio NIO

SUDIO NIO SUDIO T2
Jenis driver Dynamic Dynamic
Buttons Touch panel Touch panel
Type True Wireless In-ear - True Wireless
Microphone 2 per side, 4 in total 2 per side, 4 in total
Berat Jumlah berat: 43g
Earphone: 4g
Charging case: 35g
Jumlah berat: 46.2g
Earphone: 5.3g
Charging Case: 35.6g
Water protection level IPX4 Splash proof
Compatibility Android, iOS Android, iOS, Mac OS, Windows, Linux
Playtime Up to 20 hours in total
Up to 5 hours 30 minutes on one charge
Up to 35 hours in total
Up to 7 hours 30 minutes on one charge
ANC + Music: Up to 6 hours 30 minutes
Quick charge 15 min pengecasan= 1 jam play time 10 min pengecasan= 2 jam play time
Time to full charge (min) Earphones: 90 minit
Charging case: 120 minit
Both together: 150 minit
Earphones: 60 minit
Charging case: 60 minit
Both together: 60 minit
Wireless Yes Yes
Bluetooth version 5.0 5.2
Range 10 m 10 m
Bluetooth codec SBC SBC
Charging type USB USB
USB contact type USB-C USB-C


My Verdict

Sudio T2 yang Kak Bell gunakan adalah varian warna sand (warna pasir). Kali ini Kak Bell dapatkan warna sand sebab dah ada Sudio NIO warna hitam dan Sudio Tretton warna pink. Terdapat 4 pilihan warna untuk Sudio T2 selain warna Sand iaitu warna hitam, putih dan warna jade (hijau pastel). Dari segi reka bentuk T2 memang sangat ergonomik dan selesa untuk tangan. Bekas cajnya berbentuk bujur, saiz tidak terlalu besar dan memang tiada masalah kalau dimasukkan ke dalam poket. Tapi Kak Bell lebih prefer pegang sebab ada disediakan tali pemegang untuk kurangkan risiko jatuh semasa di bawa berjalan atau letak sahaja dalam beg supaya lebih selamat.


Buat penggunaan pertama kali, elok caj dahulu sehingga penuh. Korang boleh semak ada led kecil pada bekas pengecaj dan juga pada kedua-dua fon telinga. Kalau bateri pada fon telinga kurang, led akan berkelip warna merah dan boleh caj semula masuk dalam bekas pengecaj.

So far, Sudio T2 ni adalah wireless ear phone terbaik dan terbagus yang Kak Bell ada. Kalau dibandingan julat harganya amat berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Semasa penggunaan, memang sangat puas hati dan Active Noise Cancellation Sudio T2 memang terbaik untuk batalkan bunyi bising persekitaran.  Bila masuk dalam telinga, memang dah tak dengar dah bunyi sekeliling. Kalau ada yang panggil memang confirm tak dengar sebab tip telinga memang betul-betul fit dalam telinga. Kalau mendengar dalam waktu yang lama pun tidak perlu nak laraskan atau betulkan kedudukan ear phone dalam telinga sebab Sudio T2 memang akan fit dalam ruang telinga.  Cuma gunakan saiz tip telinga yang tepat supaya lebih selesa. Untuk saiz tip, Kak Bell pakai ear tip saiz S. Tip telinga ni kadang-kadang agak payah sikit nak masukkan, kena ada caranya dan lebihkan sabar. Lama-lama dah biasa akan jadi mudah.


Respon panel sensitif T2 juga bagus dengan tindak balas cepat dan tidak terlalu sensitif. Meaning, maklum balas dari tindak balas bila disentuh sangat boleh diterima dan normal. Cara menggunakan Sudio T2:
• Tekan punat di earbud selama 5 saat untuk menghidupkan, teknik yang sama untuk mematikan bunyi muzik.
• Bila bunyi telefon masuk cuma tekan mana-mana butang kiri atau kanan untuk menerima panggilan masuk.
• Untuk menamatkan panggilan telefon tekan 3 saat sahaja untuk mematikan perbualan.

Pengalaman bunyi semasa mendegar atau menonton movie menggunakan Sudio T2 memang sangat memberangsangkan. Terus terang bunyi yang dihasilkan lebih baik, jelas macam tonton wayang Dolby Digital! Frekuensi untuk bunyi treble dan bass memang beri impak sangat baik pada Sudio T2. Memang terbaik bila dengar muzik dan korang akan dengar dengan jelas perincian bunyi bass dan treble. Punchy and smooth! Korang boleh setkan volume pada kadar 80% ke atas untuk pengalaman bunyi terbaik. Baru puas masa menikmati lagu. Nak volume-up ke 100% pun boleh tapi takut pekak la pula nanti.

Kesimpulannya, Sudio T2 adalah gadjet paling selalu Kak Bell pakai dan bawa ke mana-mana setiap hari. Memang korang akan puas hati dengan bunyi yang dihasilkan dari Sudio T2 ni. Bagi korang semua yang turut nak menikmati kualiti Sudio T2 ni boleh pakai kod diskaun 15% di bawah.

15% discount code: BELLT2

Website Link: https://www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden

5 comments:

  1. Haritu ada tengok-tengok Nio tapi T2 ni macam lagi best je sebab lagi tahan lama pastu cas pun sekejap je. Warna pilihan pun cantik jugak ni.

    ReplyDelete
  2. cantik laaaa.. suka tgk... nampak kemas sgt rekaannya...pilihan warna pun semuanya cantekkkkkkkkkkk sgt

    ReplyDelete
  3. Kita dah guna Sudio T2 ni bila tekap kat telinga terus hilang segala suara lain bunyi lagu sahaja hehehe best lah power gilerr suka guna and nampak kemas bila pakai kat telinga tu....

    ReplyDelete
  4. wah best yer sudio model yang ni, lebih tahan lama dan nampak selesa. thanks sharing diskaun kod. jimat sikit nak beli ni

    ReplyDelete
  5. suka dengan latest Sudio nie. sound dia best ! yang penting tak mudah jatuh kalau buat exercise. plus suka dengan variasi warna kali nie. warna hijau tu serius cantik !

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.