Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia

Trending

Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia

Ogos lalu, jenama Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia Anlene telah membuat blind survey terhadap 320 responden pertengahan usia untuk mengenal pasti pemahaman mereka mengenai kesedaran dan pandangan mereka tentang penjagaan kesihatan tulang secara am. Anlene yang sentiasa menyokong dan menggalakkan orang ramai supaya menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat melalui pemakanan serta gaya hidup yang sihat menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia.

Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia

Hasil tinjauan tersebut didapati bahawa 95% daripada responden warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat. Dalam tinjauan tersebut juga mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia dalam pertengahan usia menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, 42% berkata tumpuan mereka pada masa kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 dan 33% daripada mereka berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuklah kesihatan tulang.

Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia


Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).

Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021

Untuk membantu warga Malaysia memahami kesihatan tulang dengan lebih baik dan menggalakkan mereka supaya lebih prihatin terhadap penjagaan tulang mereka, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun. Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang. Jadi kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif berserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas.

Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia

Sebenarnya adalah penting untuk kita mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan mengambil makanan tersebut dalam diet seimbang kita. Kalsium boleh didapati dalam sumber makanan seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain. Manakala vitamin D boleh didapati dalam ikan berlemak (sebagai contoh salmon, sardin), kuning telur dan produk diperkaya vitamin D termasuk susu.

Oleh itu, Anlene menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka.


TRIVIA MENGENAI PENJAGAAN KESiHATAN TULANG

1) Tinjauan Anlene juga turut mendapati bahawa 30% responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari; dan hanya 30% responden meminum susu setiap hari.

2) Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat serta mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein. Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang.

3) Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 – 1,200mg kalsium dan 15-20mcg vitamin D dalam sehari, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian. Sebagai contoh, kita mungkin perlu mengambil 200-240 mangkuk nasi untuk memenuhi kalsium harian yang kita perlukan.

Susu Anlene Dilengkapi Membran Globul Lemak Susu Untuk Menyokong Keperluan Pemakanan Harian Orang Dewasa

Untuk info, setiap gelas susu Susu Anlene Osteoporosis dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X ™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada gula tambahan.
Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia


Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia
Kajian menunjukkan bahawa peserta yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting berserta dengan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti sebanyak 2 kali ganda, peningkatan keseimbangan sebanyak 3 kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40% lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.

Orang Pertengahan Usia Berisiko Mengalami Osteoporosis

Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin dihadapi oleh hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

Osteoporosis Penyakit Senyap Berisiko Kepada Orang Dewasa Meningkat Usia


Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuklah kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut serta sejarah keluarga.

Orang dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang. Pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat, yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari. Selain itu, warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun.

Tulang yang kuat merupakan salah satu asas untuk menyokong pergerakan, ketahui apakah Usia Pergerakan anda dengan menilai postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda dengan kuiz dalam talian Anlene Move Check.



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post