Trending


Nefrotec Himalaya Untuk Kucing Susah Kencing Atau Batu Karang (FLUTD)

Hi semua! Lama juga Kak Bell tak berkongsi tentang kucing. Sebenarnya ada je beberapa perkara yang hendak dikongsikan tapi masa tak menyempat. Balik kerja dah lewat dan sibuk menguruskan anak bulus yang berpuluh ekor tambah yang sakit lagi, jadi memang masa Kak Bell didedikasikan untuk depa. Harap Kak Bell tabah higga ke akhirnya. Hehe.


Sebelum ni Kak Bell ada kongsikan tentang kisah kucing tak boleh kencing, kucing susah kencing atau kucing kencing sikit atau berdarah. Selalunya kerap terjadi pada kucing jantan dan turut berlaku juga pada kucing betina. Dalam kes kucing jantan, penyakit batu karang atau FLUTD (Feline Lower Urinary Disease) dianggap kronik sebab saluran kencing kucing jantan lebih panjang dan sempit serta mudah tersumbat berbanding kucing betina. Kalau kucing betina kebanyakkannya disebabkan infeksi dan biasanya masih boleh kencing walaupun sedikit sebab saluran kencing kucing betina lebih besar.

Kak Bell ada pengalaman 4 ekor kucing jantan kena FLUTD, 2 masih kekal sihat iaitu Sky (umur 8 tahun) dan Toby manakala Dexter & Didi tak dapat diselamatkan kerana lambat bawa ke vet untuk rawatan. Kucing betina si Lucy & Combi pernah kena susah kencing dan Luna pula kencing berdarah. Sekarang Luna dah totally sihat. Untuk makluman, penyakit ni biasa akan on-off berlaku jadi kena pantau selalu terutama tentang pemakanan, level stress dan juga sebab hidrasi sebab kurang minum air.

Kenapa Kucing Kencing Sedikit Atau Tak Boleh Kencing?

Penyakit batu karang atau FLUTD ini berlaku kerana saluran kencing kucing tersumbat oleh kristal, batu atau pasir halus. Bagi kes kucing betina selalunya kerana jangkitan. 

Cik Lucy

Berikut adalah sebab berlakunya kucing susah kencing:

1) Batu Karang (Urolithiasis)
Disebabkan oleh makanan dan diet tak seimbang. Biasanya terjadi kerana makanan kucing (dry food) yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Biasanya jenis cat food yang murah, berwarna warni dan kandungan tak seimbang. Batu karang boleh terbentuk didalam pundi kencing atau didalam uretra. Kak Bell suggest pakai jenis premium atau super premium. Boleh baca TIPS PILIH MAKANAN KUCING.

2) Kencing Kotor atau Urinary Tract Infection (UTI)
Kencing kotor biasanya disebabkan oleh bakteria, atau juga disebabkan oleh virus dan fungus. UTI jarang terjadi pada kucing muda kerana urin kucing muda biasanya berasid dan ini menghalang pertumbuhan bakteria penyebab UTI. Tetapi ada juga kes berlaku pada kucing muda (kurang 10 tahun). Penyakit seperti diabetes dan penyakit buah pinggang lebih kerap berlaku pada kucing yang berumur lebih 10 tahun, maka mereka lebih mudah dijangkiti UTI kerana terdapat perubahan pada acidity urine. UTI lebih kerap terjadi pada kucing yang berumur sebagai punca utama FLUTD, dan diikuti oleh urolithiasis.

3) Urethral Obstruction
Urethral obstruction adalah keadaan saluran kencing (urethra) kucing tersumbat separuh atau total merupakan keadaan yang amat serius. Ianya mengakibatkan kucing tidak boleh kencing walaupun meneran dengan lama. Ianya disebabkan oleh batu karang atau tersumbat oleh residue atau sedimen kotoran.

4) Feline Idiopathic Cystitis (FIC)
FIC atau juga dikenali sebagai Interstitial Cystitis selalunya merupakan penyebab jangkitan kuman pada saluran/pundi kencing kucing yang berumur kurang 10 tahun. Puncanya adalah tidak diketahui.

5) Kucing kurang minum air.
6) Kucing tahan kencing.
7) Berpunca dari stress.
8) Kucing hidapi diabetes dan hipertiroidism.


Tanda-Tanda Kucing Menghidap FLUTD, Susah Kencing & Kencing Sedikit

Banyak kucing yang dapatkan rawatan ke veterinar sebenarnya menghidap FLUTD. Penyakit ni pada kucing dianggap common dan biasa berlaku terutamanya kucing jantan. Kebanyakkannya sebab obesiti dan sebab makanan kering 'dry food' yang kandungan garamnya tinggi. 

Combi

Antara tanda dan simptom kucing menghidapi FLUTD seperti:

  • Tidak boleh kencing atau kencing dengan jumlah urin yang sedikit atau tak kencing pun (tidak lawas)
  • Kencing berdarah (urin warna merah)atau urin kucing berkeladak (urin warna coklat)
  • Kerap keluar masuk litter box dan hanya kencing 2,3 titik
  • Kencing diluar dari litter box
  • Meneran (straining) dan bising(crying) semasa kencing
  • Kerap menjilat kawasan pembukaan urinary tract kerana sakit semasa kencing
  • Murung dan tidak aktif
  • Dehidrasi
  • Muntah disebabkan keracunan ammonia urin
  • Bahagian abdomen yang mengeras
  • Kuat minum air sebab haus

Kaedah Pencegahan & Persediaan Rawatan Kucing Susah Kencing

Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat tetapi ianya bergantung kepada tahap kronik kesakitan kucing samada tak boleh kencing langsung atau kencing sedikit. First, korang boleh pegang bahagian bawah abdomen dan rasa pundi kencing kucing terasa keras.

Toby

Kalau keadaan tak kronik, vet boleh pasang cateter dan buat flushing tanpa perlu warded. Kalau masih tak ok, kena bawa semula ke vet. Kalau kronik, perlu warded 2 ke 3 hari untuk proses drip dan flushing stiap hari hingga keadaan meow ok. Biasa kalau warded, dekat RM1000 juga kena (Kak Bell biasa pergi Hospital Veterinar Jalan Gasing).

  1. Boleh berikan suplemen seperti Uty-Oxi atau Nefrotec Himalaya.
  2. Beri makanan pada jumlah yang kecil tetapi lebih kerap bagi mengelakkan obesiti.
  3. Tukar makanan kepada wet food atau pilih 'dry food' jenama yang lebih baik atau untuk makanan khas masalah urinary seperti jenama Hills, Royal Canin atau Science Diet. Kak Bell beri Vital Plus With Urinary Care + BRIT CARE STERILIZED URINARY HEALTH.
  4. Air lobak putih (ni Kak Bell tak sure sebab vet tak bagi pakai dan belum pernah cuba. Ada juga yang kata berkesan).
  5. Pastikan air minuman kucing sentiasa bersih dan kerap ditukar baru.
  6. Sediakan litterbox yang mencukupi untuk elak kucing stress.
  7. Bersihkan litterbox dua kali sehari atau lebih kerap.

Nefrotec Himalaya Herbal Supplement Untuk Kucing Susah Kencing

Sejak semalam Kak Bell perasan kucing betina Cik Lucy dengan Combi asyik keluar masuk litter box tapi tak ada air kencing. Jadi Kak Bell bagi Nefrotec Himalaya sebagai persediaan awal. Dua-dua ekor ni memang payah kalau nak makan ubat. Tak kira la ubat tablet atau cecair, kena berperang atau bedung tangan kaki depa baru boleh bagi ubat. Kesan cakar atau tangan luka tu memang biasalah.

Lucy dah kencing lepas amik Nefrotec

Disebabkan ubat Himalaya ni besar, lagilah payah nak bagi depa makan. Jadi Kak Bell larutkan dalam sedikit air dan paksa makan menggunakan syringe. Alhamdulillah, selepas beberapa jam Cik Lucy terus dah boleh kencing dan Combi baru kencing setitik dua. Asalnya beli Nefrotec ni untuk kucing jantan tapi tak berkesan dan memang perlu bawa ke vet.

Kucing jantan samada sudah neuter atau tidak, memang mempunyai risiko yang tinggi menghidap susah kencing disebabkan uretra blocking. Untuk kes kucing payah kencing ni, kalau berlarutan dan hampir 24 jam tak boleh kencing, mesti nak bawa ke vet kerana kucing akan mati jika dibiarkan. Kucing Kak Bell si Sky dan Toby tu pun kadang-kadang lepas 6 bulan atau setahun pernah kena balik penyakit ni. Kalau dah bagi ubat masih tak ok, silalah bawa ke vet secepat mungkin sebab isu kucing tak boleh kencing adalah isu kecemasan yang boleh mengakibatkan kematian kucing.

Kredit: http://kucingkuduniaku.blogspot.com/
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. pecinta kucing memang sanggup berkorban...itu perkara yang sangat murni.

    moga murah rezeki hendaknya

    ReplyDelete
  2. Suka kucing tapi tak sanggup nak bela sebab benda-benda macam ni lah. Ai cepat sedih tak tentu pasal bila kucing sakit. Flu pun Ai dah boleh buat drama air mata. Tapi produk Himalaya memang bagus. Tapi baru tau ada untuk haiwan juga.

    ReplyDelete
  3. kucing pun ada macam-macam penyakit macam manusia kan. tak sangka juga dulu...kucing kita pun baru ni kena selsema..kesian diorang..

    ReplyDelete
  4. Wow.... this is a good product for cats. Kucing pun penting dijaga kesihatannya. Thank you for sharing, sis. Suka tengok kucing2 sis.

    ReplyDelete
  5. Hanya pencinta kucing tahu betapa susahnya hati bila kucing tak sihat apatah lagi sakit. Yelah kita jaga kucing dah anggap macam ahli keluarga sendiri. Thanks diatas perkongsian yang bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  6. Nak bela kucing pun kena ambil tahu semua hal2 berkaitan kesihatan.Kesian kalau kucing dah sakit.Kena alert juga macam kita alert kesihatan diri sendiri.Actually thanks untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing your knowledge now I know whenever my cat has urinary infection this supplement will help.

    ReplyDelete
  8. Laaaaa kucing pun ada masalah kencing sikit atau batu karang ya. Thank you sharing bella nanti boleh Nora share dengan kawan-kawan yang ada bela kucing.

    ReplyDelete
  9. Ok I did not expect to see a supplement for cats. I guess right now humans really adore and care a lot about their pets.

    ReplyDelete
  10. nice sharing for all cat lovers out there. it is a good supplement for the kitties and cats

    ReplyDelete
  11. Baru Iza tau kucing pun ada masalah susah kencing ya. Ingatkan kucing xde masalah macam ni. Bagus jugak tips. Tq share

    ReplyDelete
  12. Kucing Mai pun pernah jadi macam ni. Risau sangat. Lepas tu terus tukar makanan yang sesuai. Alhamdulillah makin gemuk dan sihat.

    ReplyDelete
  13. Owh AM baru tahu yg kucing pun ada permasalahan berkaitan proses pembuangan dan pencernaan.. Boleh minta adik AM rujuk pd blog Bella ini sbb adik AM memang ada kucing dan pencinta kucing.. tiap2 3 bulan sekali adik mesti bawa kucing dia pegi klinik check up.. at least bila dia baca informasi di blog Bella ini dia dpt faham dan tahu nak ambil apa2 tindakan bila terjadi sesuatu.. terima kasih atas perkongsian bermakna ini..

    ReplyDelete
  14. owh baru tahu. tak bela kucing , jadi mmg zero knowledge pasal kucing ni. susah juga yer jaga kucing ni, kena amik tahu macam tentang kesihatan diorang

    ReplyDelete
  15. Baru saya tahu kucing pun ada masalah susah kencing. Sebagai pemilik memang kena alert dengan perubahan pada kucing2 kita kan. Kena bertindak cepat utk elak benda tak diingini.

    ReplyDelete
  16. comel cik lucy suka tgk.. byk information ttg penjagaan kucing.. dan semuanya agak.menarik

    ReplyDelete
  17. Wahhh, Himalayan sekarang pun ada product for the fur baby ya! Boleh dapatkan ni juga la for our cats!

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing this, baru jer tau himalaya also has pets supplements too

    ReplyDelete
Previous Post Next Post