ESKAYVIE LANCAR DIFFENZ JUNIOR KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal ESKAYVIE LANCAR DIFFENZ JUNIOR KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK

Trending

ESKAYVIE LANCAR DIFFENZ JUNIOR KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK

Hi semua! Mesti semua orang tengah seronok sekarang ni sebab dah boleh pulang ke kampung dan pergi bercuti. Banyak juga kenalan Kak Bell dan artis-artis yang kongsikan percutian mereka di media sosial. Ye la kan… Kita sekarang ni dah bebas kemana-mana tanpa perlu disekat lagi. Banyak perniagaan yang boleh beroperasi dan aktiviti sosial kini telah dibuka dan ekonomi negara kita dijangka akan semakin beransur pulih tidak lama lagi dengan pembukaan sektor ekonomi ini.


Walau yang demikian, penjagaan kebersihan dan SOP yang ditetapkan perlu kita ikut. Lagi-lagi yang anak kecil tu. Memang wajib kita menjaga kebersihan dan SOP sebab anak-anak ni antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan Covid-19 selain warga emas. Ibu bapa pun sekarang ni ramai dah mula bekerja masuk ke pejabat. Tidak sebelum ni yang work form home. Mana yang hilang kerja sebelum ni pun ramai yang dah dapat kerja balik.

Malaysia kini telah mencatatkan jumlah 94.6% dewasa telah menerima vaksin. Namun bagi kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun, mereka masih belum layak menerima vaksin dan mereka inilah antara golongan yang sangat berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman dan virus.


Diffenz Junior Tingkatkan Imun Badan dan Membantu Tumbesaran Kanak-Kanak

Berita baik untuk ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak di musim pandemik ini. Baru-baru ini syarikat bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan mengorak langkah melancarkan produk vitamin terbaharunya, Diffenz Junior di satu majlis yang diadakan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa COVID-19 menuju endemik ketika ini.


Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu Eskayvie bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini. Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur.

Perlindungan Tambahan Untuk Kanak-Kanak Dengan Diffenz Junior

Walaupun Malaysia telah mencapai status vaksinasi lengkap sebanyak 94.6 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya. Justeru mereka berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Diffenz Junior melengkapi keperluan itu.


Pengenalan Produk Diffenz Junior oleh Dr. Syid


Dr Syid Ayob berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.
 
“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah” ulas Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.


Untuk pengetahuan korang semua, Diffenz Junior ini telah dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D. Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.



Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.

Kak Bell memang sokong kanak-kanak ni diberikan perlindungan tambahan. Takkan kita yang dewasa ni je yang perlukan perlindungan. Kanak-kanak juga perlu dilindungi dengan sebaiknya. Jadi apa yang kita perlu sediakan sebagai perlindungan tambahan untuk membantu proses tumbesaran mereka? Diffenz Junior adalah jawapannya!


Pentingnya Penjagaan Sistem Imun dan Tumbesaran Kanak-Kanak

Dalam majlis ini juga, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menyatakan pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.


Ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada umum betapa pentingnya penjagaan sistem imun untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak yang berisiko tinggi ini.

“Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Pada majlis tersebut juga, diadakan penyampaian anugerah bagi menghargai usahawan Eskayvie Nexus di atas pencapaian cemerlang dan luar biasa mereka sepanjang 2021. Majlis pelancaran Diffenz Junior ini turut diserikan dengan kehadiran duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi. 


Dapatkan Diffenz Junior Hari Ini

Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan keselamatan anak-anak yang membesar, Kak Bell sangat sarankan korang dapatkan Diffenz Junior ni sebagai perlindungan tambahan mereka.

Ini antara ikhtiar kita untuk anak-anak ini agar terhindar daripada sebarang jangkitan virus mahupun penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Hanya yang dah alaminya sahaja yang tahu betapa peritnya dijangkiti virus yang boleh membawa maut ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, korang boleh layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial dibawah. Sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ini!

WEBSITE: 
Eskayvie Malaysia
FB PAGE: Eskayvie Malaysia
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post