INFO DAN TRIVIA 12 FINALIS PENCARIAN HERO REMAJA 2021 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal INFO DAN TRIVIA 12 FINALIS PENCARIAN HERO REMAJA 2021

Trending

INFO DAN TRIVIA 12 FINALIS PENCARIAN HERO REMAJA 2021

Untuk  edisi kesebelas Hero Remaja ini, seramai 12 orang finalis telah dipilih dan mereka akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara. Sesi uji bakat yang mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah. Ini seiring dengan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.


Dato’ Rosyam Nor, Scha Alyahya warnai edisi ke-11 selaku juri tetap dan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae & Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sahut cabaran galas tugas selaku hos. Para juri jemputan pula seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Ghous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir mampu melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza.


12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 tersebut ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).

INFO DAN TRIVIA 12 FINALIS PENCARIAN ‘HERO REMAJA 2021'


1) MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN NORAZMAN (MIERUL)
UMUR: 23 TAHUN / 178CM / 65 KG


LATARBELAKANG:
• Menetap di Putrajaya
• Merupakan anak ke 2 dari 5 adik beradik
• Taraf Pendidikan: Pelajar semester akhir dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (Unisel)
• Seorang yang sangat meminati bidang ni no no lakonan dan fesyen
• Aktif dalam sukan ragbi sejak tahun 2011 dan berjaya mewakili sekolah dan universiti
• Pernah melibatkan diri dalam sebuah filem pendek bersama Fimie Don di bawah anjuran UiTM
• Fobia: Gelap & air


2) MUHAMMAD ZAIM BIN YAZID (ZAIM)
UMUR: 22TAHUN/180CM / 90KG


LATARBELAKANG:
• Pernah menetap di Sydney Australia & kini menetap di Subang Jaya
• Merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik
• Taraf Pendidikan: Diploma Fisioterapi di Universiti Selangor (Unisel)
• Membesar di Australia sejak berumur 7 tahun sehingga 13 tahun
• Merupakan seorang pelatih kecergasan
• Berkebolehan tinggi dalam mempersembahkan tarian zapin serta membuat silap mata
• Pernahah terlibat dalam beberapa iklan sejak tahun 2019 hingga 2020
• Fobia: Labah-labah

3) AQIL TAQEEUDDIN B. TUHIT (AQIL)
UMUR:22 / 177CM / 68KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Kuala Lumpur
• Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik
• Seorang yang sangat pemalu & bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mengatasi rasa malu
• Mempunyai darah campuran Melayu-Cina (mak)
• Seorang yang aktif dalam bidang sukan
• Pernah mewakili Malaysia dalam sukan ragbi pada tahun 2015 & pernah melibatkan diri dalam SUKMA (Wakil Kuala Lumpur) pada tahun 2019
• Pernah mewakili sukan peringkat daerah dalam acara balapan & juara acara 100m pada tahun 2015
• Fobia : Ular dan tinggi


4) MUHAMMAD ZAID ERAKAD BIN HASBULLAH (AKAD)
UMUR: 23 TAHUN / 171CM / 65KG


LATAR BELAKANG:
• Berasal dari Selangor dan kini menetap di Damansara
• Merupakan anak ke-4 daripada lima adik-beradik
• Berdarah kacukan Melayu dan Indonesia
• Taraf pendidikan: SPM
• Tidak menyambung pelajaran kerana bantu mak berniaga untuk kelangsungan hidup
• Pernah menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan
• Meminati ice skating, softball, futsal dan badminton
• Pernah mewakili Selangor bagi acara silat dan softball dan mendapat tempat ketiga bagi kedua dua acara
• Pernah menjadi jurulatih softball pada tahun 2019
• Fobia: Katak

5) AFIQ HILMAN BIN HAMIDON (AFIQ)
UMUR: 20 TAHUN /178CM /70KG


LATARBELAKANG:
• Anak ke-2 daripada4 orang adikberadik
• Mak merupakan pensyarah undang-undang di UITM Shah Alam & ayah merupakan seorang peguam
• TarafPendidikan: Pelajar semester 3 dalam jurusan Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Kuala Lumpur (MIAT)
• Membesar di USA sejak usia 8 hingga 12 tahun
• Merupakan seorang freelance model
• Gemar bermain tenis untuk melepaskan tekanan
• Seorang yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri kerana mementingkan senaman dan aktif dalam gym dan boxing


6) MUHAMMAD FAZZIQ MUQRIS BIN MOHD SHARIFF (FAZZIQ)
UMUR: 21 TAHUN / 172CM / 63KG


LATAR BELAKANG:
• Menetap di Shah Alam dan merupakan anak bongsu dari lima adik-beradik
• Taraf pendidikan: Diploma Komunikasi Massa di KDU
• Meminati sukan dan fesyen
• Pernah mewakili sekolah dalam sukan bola sepak dan wakil daerah dalam olahraga
• Pernah membintangi drama dan telemovie sebagai pelakon tambahan
• Seorang yang aktif di media sosial dan baru menjinakkan diri dalam bidang pengacaraan
• Fobia: Lipan

7) MUHAMMAD ALIF HAIQAL (HAIQAL)
UMUR: 21 TAHUN/ 179 CM / 75 KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Keramat, Kuala Lumpur
• Merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik beradik
• Bekerja sebagai Personal Shopper salah sebuah pasar raya dan juga sebagai Freelance Modelling
• Taraf Pendidikan: SPM
• Merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2)
• Seorang yang pemalu tapi sukakan cabaran dalam hidup
• Suka melakukan aktiviti ekstrim
• Melibatkan diri dalam bidang peragaan dan lakonan sejak dari tahun 2019
• Pernah melibatkan diri dalam peragaan baju melayu dan baju pengantin
• Merupakan seorang yang peramah dan mudah didekati
• Fobia : Lipas, katak dan hantu

8) MUHAMMAD SYAZANI BIN ZAINAL (SYAZ)
UMUR: 19 TAHUN / 173CM / 56KG


LATAR BELAKANG:
• Lahir di Kuala Lumpur & kini menetap di Shah Alam
• Merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik-beradik
• Taraf pendidikan: Diploma dalam jurusan Pengajian Sukan, semester 1 di UITM Seremban
• Agak pemalu pada mulanya namun sebenarnya merupakan seorang yang mudah didekati setelah dikenali
• Sangat meminati sukan bola sepak & UFC
• Pernah mewakili Selangor pada tahun 2017 semasa umur 15 tahun dalam acara larian 100m (separuh akhir)
• Pernah mewakili sukan bola sepak peringkat daerah ketika berusia 15 tahun (tempat ke-3).
• Meminati Christiano Ronaldo & Zizan Razak


9) MUHAMMAD AMIR AHNAF BIN MOHD KHAIRUDIN (AMIR)
UMUR: 21 TAHUN / 178CM / 70 KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Terengganu dan kini menetap di Rawang, Selangor
• Merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik
• Taraf Pendidikan: Diploma Reka Bentuk Pembangunan dan Permainan di Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI)
• Pernah menyertai ujibakat beberapa pertandingan realiti
• Bekerja sebagai loader di sebuah gudang
• Seorang yang aktif dalam bidang peragaan sejak tahun 2019
• Sangat meminati dan bergiat aktif dalam bidang teater sejak tahun 2019
• Seorang yang aktif bermain sukan ragbi dan berjaya sehingga ke peringkat pelapis SUKMA pada tahun 2018
• Seorang yang meminati muzik, selalu menyanyi and buat lagu sendiri

10) NOOR FARHAN BIN NORDIN (FARHAN)
UMUR: 23 TAHUN / 193 CM / 93KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Muar, Johor dan kini menetap di Shah Alam
• Merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik
• Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda TESL di MSU Shah Alam & pernah menjadi seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya & mengajar Bahasa Inggeris
• Kini bekerja sebagai agen hartanah Pro Total, Subang
• Aktif dalam sukan renang, ragbi, dan water polo
• Pernah menyertai pertandingan Mr. Global dan memenangi Catwalk terbaik
• Aktif dalam sukan seperti bola sepak, hoki, ragbi, bola dan water polo semasa di bangku sekolah

11) MUHAMMAD NAIM BIN ZAMRI (ARYAN)
UMUR: 24 TAHUN / 170CM / 58 KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Seremban dan menetap di Ara Damansara
• Merupakan anak sulung dari 3 adik beradik
• Taraf Pendidikan: Diploma dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Shah Alam
• Bekerja sebagai freelance pelakon & penulis skrip
• Pernah melibatkan diri dalam beberapa buah iklan komersial
• Pernah melibatkan diri dalam beberapa buah drama
• Mula aktif melibatkan diri ke ujibakat sejak tahun 2018
• Seorang pencinta haiwan dan mempunyai haiwan peliharaan iaitu ular jenis Ular Susu


12) AHMAD NURUDDEEN BIN AZMAN (IDEEN)
UMUR: 21 TAHUN / 175CM / 68 KG


LATARBELAKANG:
• Berasal dari Melaka dan kini menetap di Kuala Lumpur
• Merupakan anak ke 3 dari 4 adik beradik
• Taraf Pendidikan: Pelajar tahun terakhir Diploma Teater di Aswara
• Ibunya bekerja sebagai perenang and jurulatih selam
• Aktif dalam sukan berenang dan kini bekerja sebagai jurulatih renang
• Suka melakukan aktiviti lasak, minat dalam bidang lakonan dan muzik
• Merupakan pemegang lesen menyelamat dan menyelam
• Fobia: Lipas

Program pencarian ‘Hero Remaja 2021’ akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

#HeroRemaja #HeroRemaja2021 #majalahremaja
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post