Infinix Mobility Limited Rasmi Lancarkan Hot 10S Khas Buat Pemain Mobile Legend Di Malaysia

Infinix Mobility Limited rasmi bakal melancarkan smartphone terbaru mereka Hot 10S yang didedikasikan khas untuk permainan video dan hiburan tanpa had. Infinix Hot 10S Malaysia ini akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang hasil kolaborasi eksklusif bersama game Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).


Infinix Hot 10S dicipta dan menyasarkan pengguna di kalangan Generasi Z di Malaysia yang menginginkan pengalaman gaming terbaik di smartphone terutamanya buat penggemar game Mobile Legends: Bang Bang yang sangat popular.


Casing Telefon Hot 10S Edisi Terhad Mobile Legends: Bang Bang

Untuk memeriahkan lagi pelancarannya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon Hot 10S dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut.


Untuk harga Infinix Hot 10S memang menarik dan akan dijual dengan harga yang berpatutan dan merupakan penambahan baru kepada portfolio telefon pintar siri Hot 10. Telefon pintar permainan video dan hiburan yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah.


Infinix Mobile adalah jenama telefon pintar global yang mengeluarkan dan memasarkan portfolio peranti mudah alih di bawah jenama Infinix sejak tahun 2013 dan kini telah berkembang di seluruh dunia.



Menyasarkan Generasi Z, Infinix memberi tumpuan untuk mengembangkan teknologi canggih yang terkandung dalam peranti mudah alih yang dirancang dengan teliti yang menawarkan gaya, kekuatan dan prestasi telefon yang optimum. Dengan tagline "THE FUTURE IS NOW", Infinix bertujuan untuk memperkasakan remaja masa kini untuk lebih menonjol dari orang ramai dan menunjukkan kepada dunia siapa mereka & apa yang mereka perjuangkan.


Portofolio produk syarikat ini telah dijual di lebih daripada 40 negara di seluruh dunia meliputi Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Asia Selatan. Penerimaan jenama ini pada tahap yang fenomenal, Infinix telah berjaya mencapai jualan sehingga 160% untuk tempoh selama 2018-2020 dan mempunyai rancangan besar untuk menghasilkan peranti dengan prestasi tinggi yang menawarkan reka bentuk menarik dan cadangan nilai yang mantap.


Infinix Hot 10S Mula Ditempah Pada & Julai 2021 Melalui Platform Shopee

Jenama teknologi global Infinix dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia rasmi dirilis pada 13 Julai 2021 nanti. Siri Hot 10S juga akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan pengguna boleh mula ‘add to cart’ pada 7 Julai 2021!


Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.

Website: Infinix Mobility

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top