Pengalaman & Ikhtiar Menggunakan Essential Oil Young Living Semasa Tempoh Kuarantin

Hi semua! Seperti tajuk untuk artikel ini, ya Kak Bell bulan lepas telah menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Dah masuk hampir 2 tahun pandemik Covid-19 melanda, akhirnya terkena juga. Siapa yang nak sakit kan? Tambah lagi dengan situasi penyakit yang kita tak boleh nampak dan cara jangkitan yang amat mudah. Jadi Kak Bell nak kongsikan sedikit pengalaman dan ikhtiar menggunakan Essential Oil Young Living sepanjang tempoh kuarantin tempohari selain beberapa cara untuk tingkatkan sistem imun badan.


Pada mulanya memang masing-masing tak aware pun penyakit ni rupanya dah ada dikalangan orang sekeliling. Sehinggalah seorang kawan buat test dan ternyata positif. Jadi teruslah kami semua buat Ujian RTK Antigen dan alhamdulillah keputusan Kak Bell negatif. Selepas 2 hari lakukan RTK antigen, badan Kak Bell mula rasa tak sedap, rasa nak demam. Memang dalam hati dah rasa lain macam disebabkan 2 orang kawan rapat disahkan positif semasa buat ujian RTK. Jadi untuk kepastian selepas beberapa hari Kak Bell buat ujian PCR (Transcription-Polymerase Chain Reaction).


Memang sangat berdebar semasa tunggu keputusan sebab lebih dari 10 orang kawan Kak Bell positif dan memang high chances Kak Bell juga positif sebab badan dah mula rasa lain macam. Lepas 2 hari check aplikasi MySejahtera dah bertukar jadi merah! Tak tahulah apa perasaan masa tu sebab Kak Bell ada penyakit asma. Dahla virus ni memang akan menyebabkan masalah berkaitan dengan paru-paru untuk pernafasan, memang rasa sangat tertekan dan risau.


Ikhtiar Menggunakan Essential Oil Young Living Semasa Tempoh Kuarantin

Terus-terang semasa tempoh kuarantin memang pelbagai perasaan yang datang dan susah nak cakap. Walau apa-pun memang kena banyak bertenang dan bersabar. Semasa tempoh kuarantin ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebagai cara tingkatkan sistem imun badan. Kena banyakkan minum air putih, kerap mandi untuk turunkan suhu badan, makan makanan yang boleh meningkatkan antibodi atau immune system, makan buah-buahan, ambik vitamin C dan banyak berdoa. Kebetulan Kak Bell memang dah beli set PSK Essential Oil (EO) Young Living bulan sebelumnya, jadi Kak Bell guna EO Young Living ni sebagai ikhtiar untuk tingkatkan sistem imun tubuh.


Untuk vitamin C Kak Bell guna Redoxan Double Action vitamin C + Zinc dan juga Vitamin C Shaklee. Kalau ada demam batuk memang kena ambik panadol dan ubat batuk. Kebetulan simptom yang Kak Bell alami agak ringan iaitu demam yang on-off dan cirit-birit, mudah letih dan memang akan banyak tidur. Bersyukur sangat sepanjang kuarantin tiada masalah dengan deria bau dan rasa dan paling penting tiada isu dengan asma dan pernafasan. Kak Bell pun amalkan teknik bernafas ikut hidung hembus ikut hidung, bernafas ikut hidung dan hembus pula ikut mulut dalam masa 10 saat dan bagi paru-paru expand dan cukup oksigen. Bahaya kalau kandungan oksigen jatuh bawah paras oksigen normal oximeter, kurang 95%. Biasa bangun tidur akan rasa badan dedar dan ok bila makan panadol. Kemudian dedar balik sehinggalah beberapa hari.


Guna EO Thieves + EO Lemon Sebagai Immune Booster Dan Meredakan Demam

Mulanya Kak Bell hanya nak support business kawan beli Essential Oil Young Living. Kemudian ramai yang kongsikan kebaikan essential oil young living dan ada juga artis yang positif kongsikan review, jadi apa salahnya kita berikhtiar dan kongsi tentang kebaikan dan manfaat essential oil.



Untuk essential oil Young Living, Kak Bell diffuse EO thieves + lemon, letak setitis dua dalam diffuser kemudian letak setitik juga dalam air buat minum. Selain itu, kelebihan thieves young living ini adalah sebagai immune booster, boleh digunakan untuk sakit gigi dan boleh di sapu pada tapak kaki. EO Thieves memiliki aroma rempah segar dan hangat dan panas sebab ianya pati yang pekat. Kalau kena kulit memang rasa pedih macam kena cili, jadi kita letak di tapak kaki untuk meresap dalam badan. Kononnya sis letak pada mask dan sapu bawah hidung, memang pijar lah jawabnya.

Untuk EO Lemon pula dapat membantu meredakan demam, berkesan untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Alhamdullillah selepas hari ke-8 dah tiada gejala demam dan cirit-birit tapi dalam hati masih tertanya-tanya demam lagi ke aku ni? Dah ok ke tak ni?


Kebaikan Dan Manfaat Essential Oil Young Living Untuk Kesihatan

Apa itu Essential Oils (Minyak Pati)? Essential Oil (EO) sejak beribu tahun dahulu telah digunakan sebagai ubat-ubatan untuk kesihatan. Disebabkan oleh sifat essential oil yang antiradang, antibakteria, antiviral, detoxifying & menenangkan menjadikan EO sangat popular sebagal terapi yang semulajadi yang selamat dan berkesan mengikut masalāh-masalah kesihatan tertentu.


EO mempunyai banyak kebaikan dan bukan sahaja digunakan sebagai terapi aromaterapi, tetapi juga di dalam bahan bahan pencuci, kosmetik dan penjagaan wajah dan badan. EO ini dihasilkan dari proses ekstraksi steam distillation dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga-bunga, daun, dahan, batang, dan kulit buah bagi mendapatkan minyak pati aromatik. Minyak yang keluar dari hasil steaming ini sangat pekat dan mempunyai bau yang kuat dan mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan untuk kesihatan.


Kak bell pun pada mulanya rasa RM750 tu agak mahal tetapi ianya sangat berbaloi sebab dalam 1 set Premium Starter Kit (PSK) Young Living tu dah ada 1 diffuser + 11 Essential Oil yang harganya lebih dari RM1500. Memang dah jimat banyak sebab sebotol EO pun dah berharga RM100. Tambahan pula nak pakai untuk kesihatan, jadi Kak Bell rasa tak rugi untuk melabur demi kesihatan dan kesejahteraan.


Dalam set tu ada Diffuser jenis Dessert Mist dengan 11 Essential Oil (EO) seperti Lavendor, Lemon, Peppermint, Thieves, Digize, Purification, Frankincense, Panaway, Copaiba dan Spearmint.

Untuk Frankincense tu Kak Bell pakai pada luka kesan cakar kucing dan EO young living untuk tidur lena dan menenangkan boleh pakai Lavender (Lavandula angustifolia), Mandarin orange (Citrus Reticulata), Vetiver (Vetiveria zizanioides), Frankincense (Boswellia carteri), Cedarwood (Cedrus atlantica) atau Ylang Yang (Cananga odorata). Lebih lanjut nantilah Kak Bell kongsi dalam artikel seterusnya.


Disebabkan kami masing-masing dah ada pengalaman kuarantin jadi masing-masing pun ikhtiar pakai EO Young Living untuk manfaat kesihatan. Yang penting kena ikhtiar. 

2 pilihan set Premium Starter Kit (PSK) Young Living



Kalau ada yang berminat nak pakai dan cuba Essential Oil Young Living ni, bolehlah daftar dengan Kak Bell. Kak Bell ada support group yang sangat bagus, sangat aktif dan selalu membantu jawab segala persoalan, cara nak guna EO YL ni. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang selalu membantu dan beri semangat. Tak lupa juga buat kawan-kawan yang setiasa check setiap jam, call dan whatsapp Kak Bell tanya keadaan. Kak Bell hargai sangat-sangat.

Selain ada banyak penjimatan sebagai ahli sah Young Living, nanti boleh dapat 24% diskaun bagi setiap produk Young Living ada. Kalau rajin dan minat business memang boleh jana side income. Premium Starter Kit (PSK) tidak termasuk kos penghantaran RM20. Kalau join dengan Kak Bell, sis belanja postage.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Young Living, nak jadi ahli ke, boleh klik sini > https://whas.me/PiAs5poTuG

Apa yang penting, virus ni masih ada dan kita semua berpotensi dijangkiti. Kak Bell pun bila dah kena, bukan bermakna tak boleh dijangkiti lagi. Jadi kita kena lebih berhati-hati dan banyak berdoa supaya dijauhkan dari wabak ni. Kak Bell harap korang semua jaga diri dan sentiasa sihat selalu.

CONVERSATION

14 comments:

  1. Alhamdulillah.. Kita cuba ikhtiar... tak sangka kan selain untuk aromateraphy. YL ni bagus untuk sakit2 juga ya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..semoga pandemik ni dpt berlalu dgn cepat...jaga dri kak bella..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga pandemik ni dpt berlalu dgn cepat...jaga dri kak bella..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah Sis Bel dah kembali sihat. Sekarang nie memang betul #KitaJagaKita, orang kata kita individualistic pun tak mengapa kan.
    EO tu memang membantu, insyaAllah. Kita usaha ye tak Sis

    ReplyDelete
  5. eh kebetulan sama dgn entri cik min, aida baru kejap baca tadi.
    alhamdulillah. aida da lama ber eo dan guna diffuser.
    memang best. nyaman aje rasa nya... saat ni pun dah on diffuser, guna eo orange.
    segar aje persekitaran rumah. brand local je. bukan YL.

    eo ni membantu. bukan la ubat.
    bagi aida, bila fikiran kita tenang dan senang, proses nak sihat tu cepat.
    semoga bella terus sihat dan ceria ye.

    ReplyDelete
  6. Moga pandemik ni cepat berlalu. Penat rasanya terseksa macam ni. Kami sekeluarga juga tengah kuarantin. Ada lagi baki 6hari untuk dihabiskan.
    Terasa terseksa sangat sangat.
    Semoga kita semua dilindungi.
    Banyakkan duduk rumah.
    Moga kak bell lekas sihat ye.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..kte pun skrg mcm ketagih dgn eo ni. Setiap hari without fail mmg diffuse je.

    ReplyDelete
  8. essential oil ni best, bring back mood. Wife saya baru beli. Apapun thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan sis Bell.Teringin jugak nak beli.Tapi harga dia pun boleh tahan jugak.Hu3. Suka tengok dia punya owl difuser tu, cute sangat.Kawan Syu ada pakai.Dia kata memang best.Bau pun sedap.BTW, ada masa & kelapangan, jemputlah singgah ke blog Syu - https://syuderis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Setuju -- semua orang berpotensi dijangkiti. Dan bila dah kena tu, the best we can do is cari jalan utk mengurangkan simptom dan meningkatkan imuniti badan.

    ReplyDelete
  11. Masa husband Marsha suspect CC1 opismate dia yang positif pun Marsha ikhtiar guna EO ni. Mujur result swwab negatif..alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. Alhadmulilah sihat dah Bella, risau kan kalau kita ni tak sihat dalam keadaan gini.. tapi betullah jujurnya ada EO ni banyak membantu..

    ReplyDelete
  13. Bagus juga kan Essential Oil ni.. seriously jadi lebih tenang dan at the same time ada anti-backteria function dan macam2 lagi.. this is good ya..

    ReplyDelete
  14. mmg eo sangat bagus terutama time kuarantin.. cam terapi dan penawar jugakkan

    ReplyDelete

Back
to top