SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA MICHAEL ANG - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA MICHAEL ANG

Trending

SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA MICHAEL ANG

SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA MICHAEL ANG | Drama bersiri Love Elsa ialah sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama karya Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd. Drama 24 episod ini diarahkan oleh pengarah prolifik Michael Ang serta turut menampilkan Nadia Khan dan Mamu Vies selaku penulis skrip. Drama melayu astro ria ‘Love Elsa’ menampilkan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad secara julung kalinya dalam kisah fantasi cinta di slot Megadrama astro ria bermula Jun ini.

poster love elsa


SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA

SINOPSIS DRAMA LOVE ELSA | Alahan? Kedengarannya seperti keadaan biasa yang berlaku pada banyak orang tetapi tidak kepadanya kerana ‘alahan’ itu mengubah hidupnya. Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya.

Zul Arifin- Love Elsa

Alahannya menjadi seperti musibah bagi hidup Ammara, penyakit misteri itu tidak ada penawar atau ubat. Ammar membesar menjadi seorang gadis yang mengalami masalah kemurungan. Keluarganya tidak dapat menerima keadaannya dan membiarkannya bersendirian untuk menghadapi dunia.

Ketika kemunculan Ridza Kim, hidupnya mula berubah. Dia mula bercakap dengan orang dan merasa gembira buat pertama kalinya dalam hidupnya. Ridza adalah satu-satunya rakan yang pernah dia ada. Ketidaksempurnaannya menjadi kekuatannya ketika dia menggunakan kelebihannya untuk membantu Ridza dalam menyelesaikan kes pembunuhan ayahnya. Satu demi satu misteri dapat diselesaikan olehnya.


BARISAN PELAKON LOVE ELSA

Zul Ariffin sebagai RIDZA
Uyaina Arshad sebagai AMMARA
Riz Amin sebagai KAMARUL
Ramona Zam Zam sebagai RAMONA
Badrul Muhayat sebagai ELYAS
Ku Faridah sebagai NENEK AMMARA
Zeera Azizi sebagai SOFEA
Ikhram Juhari sebagai IMRAN
Azhar Amir sebagai TUAN ZAMIR
Mona Allen sebagai MADAM QISTINA
Iman Suhana sebagai HAMIDAH
Nasz Sally sebagai HABSAH
Mustapha Kamal sebagai WAHID


TRIVIA DRAMA LOVE ELSA

1. Penggambaran drama Love Elsa mengambil masa 65 hari untuk diselesaikan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Langkawi.

Pelakon Love Elsa

2. Drama ‘Love Elsa’ menyaksikan gandingan julung kali Zul Ariffin dan Uyaina Arshad selaku teraju utama. Watak Ammara yang digalasnya merupakan seorang yang ‘introvert’, sering berpakaian pelik dan sentiasa memakai sarung tangan. Untuk mendapatkan ‘look’ yang dikehendaki untuk watak ini, ‘styling’ Uyaina mendapat sentuhan tata rias oleh ‘fashion stylist’ Abu Shaef Hamza. Abu juga turut menyediakan 18 jenis sarung tangan unik yang berbeza untuk mewarnai watak tersebut.


3. Sebelum ini, Uyaina Arshad sudahpun mempunyai pengalaman bekerja di bawah Michael Ang menerusi drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ yang pernah ditayangkan menerusi slot Megadrama sekitar bulan Oktober tahun lalu. Menurut Uyaina, sepanjang bekerjasama dengan pengarah tersebut, Michael merupakan seorang yang amat mementingkan kualiti kerja dan banyak berkongsi ilmu mengenai teknik lakonan yang berkesan. Uyaina juga berasa cukup bertuah kerana mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau.

Uyaina Love Elsa

Zul Arifin-Uyaina

4. Menurut Zul Ariffin yang melakonkan watak Ridza, antara pengalaman paling manis sewaktu menjayakan penggambaran drama ‘Love Elsa’ ialah sewaktu babak selam untuk montaj pembukaan yang dilakukan di Langkawi.


5. Drama ‘Love Elsa’ ini turut menampilkan lagu istimewa bertajuk ‘Ika Noh’ nyanyian Marsha Milan feat Fanzi Ruji sebagai lagu runut bunyi. Lebih istimewa lagi, lagu tersebut juga merupakan ciptaan Marsha sendiri.

Uyaina - Love Elsa

Drama ‘Love Elsa’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 Jun 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Buat peminat Zul Ariffin dan Uyaina Arshad, jangan lupa saksikan mereka di slot megadrama astro ria.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post