Hi semua pencinta kucing! Kak Bell harap si bulus anda semua dalam keadaan
    sihat dan gembira. Pernah tak tiba-tiba kucing di rumah tidak mahu makan
    atau menolak makanan yang kita sediakan? Sesetengah kucing memang sangat
    memilih dan Kak Bell setuju sangat dengan statement
    cat is picky eater! Sebelum ini Kak Bell pernah buat test dengan beberapa jenis makanan
    kucing dicampurkan dalam bekas. Pandai pula kucing di rumah tu pilih dan
    makan brand yang depa suka aje. Memang sah kucing pun pandai memilih makanan.
    Apa yang penting, perlu diingat bahawa kucing sebenarnya adalah jenis
    karnivor (makan daging) dan dari segi pemakanan kucing adalah tidak sama
    seperti manusia atau anjing. Jadi makanan yang kita pilih mestilah disukai
    oleh kucing dan sekurang-kurangnya memenuhi
    keperluan minimum makanan yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tersebut tidak disukai kucing, terpaksalah dengan gigih
    mencari apa yang mereka suka. Kucing ni biasanya tak akan makan jika mereka
    tidak menggemari makanan yang diberi. Pernah Kak Bell rugi je 17kg kibbles,
    sekor pun tak nak makan. Untuk artikel kali ini Kak Bell nak berkongsi
    tentang cat treats atau snek untuk kucing.
  
  
  
  Perlukah Pemberian Snek Atau Cat Treats?
    Snek/cat treat kucing merupakan makanan ringan untuk kucing yang
    boleh diberi sekali-sekala kepada kucing supaya kucing tidak bosan dengan
    menu makanan seharian mereka. Terdapat Dental Treats, Dry Treats, Wet
    Treats, Cat Stick dan pelbagai lagi yang boleh didapati di pasaran buat si
    bulus. Biasanya kucing akan diberi 'treats' sebagai ganjaran atau pujian
    sebagai motivasi pada kucing. Tapi kalau kucing Kak Bell memang tak boleh
    nak buat apa dah. Kalau dengar bunyi tin wet food dibuka, huru haralah
    keadaan sebab memang semua tak reti nak sabar. Kita nak makan nasi ke, jajan
    ke semua depa nak serbu walaupun makanan sentiasa penuh dalam bekas.
  
  
    Biasanya Kak Bell akan bagi cat treats semasa hujung minggu to make
    them fun & happy. Kadangkala bagi sebagai tanda minta maaf bila kucing
    tak suka bila dipotong kuku, mandi atau makan ubat. Ada yang degil sangat
    sampai kena bedok, hujung-hujung kita bagilah snek/treats sebagai tanda
    minta maaf. Awas ya, sebab kucing ni pendendam dia ingat kalau kita
    marah-marah dia. Nak pujuk bagilah treats tapi sesungguhnya kucing adalah
    raja. Dia yang jadi tuan kita!
  
  Kebaikan Pemberian Cat Treats/Snek Kucing
- Merapatkan hubungan pemilik (bonding) dengan kucing kesayangan
 - Sebagai ganjaran bila kucing behave waktu makan ubat/grooming/etc
 - Manfaat nutrisi kesihatan seperti sumber tambahan protein, dental care dan stronger bones
 - Sebagai tanda maaf dan memujuk kucing yang tersinggung
 
Pledgecare Jenama Makanan Kucing Premium Tempatan
  Baru-baru ini Kak Bell telah cuba brand
  Pledgecare Chicken Recipe for Cats. Ada resepi ayam, resepi ikan, chicken strips, whole anchovies dan beef
  strips. Untuk anjing pun ada, boleh klik pada bahagian makanan anjing.
  Pledgecare ini jenama makanan kucing premium tempatan atau
  jenama cat treats Malaysia dan korang boleh baca tentang sejarah
  penubuhannya berkenaan kisah pemakanan yang berjaya menyelesaikan masalah
  kulit sensitif pada binatang perliharaan founder jenama ini.
  Muezza makan sambil berbunyi lagi sebab sedap sangat!
  Produk dari Pledgecare ni adalah menu raw diet kucing, diet mentah yang
  tidak dimasak tetapi dikeringkan. Mereka menggunakan hanya daging segar,
  sayur-sayuran, dan makanan super (super food) yang berkualiti tinggi dalam
  resepi ringkas, yang dibuat khas untuk anjing dan kucing. Semua sumber bahan
  seperti sayur, bahan mentah daging diperolehi dari pasaran tempatan di
  Malaysia. Tiada bijirin, karbohidrat berlebihan, pengawet dan semuanya dari
  bahan semulajadi.
  Kandungan nutrisi dalam produk Pledgecare Air-Dried ni masih dapat dikekalkan
  kerana proses pengeringan dilakukan secara perlahan pada suhu yang rendah.
  Jadi buat pemilik bulus tidak perlu risau akan kehilangan zat nutrisi semasa
  proses penyediaan produk ini.
Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe
    Resipi makanan kucing Pledgecare ini mempunyai nutrisi yang sama seperti
    diet mentah atau homemade diet kucing kerna produk Pledgecare ni adalah full
    meal. Maksudnya dah lengkap dengan kombinasi protein dan nutrisi seperti
    jenis kibble. Korang boleh sahaja buat sebagai makanan utama atau sebagai
    snek ringan atau protein topper dalam diet seharian kucing di rumah.
  
    Pledgecare Air-Dried Chicken ini terdiri daripada 98% Fresh Chicken Meat, Bones, Organs + 2% Superfoods. Sesuai untuk semua jenis baka kucing dan juga peringkat umur si bulus.
      Bagi kucing tua, korang boleh rendam dengan air suam supaya memudahkan
      kucing senior makan.
  
  Key Benefits
✔️ Meningkatkan tenaga dan aktiviti kucing lebih tinggi✔️ Tulang dan gigi lebih kuat
✔️ Membantu mengatasi isu joint health dan mobility support kucing
✔️ Meningkatkan sistem imun secara keseluruhan
  ✔️ Kulit lebih sihat, bulu lebih berkilat
  ✔️ Kurang allergi
❌ Tidak menggunakan Rendered Meat-Meals
❌ Tidak menggunakan Rendered Meat-Meals
  ❌ Tiada bijirin atau filler dan tiada bahan pengawet tiruan
Bahan-Bahan
      Chicken Breast, Chicken Heart, Chicken Gizzard, Chicken Back, Chicken
      Liver, Sunflower Seed, Flaxseed, Coconut Oil, Cod-liver Oil, Turmeric
    
    Jangka Hayat
      Tahan hingga 6 bulan sebelum dibuka dan 8 minggu selepas dibuka apabila
      disimpan di tempat yang sejuk dan kering.
    
    
    
    Packaging
1 pek 500g RM392 pek 1kg RM75
4 pek 2kg RM145
8 pek 4kg RM289
Review Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe
    Buat permulaan, Kak Bell cuba pek
    500g Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe. Produk ni gunakan dada ayam
    dan bahagian organ ayam lain seperti hati, liver yang telah dikeringkan
    dalam bentuk kepingan macam cereal. Tekstur dia macam waffel. Kalau korang
    nak cuba bentuk 'strips' pun ada. Semasa buka pakaging, tiada bau yang tidak
    menyenangkan.
  
  
    Walaupun kering, Air-Dried Chicken ni tidaklah terlalu keras dan mudah
    sahaja dipatahkan untuk korang jadikan bahagian yang lebih kecil. Untuk
    dijadikan topper makanan kucing, tak perlu bagi banyak, cuma dalam 10%-25%
    sahaja dari porsi penuh makanan kucing dalam bowl. Kalau nak tukar makanan
    sedia ada sepenuhnya, korang boleh lakukan dalam tempoh masa seminggu dengan
    kadar 25%, 50%, 75% dan akhirnya 100% pada hari ke tujuh.
  
  
  
  
    Disebabkan Kak Bell ada 20 ekor kucing, jadi memang tak cukuplah gayanya
    kalau 500g untuk dibuat makanan harian. Jadi Kak Bell buat sebagai cat
    treats atau snek ringan depa aje. Baru je nak letak, masing-masing dah
    serbu. Ada yang pergi pula curi makan sampai dikoyakkannya bekas Air-Dried
    Chicken ni. Memang jenis tak makan saman ya.
  
  
    Kekwat ni si Toby. Makan pun nak atas tilam.
  
  
    OK, confirm sedap!
  
  
    Dah tak sempat letak dalam bekas, tabur jelah macam bagi makan
        ayam
  
  
    Kak Bell suka Air-Dried Chicken ni sebab ianya boleh dapat disimpan dalam
    jangka waktu yang lama dan yang paling penting semua kucing Kak Bell suka.
    Akan datang Kak Bell akan cuba So-Fish-Ticated Bundle (air-dried fish
    recipe) pula.
  
  
    Nanti bila korang dah join PledgeCare Family member, daftar je akaun akan
      dapat 500 Pledgecoins. Boleh la tebus untuk diskaun bagi pembelian akan
      datang (100 PledgeCoins = RM2 Discount). Bestnya tak ada limit atau
      expired date untuk reward tersebut.
  
      Satu perkara lagi, syarikat Pledgecare ni juga turut aktif menjalankan
      tanggungjawab sosial membantu haiwan terbiar atau stray
      cat/dog. Sebahagian dari hasil keuntungan akan didermakan ke tempat
      perlindungan haiwan untuk membantu haiwan yang memerlukan. Nak tahu lebih
      lanjut mengenai Pledgecare cat treat, snek sedap untuk kucing bolehlah rujuk laman sesawang dibawah:
    
  
  
  
  






