10 Koleksi Hidangan Dan Resepi Masakan Daging - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 10 Koleksi Hidangan Dan Resepi Masakan Daging

Trending

10 Koleksi Hidangan Dan Resepi Masakan Daging

Masakan Malaysia memang pelbagai dan melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Jadi cara dan teknik memasak pun berbeza ikut sesetengah orang. Selain hidangan ayam dan ikan, pilihan masakan daging juga menjadi sumber makanan utama masyarakat dunia.


Untuk kali ini, Kak Bell kongsikan 10 Koleksi Hidangan Dan Resepi Masakan Berasaskan Daging untuk pembaca semua cuba. Jom cuba resepi aneka masakan daging berikut.


1) Resepi Daging Harimau Menangis Sedap Dan Mudah

Tahun lalu viral mengenai Resepi Daging Harimau Menangis. Harimau menangis adalah bahagian daging PALING LEMBUT dan sangat mudah empuk bila dimasak. Kisah disebalik nama "HARIMAU MENANGIS" ini kerana bahagian paling sedap tersebut tidak boleh dicapai oleh mulut atau gigi harimau disebabkan kedudukannya di celah tulang belakang lembu. Jadi, menangislah harimau kerana tidak dapat menikmati bahagian tersebut.


Untuk masakan ini, bahagian paling lembut dan sangat mudah empuk bila dimasak ini agak terhad di dapati, jadi harganya mahal. Bahagian ini dinamakan sirloin (harimau menanagis) dan daging batang pinang dipanggil terderloin.

Bahan Perapan Daging
1 kg daging lembu
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar lada hitam*
1 sudu besar jintan manis*
4 ulas bawang putih*
2 sudu minyak masak*

Bahan Sos Pencicah
10 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
4 tangkai akar ketumbar
2 biji air limau nipis
1 sudu besar sos ikan

Cara penyediaan:
1) Kisar semua bahan bertanda * kemudian satukan semua bahan dalam bekas.
2) Perapkan daging dengan semua bahan-bahan tadi selama 2 jam.
3) Masukkan daging dalam kuali dan goreng sehingga kering air dan daging masak empuk.
**Tak payah letak minyak sebab masa kisar bahan tadi dah letak minyak.
4) Kisar bahan untuk sos pencicah dan taburkan letak daun ketumbar semasa menghidang.

Kredit Amir Nawawi



2) Resepi Daging Bulgogi

Bulgogi atau korean BBQ adalah salah satu resepi yang sangat popular di Korea. Kebanyakkan resepi dari Korea sekarang amat popular di Malaysia termasuklah daging bulgogi. Ada pelbagai cara untuk membuat bulgogi ni. Jika anda peminat daging dan sukakan masakan Korea, anda mesti cuba resipi resepi perap daging ala seoul garden ni. Resepi bulgogi yang mudah dan simple supaya korang semua senang nak buat.


Bahan A
400-500g daging (direbus)
Daun kucai (dihiris)
Bawang (dihiris)
Lobak merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
2 sudu minyak bijan
1 sudu bijan

Bahan B (bahan perap)
3 sudu besar gulang perang
1 sudu besar minyak bijan
8 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun
2 sudu kecil bawang putih cincang
2 sudu kecil halia cincang
1 buah pir yang telah diparut (jika ada)
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:
1) Untuk bahan perap, campurkan semua bahan B dan gaul rata bersama potongan daging.
2) Perapkan daging selama satu malam atau paling minima 1 jam.
3) Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan daun kucai.
4) Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit
5) Masukkan sayur, bijan dan gril bersama daging dengan suhu perlahan hingga daging masak.

Kredit Bonde Zaidalifah



3) Resipi Skewer Daging BBQ Sos Cili

Salah satu menu barbeku paling mudah adalah hidangan skewer daging. Bahan-bahannya agak ringkas dan sedikit herba digunakan untuk menaikkan aroma masakan dan rasa perapan daging. Kalau tiada pemanggang arang boleh sahaja menggunakan kuali pemanggang ajaib ataupun oven. Mudah kan!


Bahan A
300 gram daging lembu
1 botol Lingham's Sos Cili Bawang Putih
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam
Lidi sate

Bahan B (potong saiz sederhana)
1 biji lada bengala kuning
1 biji lada bengala hijau
1 bawang besar
1 biji keledek

Cara penyediaan:
1) Perapkan daging dengan semua bahan A selama 3 jam.
2) Potong Bahan B (sayuran) dengan saiz bersesuaian.
3) Susun berselang seli bahan B dan daging yang dah diperap.
4) Panggang hingga masak

Kredit MahaMahu


4) Resepi Daging Berlado

Kebanyakkan menu-menu masakan Padang bukanlah menu asing lagi bagi rakyat Malaysia dan mostly semua hidangannya sedap belaka. Salah satu menu yang digemari adalah masakan Daging Berlado. Kalau di Malaysia kita panggil Daging Berlada lah. Untuk dapatkan warnan yang cantik, guna lebih banyak cili merah.


Bahan A
500gm daging
8 ulas bawang putih
3 sudu biji ketumbar

Bahan B
10 biji cili merah/hijau
4 biji cili padi merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan C
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
3 helai daun limau purut

Cara memasak:
1) Rebus terlebih dahulu daging dengan biji ketumbar dan sedikit garam sehingga empuk dan kemudian hiris nipis.
2) Ketuk kesemua daging rebus tadi dalam lesung batu.
3) Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan Bahan B sampai layu dan ketepikan.
4) Tumbuk ke semua bahan B yang sudah digoreng dalam lesung.
5) Kemudian goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6) Masukkan semula Bahan B yang telah ditumbuk, kacau seketika.
7) Tambahkan serbuk perisa, garam dan sedikit gula.
8) Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

Kredit Bella Jamal (klik untuk TIPS memasak)



5) Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Daging tetel ini biasanya daging yang masih mempunyai urat dan lemak-lemak yang seangkatan dengannya pada daging tu. Sebahagian orang memang gemarkan juadah daging tetel yang lazat. Orang melaka pasti tahu menu asam pedas daging tetel ini. Namun ada juga yang memanggil dengan nama asam pedas daging cincang.


Bahan A
700g daging (dipotong kecil)
7 helai daun limau purut
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
2 tangkai daun kesum
1 mangkuk air asam jawa
Air secukupnya
Minyak masak
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
15-20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 biji buah keras
1 inci belacan /1 susu serbuk belacan

Cara memasak:
1) Kisar semua bahan B sehingga lumat. Untuk cili kering, potong dan rebus dahulu, kemudian kisar. Kak Bell kisar secara berasingan sebab pengisar tak muat.
2) Rebus dahulu daging untuk pastikan daging masak sempurna dan lembut. Kak Bell tak rebus terlebih dahulu pun. Masak je terus.
3) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai naik minyak, sedikit garing dan naik baunya.
4) Masukkan air asam jawa dan daging, biarkan mereneh seketika. Kemudian boleh tambahkan air dan masak sehingga daging masak dan empuk.
5) Kemudian masukkan daun limau purut, tomato, bunga kantan, daun kesum dan perasakan dengan garam secukupnya.
6) Masak dan kacau seketika sampai kuah pekat dah pecah minyak.

Kredit Bella Jamal (klik untuk langkah bergambar)



6) Resepi Daging Goreng Kunyit

Menu hidangan Daging Goreng Kunyit memang sedap jika dimakan begitu sahaja dengan nasi panas. Resepinya memang mudah tapi payah nak dapat yang betul-betul kena dengan tekak. Paling penting daging hendaklah direbus sehingga lembut sebelum digoreng. Barulah ummph semasa menikmatinya!


Bahan-bahan
Daging lembu secukupnya (dihiris nipis)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 biji bawang holand (dihiris bulat)
2 biji lada (dipotong nipis)

Cara memasak:
1) Daging dihiris nipis dan diperap dengan serbuk kunyit dan secubit garam. Biarkan seketika.
2) Panaskan kuali dan masukkan daging dengan sedikit air.
3) Rebus daging sampai air kering.
4) Masukkan sedikt minyak dan goreng daging sampai sedikit garing.
5) Masukkan hirisan bawang holland dan hirisan lada.
**boleh tambahkan kacang panjang

Kredit Penaberkala



7) Resepi Gulai Daging Dengan Petai

Biasanya masakan kari sesuai digandingkan dengan ubi kentang atau rebung dan ada juga yang menambah umbut kelapa atau umbut pisang di dalam masakan kari. Pendek kata masakan kari ini juga pelbagai mengikut tempat dan negeri. Untuk resepi ini cukup berbeza daripada kari biasa kerana menggunakan petai. Anda pernah cuba buat sendiri Resepi Gulai petai? Kalau nak tahu, petai ini boleh direndam dengan air beras seketika untuk menghilangkan baunya. Jom lihat bagaimana cara memasak resepi gulai daging special bersama petai.

Gambar dari Rasa.my

Bahan A
1 mangkuk daging lembu
3 papan petai
1 1/2 paket kecil rempah kari daging Baba's
1 ulas bawang merah
1 batang serai (optional)
1 keping asam gelugur
Santan pekat secukupnya
Garam gula sebagai perasa
Air secukupnya
Sedikit kerisik (optional)

Bahan B (bahan kisar)
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 biji cili padi

Cara penyediaan:
1) Kikis kulit petai dan potong halus
2) Potong daging kecil-kecil dan potong lawan urat supaya mudah empuk. Basuh dan toskan.
3) Kisar semua bahan B
4) Panaskan minyak masak dan tumis bahan B hingga naik bau.
5) Masukkan serbuk rempah kari dan kerisik (jika mahu).
6) Tumis hingga semua bahan pecah minyak.
7) Masukkan daging dan kacau sebati. Masak sehingga air daging keluar.
8) Masukkan sedikit santan pekat berserta dengan sedikit garam.
9) Kacau bahan dan masak sehingga kuah daging sedikit kering.
10) Setelah kuah sedikit kering dan pekat, masukkan petai.
11) Masukkan sedikit lagi santan pekat bersama sedikit air dan masak hingga semua bahan matang.
12) Akhir sekali masukkan asam keping.
13) Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.

Kredit Sis Hawa



8) Resepi Rendang Daging Pressure Cooker Giselle

Resipi Rendang Daging memang sangat dinanti-nantikan semasa Syawal. Untuk kali ini resepi adalah menggunakan pressure cooker Giselle. Kalau jenama lain mungkin kaedahnya juga berbeza. Tak perlu merendang dalam masa yang lama untuk hidangan rendang bersama dengan nasi himpit.


Untuk nasi himpit caranya sama sahaja seperti masak nasi himpit biasa. Bersihkan nasi himpit segera, masukkan air dan setkan pada mode 'congee'. Kemudian angkat dan sejukkan. Selamat mencuba!

Bahan A
1/2 kg daging lembu
3 batangserai (dititik)
5 helai daun kunyit (dicarik-carik)
3 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan kotak
1 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan B
3 bijibawang besar
1 labu bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan C
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
Sedikit gula merah/gula kabung/gula melaka
5 sudu besar cili giling (ikut tahap kepedasan)

Cara memasak:
1) Bersihkan daging dan toskan
2) Kisar halus bahan B
3) Masukkan kesemua bahan A, B dan C termasuk daging ke dalam periuk pressure cooker.
4) Setkan pada mode 'meat' dan biar hingga berbunyi tanda masak (langkah ini bagi melembutkan daging/15 minit)
5) Kemudian buka penutup periuk (setelah periuk dalam keadaan sudah mula boleh dibuka)
6) Setkan pada mode 'saute' dan setkan selama 10-15 minit (mengikut tahap kering rendang yang anda inginkan).
7) Kerap mengacau rendang bagi mengelakkan rendang menjadi hangit dibahagian bawah.
8) Masak selama 10-15 minit dan rendang sedia dihidang.

Kredit Bebelan Cik Min



9) Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Daun Kaduk

Bagi yang menggemari resepi masakan tradisional bolehlah mencuba hidangan Daging Masak Lemak Cili Api bersama dengan daun kaduk. Sebagai penambah rasa, sedikit sedikit kerisik digunakan dalam masakan ini.


Bahan-bahan
300gm daging
Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan)
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup (boleh guna kunyit serbuk)
1 kotak kecil santan Ayam Brand
1 cawan air
1 keping asam gelugur
2 batang serai dititik/diketuk
4 helai daun kaduk
1 sudu garam halus

Cara memasak:
1) Tumbuk halus bawang merah, ciliapi & kunyit hidup.
2) Satukan bahan yang ditumbuk, daging, serai & secawan air dalam periuk.
3) Hidupkan api dan biarkan bahan sehingga hampir kering
4) Bila dah hampir kering masukkan santan & asam gelugur
5) Masukkan daun kaduk
6) Perasakan dengan garam halus dan kacau sebati
7) Tutup api bila dah nampak santan mula pecah minyak

Kredit Bebelan Cik Min



10) Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom

Masakan daging kalau diperap lebih lama makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut. Kalau nak mudah boleh empukkan dalam Noxxa atau pressure cooker. Kalau di internet, Resepi Daging Masak Kicap Pedas Che Nom ni memang popular. Resepi daging Che Nom ni telah dicuba oleh Sis Lin dan ternyata resepinya menjadi dan sedap. Boleh sahaja dipadankan dengan nasi tomato atau nasi putih.


Bahan A (perapan daging)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis

Bahan B
500g daging
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato, hiris nipis
Kicap manis secukupnya

Bahan C (dikisar halus)
Cili kering (anggaran segenggam)
12-15 biji bawang merah
5-7 ulas bawang putih
1 inci halia
**semua bahan C di goreng dahulu tanpa minyak 
hingga layu sebelum dikisar

Cara penyediaan:
1) Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
2) Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
3) Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
4) Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
5) Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
6) Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
7) Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

Kredit Aku Sis Lin



Mudah sahaja kan resepi masakan daging ni. Bolehlah anda semua cuba semasa hari Raya nanti. P/S-sumber gambar adalah dari blog asal dan juga sebahagiannya dari Google. Mohon halalkan sis guna ya.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post