Pada 17 April 2021 yang lalu, GINTELL dengan bangganya mengumumkan
    Dato Sri Aliff sebagai e-duta GINTELL. Beliau telah dijemput ke Ekspo
    Kesihatan GINTELL yang diadakan di Sunway Pyramid untuk berkongsi beberapa
    pengalamannya tentang kesihatan kepada orang ramai. Kak Bell juga turut sama
    berpeluang berjumpa dengan duta terbaru Gintell dan mencuba sendiri GINTELL
    S7 SuperChAiR terbaru.
  GINTELL melancarkan kerusi urut versi baharu, ‘S7’, kerusi urut yang
  terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta ‘SUPER CAR’.
  Dengan itu, GINTELL telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’,
  iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang
  berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa.
GINTELL S7 Kerusi Urut Pertama Dengan Teknologi Artificial Intelligence, AI
  Kerusi urut
  GINTELL S7 adalah kerusi urut pertama yang mempunyai AI SuperChAiR dan
  875 kombinasi urutan yang memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Di
  Samping itu, kerusi urut ini juga dilengkapi oleh
  AI Senses bersama ViTec (Voice Intelligence Technology) yang pertama di
  Malaysia iaitu, kerusi urut ini mengunakan teknologi kawalan suara pintar
  untuk beroperasi. Dengan adanya teknologi ini, kerusi ini boleh mendengar,
  menganalisa dan memahami keperluan badan individu, menghasilkan program urut
  yang sesuai untuk anda.
  AI ViTec Massage Hand menggunakan kaedah urutan yang sama seperti
  tangan manusia, memberi penekaran roller sehingga 13cm, dan memberi urutan
  yang lebih berkesan. Selain itu, seperti kereta “SUPER CAR” terkini yang
  mempunyai teknologi “memory seat”, kerusi urut GINTELL S7 juga
  terdapat 10 slot Vimemory yang boleh meyimpan urutan kesukaan
  anda.
  Anda hanya perlu menyapa kerusi urut Gintell S7 dengan "Hi Hi Gintell", kerusi
  urut AI SuperChAiR ini akan mula menganalisa badan anda dan seterusnya
  beroperasi dengan program urut yang sesuai. Lebih menarik, GINTELL S7
  SuperChAiR juga dilengkapi dengan wireless charging untuk pengecasan telefon
  bimbit.
Mode urutan Mental Care + Knead
Wireless charging
  Kerusi urut GINTELL S7 juga mempunyai urutan yang dicipta oleh SIFU Dato Seri
  Master Chris Leong (Pengamal Rawatan Tradisional Cina “Tit-Tar”). Beliau telah
  berkongsi bahawa peregangan seluruh badan sebanyak 230 darjah dapat membantu
  mengurangkan sakit leher, bahu dan belakang, dan juga dapat meningkatkan
  peredaran darah dengan memperbaiki otot.
Dato Sri Aliff Syukri Pengguna Setia Gintell
  Berhubungan dengan perlantikan Dato Sri Aliff Syukri sebagai E-Ambassador
  GINTELL, beliau memaklumkan bahawa telah setelah sekian lama beliau
  menggunakan kerusi urut Gintell. Beliau yang telah memuat naik posting bersama
  kerusi urut Gintell di laman instagramnya menjadi titik tolak pelantikan
  beliau sebagai duta terbaru Gintell.
Dato Sri Aliff berkata, "Kita selalu berada di fasa yang agak sukar dari luar jangkaan kita. Urutan boleh mengurangkan tekanan dan menjadikan sebuah terapi kepada seseorang. Maka denagn itu, jangan lepaskan peluang anda menemui ‘Penjaga Kesihatan Anda’ di GINTELL!"
  Bersempena dengan pra-pelancaran, GINTELL menawarkan promosi potongan harga
  sehingga 50% untuk pelanggannya. Dapatkan GINTELL SuperChAiR dengan nilai
  hebat. Oleh itu, rebut peluang keemasan ini di bilik pameran GINTELL yang
  berhampiran atau hubungi talian khidmat pelanggan +603-6277 9333 dan layari
  www.gintell.com. Tertakluk pada terma dan syarat.




