Hi semua. Harini hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Untuk
PKP 2.0, 5 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan akan kembali kepada sekatan
ketat kerajaan bagi menangani Covid-19 yang telah memuncak semula. Bukan
main bilangan jangkitan meningkat mendadak berbanding pada awal PKP
haritu.
Kak Bell kebetulan dah mula bercuti selama 7 hari, jadi memang
seboleh-bolehnya nak duduk di rumah sahajalah. Kalau betul-betul ada
keperluan barulah keluar rumah. Semalam Kak Bell tak memasak, cuma order
makanan Vietnam dari Rasa Viet. Petang tu, sempatlah kemas pasu bunga, tanam
semula pokok sayur yang mana patut.
Masa sebelum PKP April haritu ada Kak Bell bawa balik ke KL sayur bayam
brazil. Di rumah mak berpasu-pasu mak Kak Bell tanam, gemuk-gemuk daunnya.
Masalahnya Kak Bell tak menjaganya betul, daunnya dah tak gemuk, nasib
baiklah tak mati. Bayam Brazil ni tanaman yang paling famous masa PKP haritu
sebab mudah ditanam, sangat mudah hidup dan membiak.
Bayam Brazil masa mula-mula tanam. Gemuk-gemuk daunnya.
Bahan-bahannya
Lepas petik, tanam semula batangnya sebab hanya daun sahaja yang diambil
buat makan. Batangnya tak sesuai dimakan. Tak adalah banyak mana, jadilah
buat makan seorang. Banyak je resepi yang boleh dibuat dengan sayur bayam
Brazil ni. Nak makan sebagai ulam pun boleh. Jadi harini Kak Bell masuk ke
dapur dan buat menu simple
Bayam Brazil Goreng Udang Kering.
Untuk resepi ni Kak Bell tak gunakan belacan. Mana yang suka, boleh sahaja
guna belacan dan gantikan udang kering dengan ikan bilis.
Bahan A
1 bekas bayam Brazil
2 biji cili padi merah
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak masak
Garam/perasa
Bahan B (kisar/tumbuk kasar)
3 sudu udang kering
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara memasak:
1) Tumbuk atau kisar bahan B. Kak Bell gunakan manual chopper.
2) Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B hingga naik bau dan masak
garing.
3) Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam (jika suka) kacau rata.
3) Masukkan sos tiram, serbuk perasa dan garam (jika suka) kacau rata.
4) Tambahkan sedikit air, biarkan mendidih.
5) Masukkan sayur bayam Brazil dan kacau sebentar sahaja.
5) Masukkan sayur bayam Brazil dan kacau sebentar sahaja.
TIPS!
- Hanya blend kasar bahan B. Boleh blend tanpa udang kering dan masukkan kemudian
- Tambahkan cili padi, lada merah jika nak lebih pedas
- Boleh tambahkan belacan
- Boleh gantikan udang kering dengan ikan bilis
- Masak sekejap sahaja perlu lama-lama takut nanti sayur terlebih layu
Untuk lada merah dan cili padi tu boleh sesuaikan ikut kuantiti bayam
Brazil yang digunakan. Sekejap sangat memasaknya dan rasanya memang sedap.
Macam-macam lagi resepi boleh dibuat dengan bayam Brazil ni, nanti Kak
Bell cuba masak dan kongsikan. Selamat mencuba!
Wah bayam tanam sendiri. Kita xreti nak menanam wak. Kalau i tanam rasanya x hidup terus haha
ReplyDeleteYummy!!!!!!!!!!!!! Sedap-licious tengok recipe sis yg ini. Rasa bayam Brazil and udang memang sedap. Thank you for sharing this awesome-licious recipe.
ReplyDeletekemain segarrr bayam brazil kak bell. geram tengok. hijau2 plak tu. goreng simple camni pun sedap
ReplyDeleteMudah je kan nak sediakan nie. Percaya tak Rawlins tak merasa lagi bayam brazil nie haha.
ReplyDeleteNak try tanam gak la
Rajinnya Kak Bell bercucuk tanam 😍 tapi senang kan, bila nak makan, petik aje and masak..masak simple pun jadi menyelerakan 😁
ReplyDeleteSemalam baru je petik juga Bayam Brasil tu, tapi Sis celur aje makan dengan sambal belacan..laku keras hahahaha..
ReplyDeletesedapppnyaaa... tapi kan wakk bayam brazil kite dah abis kena cantas masa PKP 1 dulu. semua dah ditumis dah. pastu my sister dah taknak tanam dah.. hahaahaha..
ReplyDeletememang sedap bayam brazil ni. rasa macam nak tanam jugaklah bayam brazil ni dekat rumah bolehlah buat resipi ni :)
ReplyDeleteSegar2 nampak bayam brazil, tanam sendiri pulak tuh..kita try juga tanam sayur last2 tak jadi huhu..tak tau la apa silapnya.
ReplyDeletesedap oitts hidangan simple macam ni. boleh makan menambah banyak kali nasi hehehe...heaven betoll hahah
ReplyDeleteWah! This looks absolutely delicious and spicy! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :) just need to find bayam brazil now
ReplyDelete