Resepi Pau Ceria Unicorn Nestle

Pau atau kuih pau adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalamnya. Kuih pau yang berasal dari China ini juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Biasanya teknik popular untuk memasak pau ialah dengan cara mengukus, selain digoreng atau dibakar.


Selalunya kalau kita hendak membeli pau, kita akan nampak ada setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Ada yang menggunakan inti kari ayam, daging, kacang merah dan sebagainya. Pau ni kalau dibuat menggunkan bread maker pun boleh selain buat secara tradisonal macam biasa. Kalau membuat pau, pasti orang akan tertanya-tanya bagaimana hendak dapatkan pau yang gebu? Di bawah Kak Bell ada sediakan tipsnya.

Untuk resepi pau ini istimewanya sebab menggunakan inti daripada pelbagai produk barangan Nestle. Demi menyahut cabaran #SnekMacamPro #DearNestle untuk menghasilkan snek kecil dan comel, Kak Bell bersama dengan rakan-rakan menyediakan 4 buah menu berasaskan barangan Nestle. Pau ni kita buat berwarna-warni ala-ala warna unicorn dengan inti seperti Kitkat Bites, Milo nugget, Milo chocolate, Maggi sambal tumis bilis dan Oreo.


Memang anda semua akan cakap peliknya inti gunakan maggi bagai. Tetapi awas ye, semuanya sedap! Jom tengok resepi Pau Ceria Unicorn dengan pelbagai inti barangan Nestle. Special thanks to kawan-kawan Chef Suri Shafie, Chef Najib Md Nor, Chef Faisal Hamid dan Chef Fendi Lian๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Bahan-bahan
1 kg Tepung pau
200 grm Gula castor
4 sudu Shortening
11 grm Serbuk Yis
5 sudu Susu omega plus
Air 420ml

Bahan Inti
Kitkat bites
Milo nugget
Milo chocolate 
Maggi sambal tumis bilis
Oreo

Cara membuat:
1) Masukkan semua bahan doh ke dalam penguli (mixer). Uli smpai sebati.
2) Pastikan uli hingga doh betul-betul elastik.

CSK Langen casserole


3) Tutup doh dengan kain atau plastik dan biarkan 5 minit.
4) Bahagikan doh kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna pada setiap satu doh.

5) Masukkan semula ke dalam mixer dan uli lagi hingga warna doh bercampur.


6) Bahagikan semula doh, tutup doh dengan kain/plastik dan peram hingga doh naik.
7) Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kegemaran.


8) Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat.
9) Panaskan air di dalam kukus dan kukus hingga mendidih.

10)Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.


11)Kukus pau selama 7 hingga 10 minit.

TIPS!
  • Pastikan air betul-betul panas dan mendidih supaya pau anda kelihatan gebu dan licin.
  • Biarkan doh naik 1 kali ganda dan jangan terlalu naik
  • Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau
Kalau nak buat pau gebu sebenarnya bergantung kepada doh. Jadi perlu uli doh lebih lama sedikit dan betul-betul kembang.


Untuk bekas mangkuk casserole tu Kak Bell baru sahaja beli dari MyCookingStory. Masa tu memang murah betul, 7pcs mangkuk brand CSK Langen pada harga RM143 sahaja. Kalau pembaca nak alatan memasak murah dan berkualiti boleh guna link dan kod Kak Bell di bawah ni.


MyCookingStory

Kupon Kod: MCSBELLA


Nanti bolehlah anda semua cuba Pau Ceria Unicorn ni. Cantik kan berwarna-warni. Di waktu petang musim-musim hujan ini, memang sedaplah kalau pekena pau gebu bersama secangkir kopi. Jangan nak cakap pau LGBT pulak. Awasssss! Video memasak ada kat bawah.

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top