30 Lagu Bertanding Di SFMM35 3 Hari Berturut! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 30 Lagu Bertanding Di SFMM35 3 Hari Berturut!

Trending

30 Lagu Bertanding Di SFMM35 3 Hari Berturut!

Satu kitaran keramat berakhir malam semalam apabila 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 35 Separuh Akhir. Penantian yang ditunggu-tunggu karyawan seni tanah air kini semakin hampir ke garis penamatnya. Berbeza dari tahun-tahun lalu, Muzik Muzik 35 Separuh Akhir akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.


Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain.

30 buah lagu yang telah layak ke SFMM35 ini adalah:




Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, SFMM35 akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Muzik Muzik 35 Separuh Akhir ini turut disokong oleh rakan-rakan digital Senang Terhibur dan Xtra.com.my serta rakan radio Hot FM dalam menghangatkan lagi demam Muzik Muzik 35 Separuh Akhir.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post